


Konvokesyen PASTI-PASTI Pantai Barat
9 November 2008
Konvokesyen PASTI-PASTI Pantai Barat telah diadakan Ahad yang lepas di Dewan Saadah, MUIS melibatkan 13 buah PASTI. Ratusan ibubapa hadir ke majlis gilang-gemilang tersebut bagi melihat anak-anak harapan mereka diiktiraf sebagai ‘graduan’ kecil. PASTI, atau Pusat Asuhan Tunas Islam, telah lama menjadi wadah pembentukan tunas-tunas Islam sebermula kecil lagi. Ia dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat dan diakui lebih memberi kesan dalam melentur ‘rebung-rebung’ berharga berbanding pusat-pusat pendidikan pra-sekolah yang lain. Garapan ikhlas guru-guru mengadun antara tarbiyyah Islam, ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah serta pendekatan penuh hikmah dan kasih-sayang, meletakkan anak-anak pada jalan permulaan yang cukup baik buat menempuh jalan berliku seterusnya. Untuk masa depan yang lebih cerah, jom, pastikan anak-anak anda diPASTIkan!
2 comments:
salam... kenal lah ustaz tu... bekas mengajar dulu di smk putatan.. dah lupa nama dia...
salam.. whuaa.. posting gambar sempoi tu.. hehh..
Post a Comment