:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Sunday, March 23, 2008

Warkah Buat Yang Kecewa


Yang Lalu, Biarlah Berlalu – Warkah Buat Yang Kecewa
Petikan daripada buku La Tahzan, Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya.

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar dan melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tidak akan ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.

Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk di masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! Apakah anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?

Dengan kembali ke masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya api yang akan terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubahnya seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek-moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu: ‘Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya.’

Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai: ‘ Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu? ’ Keldai itu menjawab: ‘ Kerana aku tidak suka kebohongan. ’

Bencana dapat menimpa bila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang usang. Padahal, seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya itu mustahil.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan; air akan mengalir ke depan; setiap kafilah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan. Mulalah mengorak langkah ke hadapan, La Tahzan!

Dapatkan buku ‘La Tahzan’ yang telah diterjemah dengan tajuk ‘Jangan Bersedih’ karangan Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni untuk motivasi berpanjangan.

No comments:

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan