:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Friday, February 13, 2009

Elfion - 'Resah Belum Bernoktah'


Semalam saya sempat menghantar sms kepada Adik Elfion. Jika anda belum membaca kisah Adik Elfion baca di sini [link] dan sini [link] . Saja bertanyakan khabar setelah beliau selamat dibedah di IJN dan diterbangkan semula pulang ke tanah tumpah darah. Kini beliau berada di Papar. Alhamdulillah, beliau sekeluarga berada di dalam keadaan sihat. Beliau boleh berjalan dan bermain. Cuma bermain bola belum lagi. Lantas saya mengajak beliau berjalan di Kota Kinabalu.

"Nak ke mana bang?" tanya Elfion.

"Kita pergi Taman Buaya ke. Nak?"

"Boleh juga. Tapi kalau nak pergi, Ma boleh ikut sekali?" Dia menyatakan hasrat mahu membawa ibunya ikut serta pula.

"Boleh ja. Tapi takut Ma boring pula jalan dengan kita," Saya berseloroh.

Tiba-tiba perbualan santai bertukar menjadi serius.

"Kalau kata boring tak lah juga, tapi saya sebenarnya masih tak gembira lah bang. Sebab ma saya ada masalah kewangan untuk perbelanjaan persekolahan saya. Ma saya baru mula kerja, saya pula seminggu sekali mesti jumpa Doktor. Saya pun serba salah nak sambung sekolah atau tak." Elfion mengeluh.

Saya tersentak. 'Oh, tidak! Adikku yang seorang ini tidak akan berhenti sekolah kerana masalah kewangan! Akan aku cari jalan untuk memastikan kau dapat belajar dan bermain bersama rakan-rakanmu semula! Bukankah itu hasrat kau, tujuan kau mengharapkan sembuh kembali?' Aku berjanji di dalam hati.

Terus saya menghubungi Ma Elfion. Benar apa yang dikatakan anak kecil itu. Mereka masih dirudum masalah kewangan, dan memerlukan sekurang-kurangnya RM300 untuk memastikan Elfion bersekolah semula. Ayah yang bekerja sebagai security guard tidak dapat menampung seluruh keluarga.Aku optimis, masih ramai yang sudi membantu. Ah, sedangkan hajat Elfion untuk mendapatkan papan karom pun dapat dipenuhi, inikan pula untuk menyambung persekolahan. Insan budiman, bantulah Elfion!

Untuk menghulurkan bantuan, hubungi saya di 0198110964. Terima kasih daun keladi, syurga Allah luas menanti, insyaAllah. Jom lancarkan tabung, seringgit untuk Elfion!!

2 comments:

Normaziah Khori said...

Adikku Elfion..semangatnya seunik namanya..tanpa bicara dirinya sudah mampu membuatkan insan lain tersedar dari kelalaian cinta & nikmat dunia..tringin benar hati ini bersua muka..kudoakan suatu hari hasrat ini kan dimakbulkan ilahi.kirimkn salam ingatan tulus kasih dari hati seorang kekanda buat adik tersayang.semoga setiap detik kesabaran dlm diri adikku menempuhi ujian dariNya akan diimbal balasan syurga..Wasalam.

Ibnu Saif said...

MasyaAllah....... :-) Sedih gak dengar crita2 camni.. orang len sibuk dengan benda-benda len nak guna duit tuk perkara yang kurang berfaedah.. Rupa-rupanya, disana terdapat lagi orang yang lebih memerlukan..

InsyaALlah okay pya laa.. InsyaAllah... so sekrg ni apa ceritanya bang nurilhakim??

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan