:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Saturday, February 21, 2009

Set Selamatkan Aqidah - Saudaraku, Jangan Murtad!!


Maksud firman Allah SWT:
“... dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).” (Al-Baqarah:217)

Jumaat lepas kami menunaikan Solat Jumaat di Kampung Kobuni, Inanam. Kehadirannya seperti biasa tidak mencecah 35 orang. Apapun usaha Persatuan Siswazah Sabah (PSS) memohon dan memastikan Solat Jumaat dibenarkan untuk dilaksanakan di sini adalah usaha yang harus dipuji. Kalau di kampung sendiri pun Solat Jumaat tidak dapat pergi, masakan kalau dibuat di tempat lebih jauh lagi dapat dilaksanakan?

Minggu ini masuk minggu ketiga solat Jumaat dilaksanakan di kampung ini. Seusai solat, seperti biasa kami duduk berbincang isu-isu semasa bersama penduduk kampung. Dari isu kerajaan Perak, Elizabeth Wong, sampailah ke isu evergreen, khususnya di Sabah. Isu murtad. Pengislaman beramai-ramai zaman USNO di bawah Tun Datu Mustapha sekitar tahun 1975 untuk membolehkan Islam dijadikan agama rasmi negeri Sabah, tetapi tidak ada susulan pendidikan Islam kepada suadara baru menyebabkan banyak paksi Islam yang belum sempat ditanam kemas tercabut dari hati penganut.

Isu murtad bukan isu kecil. Ia melibatkan aqidah, penukaran terus akar dan pasak kepercayaan dan gugur keyakinan dari keimanan yang tunggal. Jangankan yang murtad, yang mengaku Islam pun kang kali kung. Tidak pernah solat, tidak menutup aurat, tidak kenal pun Islam. Anak-anak di sini, diajar solat, disuruh rukuk, mereka membuat gaya orang sedang menghisap rokok. Rokok je mereka pernah dengar. Rukuk? Tak pernah!

Paling menyedihkan, isu murtad bukan berlaku di tempat yang sayup-sayup, tak tercapai oleh mata telinga. Ia berlaku di laman rumah kita sendiri! Penduduk Kg. Kobuni menceritakan bagaimana di Kg. Kionsom Kecil, yang baru didiami oleh 8 buah keluarga, salah satu daripadanya telah murtad! Kes biasa-suami Islam, isteri ikut masuk Islam untuk kahwin, cerai, isteri murtad bersama anak-anak. Begitu juga dengan beberapa keluarga lain di situ, sedang keluarga-keluarga yang lain sentiasa terdedah kepada ancaman yang sama, ekoran banyaknya gereja dan hebatnya gerakan Kristianisasi di situ! Lapar? Kesian. Nah kami beri duit poket bulanan. Beras nak? Sardin perlu? Ish,ish..teruk juga kehidupan kamu ni. Orang Islam tak tolong? Kesian. Ramai macam kamu ni. Apa kata kita pergi jumpa kawan-kawan Ahad ni, bincang-bincang. Kat bawah tu je, dekat je. Ya, gereja tu. Penduduk bersungguh-sungguh mengharapkan supaya sekurang-kurangnya sebuah surau kecil dapat dibina di situ, selain kes murtad tersebut dirujuk kepada pihak sepatutnya. Bukan mereka tidak melakukan apa-apa, aduan telah dibuat kepada pihak JHEAINS, tetapi tidak ada tindakan diambil. Ah, orang-orang tua dari kaki gunung ini, abaikan sahaja..Bukan dia dapat menjejaskan apa-apa..

Sudahlah asyik melontarkan simpati berterusan kepada anak-anak Palestin yang kelaparan dalam peperangan, kerana mati mereka dalam keimanan. Usahlah sibuk membicarakan kemanusiaan dan kezaliman, kerana pergi mereka mendampingi Tuhan. Susukan dulu anak di halaman, sebelum menyusu kera di hutan, kerana tanpa susu, anak itu mungkin mati dalam kekufuran!

(PSS akan mengadakan ziarah ke Kampung Kionsom Kecil bertemu Ketua Kampung dan membincangkan masalah-masalah yang membelenggu penduduk di sana, menyampaikan tajaan Set Selamatkan Aqidah daripada anda, dan mengusulkan kepada JHEAINS supaya diberi peruntukan membina surau di sana dalam masa terdekat. Kami juga mengalukan sumbangan berbentuk kewangan atau bahan makanan.)

14 comments:

aku adalah aku yang sekarang said...

salam..camne nak salurkn tajaan set akidah ni?ada no akaun?

nurilhakim said...

Salam ziarah, Fifi..
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun CIMB - 12180099132527.
Minta maklumkan bila dah masukkan, dgn jumlah ek spya tak berlaku percampuran. Ya Allah murahkan rezki mereka yang membahagikan rezkinya pada jalanMu. Syukran :)

myikhwanfiideen said...

Shiekh..

Ana hanya mampu menyumbang dana dan doa dari jauh..

Sedih tak dapat menyinsing lengan bersama sahabat2 di Kampung Keboni yang tercinta..

Afwan sampaikan salam ana utk para mujahid yang turun padang ya..

TakbiR!

nurilhakim said...

Salam tuan myikhwanfiideen, saudara ksygnku dlm Islam..
Masing2 brjuang d tmpt msng2, di samping mmbntu n mendoakan shbtnya..
Usaha enta dgn JKSK pn bkn alang2..trus brbakti, tuan! Kami menanti sebuah kepulangan, dan kami menjanjikan kesusahan dan kegetiran..

p/s : doakan skali tanah perjuangan ana di sini!

asrarqulub said...

Nice!

nur_Mahasiswa said...

Salam Ziarah..

Alhamdulillah..
teruskan perjuangan

NurSyahadah said...

Salam ukhuwahfillah...

salam selamatkan Islam sedunia..
Semoga usaha yang sedikit ini akan dinilai di sisi Allah.

INSYAALLAH...!!!

Hidup..Hidup..Islam.
Hancur..Hancur.. Kufar.

Takbir...!!!

Abu Bakar As-Siddiq said...

Salam ziarah..

Kadang2 kita hlang dlm ksngn tnpa fikirkn khdupn saudara kta..

syukran bagi pringatn..
InsyaAllah, kami smua akn mmbntu apa y tdaya..

Allahu Akbar..
Allahu Akbar..
Allahu Akbar..

ATQIYA' AKHFIYA' said...

Assalamu'alaikum Tuan Blog.

Teruskan Usaha Murni Anda, sememangnya Kg.Kobuni & kampung2 lain di Sabah perlukan perhatian dr setiap yg bernama Muslim terutama Ahli Ilmu & Agama.

Hati-hati penduduk seperti di Kg.Kobuni sememangnya lunak mahukan Islam,mrk perlukan maklumat & bimbingan."Mereka punya kesedaran,mereka rindukn bahkan dahagakan Tarbiyyah drp insan2 bernama Ustaz & Ustazah...Dampingi mereka,bimbinglah mereka walau apa jua cabarannya...BERSEMANGATLAH!!

QOWWAKUMULLAAHU FII AMRI DIINIH ! - SEMOGA KALIAN DIBERI KEKUATAN DALAM (MELAKSANAKAN) URUSAN AGAMA ALLAH.

Kepada Masyarakat Islam Semua : Ketahuilah Bahawa Tanggungjawab Membela Agama & Menyampaikan Kebenaran Islam Adalah Amanah Allah Untuk semua, bukan hanya pada Ustaz atau Ustazah. Biar hanya satu ayat yang kita tahu tetapi ianya benar maka sampaikanlah ia.

aL-HaNieF said...

Assalamu'alaikum Tuan Blog.

Teruskan Usaha Murni Anda, sememangnya Kg.Kobuni & kampung2 lain di Sabah perlukan perhatian dr setiap yg bernama Muslim terutama Ahli Ilmu & Agama.

Hati-hati penduduk seperti di Kg.Kobuni sememangnya lunak mahukan Islam,mrk perlukan maklumat & bimbingan."Mereka punya kesedaran,mereka rindukn bahkan dahagakan Tarbiyyah drp insan2 bernama Ustaz & Ustazah...Dampingi mereka,bimbinglah mereka walau apa jua cabarannya...BERSEMANGATLAH!!

QOWWAKUMULLAAHU FII AMRI DIINIH ! - SEMOGA KALIAN DIBERI KEKUATAN DALAM (MELAKSANAKAN) URUSAN AGAMA ALLAH.

Kepada Masyarakat Islam Semua : Ketahuilah Bahawa Tanggungjawab Membela Agama & Menyampaikan Kebenaran Islam Adalah Amanah Allah Untuk semua, bukan hanya pada Ustaz atau Ustazah. Biar hanya satu ayat yang kita tahu tetapi ianya benar maka sampaikanlah ia.

Anonymous said...

syekh.. ada akaun maybank tak. senang nak maybank2u. rmai yg msuk gaji guna maybank.

nurilhakim said...

Salam ziarah,
Asif, lama tak jenguk posting ni, iAllah t ana setup akaun maybank :)

al said...

salam tuan,tahniah atas usaha...harap dapat ditubuhkan satu lagi persatuan yg lebih menyeluruh dan tidak hanya dianngotai oleh siswazah dan langsung tiada kaitan dengan politik..ikatan muslimin sabah

SYAFIQASALIM said...

persatuan siswazah sabah ni semuanya student ums ke?

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

There was an error in this gadget

Kunjungan VIP:

Ilmuwan