:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Tuesday, February 17, 2009

Polis Diraja Malaysia @ Polis Raja Di Malaysia!

Mudah terkesan dengan penderitaan orang lain kadang-kadang membawa bencana, tetapi biasanya menjadi kelebihan dalam berdakwah dan membawa agama Islam. Sifat semulajadi ini, atau mungkin dipupuk oleh ibubapa yang sentiasa menjadi tempat meluah dan menyelesai masalah masyarakat setempat, membuatkan diri sentiasa peka dan mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling. Kasihan melihat anak-anak kecil yang terpaksa bekerja, simpati dengan bayi setinggan yang dirobohkan tempat berteduh, dan mengambil berat terhadap umat yang berkehendakkan kepada Islam tetapi tidak menjumpai jalan menuju pedoman, menolak diri untuk terus memberi.

Setiap masalah yang melanda rakyat, setiap perkara yang berlaku, setiap isu yang tercetus, politik, sosial, ekonomi, dan apa sahaja mempunyai kaitan dengan Islam dan adalah isu Islam. Ini didasarkan atas sifat syumul aqidah islam, yang disandarkan atas tiga tiang;

1. Aqidah Islam bersumber daripada zat yang kamil
2. Aqidah Islam adalah penyelesai kepada semua masalah
3. Aqidah Islam tidak boleh berdiri atas perpecahan

Justeru saya tidak putus mengikuti perkembangan tanahair dalam segenap bidang. Satu isu yang menggamit perhatian tentu sekali isu di negeri Perak. Tidak perlu saya mengulas panjang apa yang berlaku di sana memandangkan komuniti bloggers adalah komuniti yang celik isu. Yang ingin saya tonjolkan ialah apa yang berlaku tanggal 5 Februari 2009 di Kuala Kangsar, Perak. Selama ini keganasan polis tidaklah sesuatu yang asing. Saya sendiri pernah digasak polis tanggal suatu tarikh dahulu. Apa yang berlaku lewat setiap perhimpunan yang dianjurkan oleh rakyat, apa yang berlaku di Berembang, apa yang berlaku di Kuala Kangsar, adalah sesuatu yang cukup menjengkelkan dan menjejaskan integriti 'peace-keepers' ini. Tidak hairan FRU digelar sebagai Zionis Malaysia. Suatu hari nanti anak-anak kita tidak lagi berlari melihat lelaki asing bertopeng, tetapi lebih cenderung lari ketika melihat polis! Atau mungkin, mereka akan mengambil pengajaran daripada saudara mereka di Palestin dan belajar melontar batu kepada pengganas-pengganas ini..

Di sebelah ini adalah video insiden 5 Februari di Kuala Kangsar, untuk tontotan umum, sesuai ditonton oleh semua rakyat yang tanah tumpah darahnya ialah Malaysia tercinta!

Daulat Tuanku, selagi Islam Tuanku Daulatkan!

3 comments:

Anonymous said...

hehe..pnh kene rempuh polis ke?

Anonymous said...

assalamualaikum

bestnya tjuk ni,mmg x dnafikan ramai polis m'sia bsikap sdemikian,
tp bgaimana pula polis2 yg x melakukan pkara tsebut??bgaimana pula polis yg niatnya baik utk mjg keamanan ngara???sy kdg2 tfkr hal ini krn tentu ada mereka yg baik dsna....
kdg2 terasa bdosa pula sbb kerana nila stitik,kita terus hukum yg sama pd kesemuanya??

sy kdg2 keliru,jd pdpt saudara,apa perlu kita lakukan???

sy hy btanya krn sy kurg faham,bukan niat utk mnentang,krn sy jg di bawah lembayung hijau titik putih

nurilhakim said...

Salam semua,

aeisyulillah,
Bkn stakat rempuh, pijak, gari, sumbat lokap lg..

tanyakerananaktahu,
Kita tidak menghukum satu untuk semua. Kalau kita kata Yahudi zalim, bukan semua Yahudi kita label zalim. Ada Yahudi sendiri yang label Yahudi zalim dan Yahudi spesies ni kita tak label sbgi zalim.

Kita mengkritik tindakan polis yang tidak baik sahaja, bukan semua tindakan polis. Itupun tidak secara mutlak kerana jelasnya mereka terpaksa menjadi pak turut pengebom2 di atas. Ikut arahan atau dibom. Ramai lagi polis yg baik, khususnya polis trafik. Polis trafik sgt baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Terutama yang berkhidmat di bulatan Masjid Bandaraya dan KF pda waktu kemuncak. Terima kasih banyak. Saya suka. Tetapi ada polis yang pandai berlakon, kita panggil Sahabat Baik, dan ada yang suka pukul dan buat takut orang, kita panggil Ferosak Rakyat Umum, atau Frightening Red Undertakers. Undertaker pun tak ditakuti macam tu. Tapi di kalangan golongan ni pun ada yang baik.

Maka semuanya akan bebalik kepada perkara asas - siapa makan keropok sira, dia rasa berlada..atau siapa makan suap, dia rasa berdosa..
Terima kasih kepada pihak polis yang ikhlas dan jujur menjaga keamanan negara. Anak-anak kami tidak akan mengapa-apakan kalian, insyaAllah.

p/s: kalaupun saya tidak berada di bawah daun hijau redup dan berkulat putih setitik yang sama pun saya akan nyatakan jawapan yang sama. Kerana yang dipukul itu bukan hijau sahaja tapi juga biru, oren, kelabu asap dan indigo. Rakyat jelata. Wallahua'lam.

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan