Minggu lepas saya diolok seorang teman, berhubung panggilan 'ustaz' kepada saya. Panggilan oleh pelajar lama di Syria, kepada budak mentah yang belum lagi boleh membezakan hamzah wasal dan hamzah qata' dengan baik. Bukan sahaja di sini, malah sejak berpencak manja di Sabah, gelaran 'ustaz' selalu dicampakkan kepada kelompok kami yang sama-sama membawa dakwah, biarpun hanya belajar agama setakat SPM. Olokan tersebut mungkin berpunca daripada kebingungan, kenapa aku yang lebih lama, atau aku yang sampai sama-sama tidak pun dipanggil 'ustaz'?
Pendirian saya terhadap persoalan tersebut mudah. Kalau punya kehendak untuk dihormati, maka tampilkanlah imej yang layak dihormati. Kalau memakai kot putih dengan stetoskop di leher, tentu sekali tidak dipanggil bomba. Dan kalau memakai jaket hitam, bermisai dan tidak berjanggut, boleh jadi dicop sebagai SB. You are not only what you think, but also what you make people think of you. Nyata sekali, imej yang ditampilkan membantu mesej yang cuba dibawa. Orang kampung yang melihat 'ustaz' masuk membawa perkara gharib ke kampungnya, tentu sekali lebih diyakini daripada 'budak mentah jahil yang cuba mengajar orang tua macam kami'. Pokok perbincangan yang lebih besar, persoalan yang berkurun lama saya fikirkan, berlegar sekitar soalan-soalan seperti, perlukah sang pendakwah berkopiah? Menyimpan janggut? Salahkah pendakwati (baca : pendakwah wanita) memakai baju cantik berbunga dan berseri dan mengenakan makeup ala kadar yang tidak sampai ke tahap tabarruj? Ganjilkah pendakwah yang menghabiskan banyak masa di FB, menonton movie berpanjangan dan bermain bowling seminggu lima belas kali? Mudahnya, di mana garis sempadan antara pendakwah dan madhu'u dalam perkara-perkara yang diharuskan? Sekelumit jawapannya saya temui di dalam beberapa petikan penulisan Ketua Helwi Persatuan Pelajar Malaysia Syria, Ustazah Nurlina Abdullah, anak jati Tawau yang bertajuk 'Hasanatul Abrar, Sayyiatul Muqarrabin' (Baik Bagi Orang Biasa, Tetapi Buruk Bagi Orang Yang Dekat);
"Analogi mudah untuk memahami ungkapan (tajuk) ini ialah dengan mengambil contoh seorang yang tergolong sebagai abrar (orang melakukan kebajikan) yang sering bersolat Dhuha. Sehari ia meninggalkan solat Dhuha dia masih merasa berada di tahap yang baik dan tidak membawa kesan yang besar dalam hatinya berbanding dengan seorang yang tergolong dalam golongan muqarrabin (orang yang dekat), dia akan berasa satu kejanggalan yang luar biasa dan seolah-olah telah melakukan dosa akibat meninggalkannya walaupun sekali. Akibat rasa berdosa, sepanjang hari itu jiwanya jadi tidak keruan dan tidak tenteram. Persoalannya, berdosakah dia sehingga Allah menurunkan azab berupa keresahan hati kepadanya sebegitu sekali? Maka, tentu sekali kita mengatakan tidak, bahkan rupa-rupanya keresahan dan kecelaruan yang Allah berikan itu adalah sebagai guard bagi dirinya. Kesannya, pada hari-hari depannya dia semakin prihatin dan intabih dengan masa Dhuha yang tidak ingin lagi dia terlepas. Petandanya, muqarrabun yang sentiasa dalam pemeliharaan dan perhatian Allah.
Suasana sekarang yang peliknya, golongan daripada latarbelakang agama, konflik identitinya ialah dia tidak ingin dilihat 'poyo' bila menyebut perkara kebaikan, 'macam baik sangat' bila menegur, 'takut riak' atau apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan identiti yang baik, bermula dalam soal pemakaian, tutur kata, pergaulan, pemakanan dan sebagainya. Menjadi ustaz moden tanpa serban, berkopiah, menyimpan janggut, merokok atau ustazah moden yang jubahnya berwarna-warni dan tudung cukup syarat. Semua ini sangat-sangat disedari merupakan soal yang menyentuh perkara-perkara furu' dan mutaghayyirat dan jauh sekali untuk mengheret sahabat-sahabat dalam perdebatan cabang. Bila berbicara dalam kerangka fiqh, maka sudah pasti hukum perkara-perkara di atas tidak boleh dijatuhkan hukum berdosa. Tetapi, di sinilah soal relevannya fiqh itu perlu dikombinasikan dengan tasawwuf kerana, jika daripada sisi pandang tasawwuf menjadilah ia kurang sesuai bilamana ia berbalik kepada 'Hasanatul Abrar, Sayyiatul Muqarrabin'.
Ulama' bukan dilihat hebat kerana banyak ilmunya tetapi kerana istiqamahnya mereka beramal. Ramai ulama', alim dan bijak pandai tetapi tidak faqih. Ramai pula yang faqih tetapi tidak bertasawwuf, sehingga identitinya kadang-kadang mengelirukan madhu'unya yang tidak pernah tahu beza antara perkara usul dan cabang."
Saya lebih kerap mendengar hujah berpakaian biasa-biasa sebagai meraikan waqi', dan untuk tidak menakutkan masyarakat yang belum mesra dengan Islam. Pada masa sama, saya melihat gambar-gambar Ustaz Nasaruddin Tantawi dan Ustaz Azhar Idrus menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan berkopiah dan berserban, meraikan waqi' tanpa perlu menggadai identiti yang dibawa, malah saya yakin kain pelikat dan baju Melayu putih Cikgu Azmi TERAS lebih dikenali oleh seantero masyarakat dunia berbanding saya dan kamu. Hakikatnya, hujah yang lebih mudah ialah, kita masih takut pada kata-kata manusia, dan jauh daripada marhalah muqarrabin. Justeru boleh jadi, sempadannya ialah sebesar mana sempadan yang memisahkan antara kita dan Allah.
Ustaz Azhar Idrus - disukai tua dan muda.
Songkok hitam, kain pelikat dan baju Melayu putih - identiti yang dibawa ke seluruh dunia.
p/s: Gambar-gambar lain tidak dapat dimasukkan berikutan internet yang lembap. Barangkali wayar bumi internet terkena bom yang dibaling demonstran anti-kerajaan.
8 comments:
Akhirat tanpa sempadan....
pencarian yang telah sekian lama akhirnya terjawab....
sinergi sufi haraki..= daie sejati..da maklumkan...^^
pemakaian @ peribadi bleh jd pluang, bleh jd phalang dakwah..
semoga kita semua dpt taufik & hidayah yg berkekalan..
salam,syukran atas respon2,
fadlan,enta xpa,ke mana saja masyarakat menerima dgn trbuka..trutamanya yg berbeza jantina :)
hakimi,alhamdulillah,jom terus mencari jwpan kpda kesulitan2 hidup,moga stiap jwpn membuahkn kefahaman n ikhlas yg berterusan..
anonymous,doakan kita semua jadi sufi haraki :)
1. kalau uztaz hendak menjaga hati semua orang memang tidak akan dapat (kecuali dengan izin Allah)
2. persepsi dan pandangan negatif orang terhadap diri kita bukan perkara yang mudah untuk kita elakkan.
3. Namun harus kita teladani bagaimana Rasulullah menghadapiny; cacian, makian, serta tentangan yang diterima di balas dengan senyuman dan doa.
4. Tidak ada manusia yang serba sempurna mahupun 'super' dalam semua bidang, tindakan dan perbuatan. -Ustaz Pahrol Mohd Juoi-
5. Justeru kita perlu belajar cara untuk menerima, menghadapinya dan menaganinya.
P/S
- ni lawatan kedua utk post ni
- lawatan 1st tak tetarik nak baca pun
- kalu xda gmbar pun at least biar each paragraph contain anly 1 to 3 sentences (1-50 patah perkataan)
- main2kan ckit dgn bold, italic, dan space/tab/enter
A good POST, keep it up...
Salam Nasir.
baru prasan komen2 Nasir. Thanks!Wah, nasib baik nasihat2 menulis tu abg lampirkan selepas posting ni. Xla nasihat makan tuan. Haha..Teruskan jua penulisanmu. Allah bukakan. :)
poyo dowh.. erm..'ustaz'..
Xde pon aku panggil korang 'ustaz'.. ha3.. stakat pkai jubah n berserban x menanda yg korang alim.. korang je yg perasan sendiri.. x tau lak korang bley jadik syok sendri cmni.. so kalo aku pkai kopiah n berjubah, nanti org panggil aku ustaz gak r??? cetek gler r pkiran korang.. jgn perasan r.. x pnah2 aku recognize korang ustaz..
Post a Comment