:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Monday, April 9, 2012

Sabah - Return of The Kuli

Membelek-belek Facebook Um. Azizul Julirin, saya terlihat gambar perpisahan di lapangan terbang Kota Kinabalu yang sempat dirakamkan sebelum saya berlepas ke Kuala Lumpur dalam persinggahan sebelum ke Syria. Kagum dengan ukhuwwah, bagaimana ketika itu kepulangan yang sementara diraikan cukup sempurna oleh sahabat-sahabat pejuang, sehinggakan Ketua Pemuda Sabah sendiri sudi turun mencemar duli.

Lambaian akhir mereka mendukung 1001 harapan - harapan agar ada buah yang nanti dapat diberi, harapan agar ada sesuatu yang kelak dapat dikongsi, harapan agar di hujung pergi ada kembali.

Memandangkan fasal (atau semester) tiga pengajian kami pada tahun ini dipendekkan untuk memberi ruang kepada kebangkitan rakyat (dan ketidakterlibatan kami dengan kebangkitan tersebut), saya berharap agar cuti tiga bulan selepasnya akan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Saya telahpun mengatur perancangan untuk melakukan beberapa perkara - bermula dengan musafir ke sempadan Turki menghulur khidmat kepada pelarian Syria di sana yang hari ini berjumlah sekitar 24,000 orang, sebelum ke Istanbul mengutip pengalaman bersama NGO antarabangsa IHH Humanitarian Relief Foundation - antara NGO yang bertanggungjawab melancarkan misi Mavi Marmara dan beroperasi di seluruh dunia dalam pelbagai aspek kebajikan- menguasai bahasa Turki, dan paling utama, menghafal Al-Quran sekadar termampu di salah satu madrasah percuma yang bercambah subur di sana.

Selepas sebulan atau lebih di sana, saya bercadang menghabiskan Ramadhan di celahan kaki gunung megah, di pesisiran pantai indah dan tiupan semangat anak-anak muda yang tidak dapat disanggah; memenuhi 'harapan akhir' itu walaupun untuk seketika hanya - Ramadhan saya tahun ini, mudah-mudahan akan dihabiskan di Sabah!

Misi saya dua - mencari dan mencuri peluang menapau generasi pelapis ulama' Sabah untuk ke sini selepas satu selang masa (baca:selepas risiko mereka mati di sini berkurang), dan mendedahkan isu Syria dan mengumpulkan dana untuk tumpah darah rakyat di sini.

Mudah-mudahan doa pembaca bersama saya agar hajat kesampaian, mudah-mudahan kelak untuk saya tidak ada kerehatan, dan mudah-mudahan pembaca juga merancang untuk hari depan. Alfatihah.

Dari Ibnu Abbas (R.A), daripada Rasulullah (S.A.W) sebagaimana diriwayatkan daripada Rabbnya Yang Maha Suci dan Maha Tinggi : Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan keburukan, kemudian menjelaskan hal tersebut :

Siapa yang ingin (bernekad) melaksanakan kebaikan kemudian dia tidak melaksanakannya, maka dicatat disisi-Nya sebagai satu kebaikan penuh. Dan jika dia berniat melakukannya dan kemudian melaksanakannya maka Allah akan mencatatnya sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat bahkan hingga kelipatan yang banyak. Dan jika dia berniat melaksanakan keburukan kemudian dia tidak melaksanakannya maka baginya satu kebaikan penuh, sedangkan jika dia berniat kemudian dia melaksanakannya Allah mencatatnya sebagai satu keburukan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

11 comments:

Trumpett said...

Subahanallah...saya sokong perjuangan Bro "menapau generasi pewaris ulama di sabah" ...

saya pun ada niat mau di tapau untuk memperdalamkan ilmu agama, tapi pengajian saya di sini x berapa membenarkan...

kelantan ja tempat saya belajar agama nanti...insyallah..

kita sama2 doakan agar dipermudahkan oleh Allah.

Akmal said...

InsyaALLAH bang..Doakan juga saya di sini..

inksensei said...

Salam bro.

Ana mohon maaf atas ketidak-reply-an ana pd email anta tempohari.

Sgt bz dgn urusan & dugaan yg bertimpa, tpi masih di jln yg sama insyaAllah.

Ttg permintaan anta tu ana sudah pnjangkn di blog ana tak lama dulu. Sempat jugala stick di situ dengan tajuk yang sama.

Pic wafiy akan ana kirimi bila ada masa. Skrg kamera pun dah x bleh guna huhu...

Moga Allah sentiasa memberimu kekuatan yg diperlukan, di mana saja anta berada bro. Amin.

Yg mohon maaf,
Your bro in Dungun, Terengganu

Azimah Rupilen said...

FAstabiqul Khairat..doakan juga smua daie di sini istiqamah walau diuji dgn maksiat mahupun apa2 hubbul dunia..sehingga mrk diberi kekuatan menjadi waliyullah..

Unknown said...

Yeay! Jumpa nnt di Sabah InsyaAllah...

nurilhakim said...

Salam Bani Irwin,

Belajar kat mana pun xda masalah insyaallah. Yang penting, hati kata mahu. Keluaran dari sini pun xda jaminan akan pergi jauh.

Di mana pun mendalami ilmu agama,pastikan ada ingin yang ikhlas! :)

nurilhakim said...

Salam Akmal.

Doa berbalas doa insyaallah. Antara doa yang mudah dimakbulkan ialah doa saudara Islam untuk saudaranya :)

nurilhakim said...

Salam bro Nasirin.

I had a very good time browsing through your blog,not that many people venture through such interesting mediums of dakwah. The Twins of Faith programme sounded really good.

Thanks for the kind words on the copied post.I hope to meet Wafiy and you live some time soon :D

nurilhakim said...

Salam Siti Azimah.

Ya,jom berlumba!
Cuma doa untuk jadi wali tu ermm..jauh sikit kot.Kita doa semua jadi anak soleh dulu sebelum jadi wali,insyaallah :)

Asrarqulub,
Bukankah dikau sudah berada di bumi lain?

Tetapi jikalau takdir menemukan kita semula kelak,alamdulillah,alangkah syukur! ;D

cahaya petunjuk said...

membaca kesungguhan khidmat tuan presiden, saya jadi tertunduk kagum. jalan yang terlalu luas, dan digunakan sepenuhnya.
teruskan perjuangan. dan doakan ada yang ikut turut terkesan, sama2 jadi manusia yang bermanfaat utk yg lain.[lagi2 along] ~

nurilhakim said...

Salam cahaya petunjuk,

Jalan itu luas, menanti diteroka. Masalahnya ialah jalan itu juga terlalu singkat, bila-bila boleh berakhir. Mudah-mudahan kita menjadi di kalangan yang memanfaatkannya. Dan terus tunduk, kagum pada kurnia yang Allah beri untuk meneruskan :)

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan