KOTA KINABALU 6 Nov. — Lebih 300 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila 40 buah rumah musnah dalam satu kebakaran di perkampungan air di Pulau Gaya, di sini awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tadi di Blok D, Kampung Lok Urai Utama, kesemua kediaman itu yang menempatkan 42 buah keluarga musnah dalam tempoh sejam.
Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang dipercayai berpunca dari penggunaan lilin dari salah sebuah rumah mangsa.
Penghuni rumah berkenaan Siti Jainah Elman, 41, berkata, ketika kejadian beliau dan tujuh orang anaknya berusia antara lima dan 19 tahun berada dalam rumah dua tingkat itu manakala suaminya bekerja di Penampang.
Menurutnya, dua anaknya termasuk anak sulungnya Julia Asaad, 19, tidur di bilik tingkat atas dengan menyala lilin.
“Biasanya kita tidak memasang lilin tetapi oleh kerana sudah lama tidak ada sesiapa tidur dalam bilik itu maka kita gunakan bilik itu malam tadi,” kata Julia.
Bagaimanapun, katanya, beliau lupa untuk memadam lilin berkenaan sebelum tidur dan hanya sedar apa yang berlaku apabila ibunya mengejutkannya selepas melihat api menjilat bilik itu.
Siti Jainah cuba memadam api itu tetapi gagal dan terus mengejutkan semua anaknya dari tidur sebelum membawa mereka keluar dari rumah.
Ketua kampung berkenaan, Jari Akis, 48, yang turut menjadi mangsa kebakaran berkata, beliau sedar mengenai kebakaran itu beberapa minit selepas ianya bermula dan terus memaklumkan keluarganya dan penduduk lain. - Bernama
3 comments:
Salam takziah bt mangsa. Malapetaka ini mengingatkan ana dgn tragedi kebakarn yang pernah berlaku di kampung ana pada tahun 1997. Waktu tu kami masih menetap di rumah setinggan, Kg. Puyut namanya. Rumah pula sangat dekat jaraknya antar satu rumah dengan rumah yang lain. Akibat pelita yang terjatuh, maka habis dijilat api hampir 20 buah rumah. Mujurlah tiada kemalangan jiwa. Hingga detik ini, an masih menyalahkan pihak SSB LD yang suka memutuskan bekaln letrik ke kawasn kami atas alasan banyak PATI di Kg. Puyut.
permasalahan setinggan di sabah ini seperti barah, kalau kita bersihkan sesuatu kawasan, ia akan bercambah di kawasan lain. kdng2 mereka ini sudah berumah berpuluh tahun, tpi masih dianggap setinggan kerana tidak memiliki legal right dari segi pemilikan.
ana hairan, luasnya sabah ini, kenapa rakyat perlu menjadi setinggan. dahlah setinggan, kalau kat atas tanah xpe gak, ni atas laut! bila nasib rakyat marhaen akan terbela?
Salam ziarah..
Selagi kepentingan politik dan kristianisasi diletakkan mengatasi kepentingan manusia, marhaen akan terus berada di bawah. Alhamdulillah hari ini ana ditemukan dengan dua org yg ana yakin menilai masalah PTI dengan lebih mendalam dan kritis berbanding 'pendtg2 haram yg mengancam hak bumiputra.' Sekaligus ana promosi buku 'Tausug dan Kesultanan Sulu' tulisan Asreemoro, yg ada dijual di Aslam Niaga, KF. Cek btul2 sblm beli kerana ada beberapa yg salah cetak.
Salam kemanusiaan..
Post a Comment