:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Thursday, April 14, 2011

Aku Cari Berkat, Aku Takut Laknat

Aku Cari Berkat, Aku Takut Laknat

Di bumi bersaudara menumpah darah,
Ku buru redha membetul arah,
Mencari ruang ilmu ditadah,
Cacat cela ku cuba pasrah.

Namun kala hari nan suntuk,
Mata terbuka hati diketuk,
Apa pilihan daripada mengata dan terkutuk,
Tika jiwa masih dibentuk,
Dan iman masih belum kemas dipeluk.

Di kanan Syami berbonggol unta,
Atau langsung telanjang terbuka,
Pengemis ihsan merayap merata,
Mencari nafkah dengan meminta,
Sedang mereka berarak gembira,
Menyokong Si Zalim terus berkuasa.

Di kiri senegara harapan rakyat,
Solat terabai mendedah aurat,
Mata dibuka menonton kotam hitam keramat,
Berjam FB Yahudi memperalat,
Zikir harian dengan babi dan bangsat,
Sedang darah mereka darah bulan bulat,
Bukan keris buruk berkarat.

Di depan bercabang gelap pekat,
Berlari gagah takut terjerat,
Merangkak perlahan gusar tak sempat,
Niat lurus kadang tersesat.

Berikan damai walau sesaat,
Mencengkam Islam menggenggam makrifat,
Mudah-mudahan semakin kuat,
Asyik dan terbuai di dalam lazat,
Cukup bekalan untuk akhirat,
Sebelum hilang berkat,
Dan ditelan laknat.



Syukran sahabat-sahabat di Syria. Kalian penyeri, pelempias rindu pada perjuangan di Bawah Bayu..

3 comments:

inksensei said...

Salam bro.

Ana suka stanza ke-4 tu. How sad but true. Kdg kita menumpukan matlamat & melupakan cara. Tarbiyah diabaikan. bezanya kita dgn tentera Salahudin & Muhammad al-Fateh. Sbb itu mgkin kemenangan kita dinampakkan lebih jauh. Sbb Allah mahu kita menampakkan Islam yg sebenar-benarnya dahulu dlm diri. Tegakkan Islam dlm diri, baru Islam akan tegak di negara kamu...

nurilhakim said...

Salam abg nasirin..ya sungguh mengecewakan.ibaratnya memberi minum anak qirdun,anak sendiri kelaparan.habibi,adakah dikau punya fb atau ym?sesungguhnya daku ingin sekali melempiaskn rindu padamu.jikalau ada,silalah khabarkan..

inksensei said...

Salam Ya habibi & always my true ikhwan.

Maaf bro. Ana x punya FB. Klu chat, ana biasa chattin live pkai yahoo mail j, bkn yahoo messenger.

Apapun ini email ana utk anta melempiaskan rindu pd ana huhu..:
ink.sensei@yahoo.com

Saat ujian ini ana mmg sgt hargai doa n nasihat dri sahabat2.

Ana mohon pd Allah jua agar urusan anta juga dpermudahkan. Tak kira di Syria atau Sabah, etc, kumohon Allah memberimu kekuatan utk mncapai impian akhiratmu.

Amin.

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan