:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Saturday, August 16, 2008

Nadir BABI!!


Di sebelah adalah chatbox daripada blog peribadi YDP Kolej Kediaman E, saudara Hairul Anuar (putra-alkahfi.blogspot.com). Beliau menulis artikel berhubung pendirian yang dipegang oleh JAKMAS di bawah kepimpinan beliau melibatkan isu hiburan, kebajikan dan sebagainya. Saya gatal tangan memberikan sokongan melalui chatbox di blog tersebut, dan bebrapa hari kemudian, telah dikecam oleh insan misteri (dan penakut?) 'hhhh'.
Mula-mula baca respon beliau memang tergelak dibuatnya. Marah betul dia bila saya menolak Islam Hadhari tapi masih gunakan PTPTN. Lalu saya berhujah;
1. PTPTN tu kena bayar balik bukan free
2. Kalau bukan Islam Hadhari memerintah bukan setakat dapat
pinjaman, dapat biasiswa lagi.
3. Mendapat pendidikan tu tanggungjawab sosial kerajaan, lebih-lebih
lagi dalam 'Negara Islam' macam Malaysia.
(baca:TANGGUNGJAWAB). Bukan setakat bagi pinjaman yang kena
bayar balik dengan faedah(baca:dengan faedah!).

dan akhir sekali...

4. Aku anak Selangor! Islam Hadhari dah diharamkan kat sana..haha..Yeaahh!!

22 comments:

Anonymous said...

tiada kekuatan hamba melainkan dgn kekuatan dan kekuasaanNya.sabar dan tenang itulah ubat buat insan yang menghadapi kegetiran hidup.allah bersamamu selalu.

nurilhakim said...
This comment has been removed by the author.
nurilhakim said...

Syukran anonymous..insyaAllah kata2 tak bisa mematahkan semangat di jiwa(",). Pohon doanya..

Anonymous said...

Ko ni bangang la Nadir...ko igt jadi kerajaan tu senang ke...ko igt senang2 nak dapat biasiswa camni...hahahhaha...nadir2...ko tak pernah dapat biasiswa ek...kesian...taktau macamana pengurusan biasiswa senang2 nak dapatkan biasiswa...kita bukan negara dunia pertama sedare oiii...

Sabar tu sabar juga kawan2...tapi si nadir ni cakap pakai main lepas je...mulut tangan badan sume da amik insurans ke...cakap orang penakut...kalau berani meh kg D...kita fight 1 on 1...kalu tak aku carik ko sampai lubang cacing jahanam...nak sangat kan...no bilik ko no tepon ko sume aku ade la...

Hantu laut sulu punya nadir...ko tunggu...aku bagi ko msuk ICU...dalam kelas pun takut2 nak tunjuk berani dalam blog...

malu la woi...cakap besar dalam blog je...bila berdepan kecut...wakakakakaka

Anonymous said...

Kalau bagus sangat kerajaan lain kenapa Perak Kedah Kelantan & Penang skang ramai yg sengsara.Termasuk la mak bapak aku.

Terima la realiti saudara.Bagus lagi kerajaan BN sekarang daripada pembangkang.Korupsi takkan hilang dari dunia dengan senang.Kalau tak takkan la MB selangor selalu buat keputusan melulu.Kandang babi la,UITM utk bukan bumiputera la,air free la.Ape da!

Kat kedah lak ari tu ade ke patut nak tebang pokok kat empangan siap nak saman 1 juta lagi.Come on la diorang ni.Habis kawasan tadahan hujan.Apa yg dapat disimpulkan diorang ni sebenarnya bermuka-muka.

Kelantan saya taknak cakap la.Negeri Islam.Saya sokong yang tu je.Dari segi lain tak.

Yang Perak pulak habis melawan sultan.isk isk isk.

Tak pasal-pasal ramai melayu sengsara woi.Dan saudara yang tak tau apa-apa tolong jangan suka2 la nak tunjuk pandai.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

tiada kekuatan hamba melainkan dgn kekuatan dan kekuasaanNya.sabar dan tenang itulah ubat buat insan yang menghadapi kegetiran hidup.allah bersama hambanya selalu.

Anonymous said...

Ai saudara.Kenapa ada komen yang di delete?Kamu kata kamu ditarik hak bersuara.Jadi kenapa delete komen2 tu?Biar buruk sekalipun terima la.Biar fitnah pun biarla.Kamu tidak berlaku adil.Biarpun sekesat mana perkataan seteruk mana fitnah kamu kena terima hakikat.Banyak hakikat tersirat di sebalik kata-kata dan komen-komen.

Cuba fikir.Dalam ISEUMS kamu boleh je fitnah orang-orang buat hiburan.Ada kamu fikir hati mereka.

Kamu tuduh-tuduh pegawai bertanggujawab tak jalankan tugas.Ada kamu fikir hati mereka?

Kamu boleh pulak fitnah dari segi itu sedangkan kalau orang fitnah kamu,kamu semua tahu pulak pertahankan.Kamu kata itu kamu kata ini.Sedih kan bila kawan-kawan dari agama sendiri difitnah.

Kamu membuka bekung di dada sendiri kamu tak minta maaf?Minta maaf pun daripada blog.Kenapa tak minta maaf dengan datang dari kolej ke kolej.Minta maaf secara terbuka kepada para pelajar.Kepada pegawai-pegawai.

Lepas tu tanya pelajar-pelajar semua apa mereka mahukan.Selagi boleh kita bagi kita bagi.Selitkan lah dakwah dalam apa mereka nak.Yahudi boleh je buat dengan mencucuk sikit demi sikit, tersirat dan tersurat.Takkan kamu tak boleh cari jalan yang sama.Ilmu itu luas ilmu itu banyak.Malu malu malu pada Allah malu pada diri.

Kamu kata pegawai tak halang hedonisme dari masuk UMS.Kamu ni tau tak apa itu hedonisme.Falsafah hedonisme ni bukan susah pun nak paham.Senang je.Kalau manusia tu mengatakan dan mengamalkan satu falsafah hidup di mana hanya kenikmatan sahaja benda paling penting dari mula dia hidup sampai dia mati.Itulah hedonisme.orang yang mengamalkan hedonisme takkan mahu hidup sengsara.Takkan fikir benda lain selain hiburan sepanjang dia hidup.Takkan belajar.Takkan beribadat.Takkan buat apa-apa la yang boleh buat dia tension.Ada ke manusia kat UMS or kat Malaysia ni cam tu.Rasanya kalau ada pun daripada rasanya boleh kira dengan jari daripada berbillion manusia tu.

Apa yang kamu buat lebih banyak keburukan dari kebaikan.Kebaikan memang datang dari menyedarkan umat Islam.Tapi keburukannya kamu memalukan malah boleh menghancurkan kepercayaan orang kepada Islam.Kalau diikutkan apalah yang akan terjadi.Memang kita digalakkan dakwah.Tapi jangan berlebih dari ilmu yang kita ada.Seeloknya suruh mereka yang didakwah itu mencari guru yang lebih arif.Ni kamu macam nak tunjuk pandai.Saya pun diam je tengok perangai-perangai kamu.Ada yang bergelak ketawa dalam masjid,ada yang menguap tak tutup mulut besar-besar di khalayak ramai,ada yang cakap tak serupa bikin,ada yang macam lalang.Jadi siapa yang nak dengar cakap kamu.Perangai minor-minor ni pun tak jaga.Sama juga macam harga makanan.Anggaplah semua ni Ki~CIK PUNYA HAL.

Bermesyuarat itu baik tapi kena ingat,ahli-ahli mesyuarat itu siapa?bukan senang-senang je ambil orang masuk mesyuarat.Akal, ilmu, pengetahuan, kewibawaan, ketegasan dan lain-lain semua mesti diambil kira.Katakanlah salah seorang gila dalam ahli mesyuarat tu macam mana jadinya(bayangkan saja ya bukan betul pun).Lawak kan?

Jadi sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah agar diberikan petunjuk taufiq dan hidayah.Saya juga manusia yang penuh kelemahan.Andai ada silap salah semasa berkomen diharap dimaafkan kepada saya.Sama-sama kita memajukan Islam dengan cara yang betul.

Anonymous said...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Apa yang ingin saya sampaikan hanya sekadar renungan. Pada awalnya ianya adalah satu cubaan

untuk membetulkan apa yang batil dan palsu.Tapi saya tidak sangka rupanya masih ada yang

tidak faham akan tujuan saya.Saya tidak mengatakan saya betul dan tidak pula mengatakan kamu

juga betul.Terpulang pada pendirian masing-masing.Saya tidak suka berdebat kerana walaupun

untuk tujuan kebaikan ianya tetap mengundang keburukan.Ini adalah komen daripada saya kerana

saya dapati saudara Osama menyuruh saya menjawab apa yang ditanya oleh nya.jadi saya

turuti.bukan nak menyakitkan hati tapi kerana ada insan yang ingin mengetahui.

Selain itu saya juga pelik.Saya tak pernah merasa jadi MPPUMS ke, EKSAH ke, JAKMAS ke. Tapi

persoalan yang saudara Osama ni kemukakan sepatunya golongan-golongan mereka ni yang

menjawab kerana sepatutnya mereka lebih arif.Ini saya rasakan wajar kerana sebenarnya dalam

tidak sedar apa yang diajukan kepada saya ni soalan yang berkaitan dengan perjuangan mereka

yang sepatutnya mereka buat di UMS...Tak perlu saya sahaja yang diajukan soalan

begini.siapalah saya berbanding pemimpin-pemimpin kita.Tapi walaubagaimanapun terima kash

saya ucapkan kerana saudara Osama suruh saya jawab.Jadi saya jawablah bagi pihak saya lah

kan.Kalau ada yang tidak berpuas hati,elok jawab sendiri soalan saudara Osama

kita.Lebih elok daripada komen apa yang saya komen.Semua akan rasa senang hati.Kan Kan

Kan???


Prologue
penyair yg terpuji boleh bg tahu mcm mana menegur secara berhikmah?
Itu saudara patut bertanya pada orang yang lebih usahanya dalam urusan ingin

menegur.Contohnya ISEUMS, MPPUMS, EKSAH dan JAKMAS.Cuba perhatikan mereka.Kalau yang dibuat

oleh mereka itu saudara rasa berhikmah maka itulah caranya dan jika sebaliknya maka

gunakanlah ilmu,akal,sunnah, syariat, dan benda-benda yang berkaitan ya saudara.Jadi soalan

prologue ini sepatutnya saudara carilah sendiri.Ianya ada di depan mata saudara.Dan jika

saudara tidak nampak, maka apa boleh saya buat.Saya tidak berkuasa.



SOALAN-SOALAN INI DISURUH UNTUK DIJAWAB.SAYA HANYA INGIN MENJAWABNYA KERANA DITANYA.DEMI

ALLAH SAYA TAK ADA NIAT LAIN DAN SAYA MEMANG TIDAK AKAN BERDEBAT DENGAN KAMU-KAMU

SEMUA.TERPULANG DENGAN KAMU SEMUA BAGAIMANA MAHU MENILAI SAYA.DI SINI JUGA SAYA INGIN

MENYAMPAIKAN BAHAWA SETIAP PERSOALAN SAYA PADA SAUDARA HANYA LAH SEKADAR BERTANYA.SAYA TIDAK

MAHUKAN JAWAPAN DARI SAUDARA.CUKUPLAH JIKA SAUDARA DAPAT MEMIKIRKANNYA PADA DIRI SAUDARA

SENDIRI.WALLAHUALAM




Bismillah

1.
Penyair yg terpuji sila jwb
"program begini saudara tentang habis-habisan.harga makanan mahal taknak tentang tapi suruh

syukur"
mana yg lebih utama makanan atau pun Konsert yg melalaikan.

Perut adalah salah satu punca penyakit.Itulah yang disabdakan oleh Nabi Muhammad

S.A.W.Jika saudara-saudara sekalian ingin membuka hati pelajar-pelajar semua maka mulalah

daripada makanan.Ini bukan tertakluk kepada apa yang dimasukkan ke dalam perut sahaja.Malah

kita mesti mengambil kira nilai harga makanan itu, sumbernya, cara pembuatan, kandungan dan

sebagainya.Jangan ambil ringan pada perkara kecil.Dosa-dosa kecil lebih banyak dan lebih

kerap kita lakukan daripada dosa besar.Jadi perjuangkanlah yang kecil dahulu sebelum yang

besar.Itulah rukunnya wahai saudaraku.



2.
"kekurangan kemudahan pelajaran dan pembelajaran tak pulak tengok"
Selepas akhir semester pensyarah ada mengedarkan borang maklumbalas tentang kuliah dan

peralatan apa yg kamu buat?

Ketahui dan ingatlah saudara.Apa yang saya buat adalah tanggungjawab saya.Tapi buat

pengetahuan saudara.Barangan tersebut masih lagi tidak mencukupi.Terdapat banyak lagi

barangan yang perlu dipohon agar kita dapat belajar dengan lebih sempurna dan

selesa.Pensyarah tidak boleh memberitahu kita seratus peratus apa barangan atau peralatan

yang kita perlukan.Ini kerana mereka tidak tahu sama ada kita akan berasa selesa atau tidak

apabila menggunakan barangan atau peralatan baru itu.Jika mereka mencadangkan pun tetapi

barangan tersebut tidak memberikan keselesaan maka akan berlaku satu pembaziran yang tinggi

nilainya.Ini satu risiko yang mereka tidak boleh ambil.Lagipun bukan mereka yang belajar

tetapi kita.Itulah gunanya kamu semua MPPUMS dan semua perwakilan pelajar pegi melawat

universiti lain sama ada di dalam atau di luar negara.Untuk memerhatikan apa yang boleh

membantu student.Bukan korang diberi peluang begitu untuk suka-suka je.Tapi yang saya tahu

ada sesetengah pihak kata selagi kebajikan pelajar tak perfect jangan pergi.Nampaknya mereka

ni tak cukup berfikiran jauh.Apa boleh buat.Dah berlalu dah peluang tersebut.Habis langsung

salah satu peluang nak bantu naikkan kebajikan pelajar.



3.
"kamu ni wakil pelajar ke wakil Islam?ape tak ada agama lain ke yang boleh masuk

Universiti ni?"
Setiap org islam itu ada tanggungjawab sebagai seorg muslim.
Penyair yg terpuji adakah kamu tidak melihat atau kamu melihat tetapi tidak nampak? adanya

pelajar nonmuslim dalam universiti ini.

Ajukan semula soalan ini kepada mereka yang nampak tetapi rabun.Celik tetapi buta.Bukan

kepada saya.Faham-fahamlah sendiri...Ok...Saya nampak sebab tu saya tanya nak pastikan

wakil-wakil pelajar ni nampak ke tak..or kalu nampak pun tak berlaku adil saksama.



4.
" hadis Nabi Muhammad S.A.W. iaitu sabdanya saya petik sedikit: dan pada hari perhitungan

nanti akan ditanya oleh Allah S.W.T. kepada para pemimpin, hakim2 dan sebagainya

iaitu,"bagaimanakah kamu menjalankan amanah dan haq-haq yang telah diberi kepada kamu?".
Penyair yg terpuji apakah jwpan mu dihdpan ALLAH SWT? memperjuangkan harga makanan atau

mencegah kemungkaran. Tugas pemimpin selain untuk harga makanan adalah untuk memastikan

budaya kurang sihat tidak berlaku di sekeliling kita.

Jangan kamu menyoal sesuatu perkara kerana kamu rasa kamu mengetahui di mana hak perkara

itu.Apa itu kemungkaran saudara.Nasib niat saya hanya sekadar menjawab soalan yang saudara

ajukan.Kalau saya berdebat dengan saudara dah jatuhkan maruah saya kerana saudara sendiri

tidak cukup faham dengan apa yang saudara cuba sampaikan dan cuba dalami.Kalau saudara nak

tahu benda kecil (memperjuangkan harga makanan) seperti inilah jikalau dikumpul-kumpul maka

akan menjadi sesuatu yang besar.Kalau saudara datang dari keluarga senang maka tak

mengapalah.Tapi kalau mereka yang datang dari keluarga miskin.Hati manusia lebih senang

dilembutkan melalui perut saudara.Itupun kalau saudara faham apa maksud saya.Kalau saudara

minta saya terangkan juga maka dengan ini saya sarankan saudara jangan cuba berdakwah andai

rasa diri itu belum bersedia.Dan lagi satu apakah yang dikatakan budaya kurang sihat

saudara?Muzik itu tidak sihatkah?Saya tidak nampak apa2 budaya kurang sihat sebab apa yang

mereka cuba sampaikan hanya satu persembahan yang tidak langsung nampak perkara yang tidak

sihat.



5.
Yang kedua utk penyair yg terpuji
"Sebab itulah program ini dilaksanakan di RUANG KAFE E kerana sepengetahuan saya jika

program tersebut tidak dijalankan pun memang kafe tersebut akan bising.kalau saudara nak

katakan kafe tersebut senyap itu satu kepalsuan saudara. dan kerana tahu kafe adalah tempat

yang bisinglah maka program tersebut diadakan di situ."
semua sedia maklum kafe tu bising walaupun tidak ada konsert.tapi bila ditmbh dengan

kebisingan konsert di dlm kafe tu bolehka penyair yg terpuji bayangkan mcm mana suasana dlm

kafe pada masa tersebut?Sy fikir bkn hanya dlm kafe bising malah blok terakhir kolej E pun

boleh dengar betul tidak.

Seingat saya ataupun saya salah dengar ataupun saudara tidak fasih dalam bahasa

inggeris.Pengacara majlis tersebut ada menyuarakan lebih kurang seperti ini,"This

programme is a trial and error programme, and we still want to improve our performance.So

guys, please tell us if there is something wrong with our programme!"
. Ataupun saudara

sebenarnya tak berada di tempat majlis berlangsung dan hanya menyuarakan suara hati

saudara?Kalau saudara tak paham jadi saya tolong translate k. Lebih kurang begini

lah,"Ini adalah program yang masih di dalam percubaan, dan kami masih mahu memperbaiki

mutu persembahan kami. Jadi kamu semua, sila suarakan kelemahan program kami ini."
. Dan

saya rasa ada la dua tiga kali dia suarakan. Jadi bagaimana? Adakah saudara ingin pergi

memberitahu mereka tentang kelemahan mereka ataupun masih nak tegur-tegur begini?



6.
"Islam tidak membenarkan kita menyakiti semua orang tidak kira hitam ke putih ke miskin

ke kaya (semua manusia tanpa sempadan) sama ada dalam bentuk nampak atau tidak"
ya betul penyair yg terpuji. tapi bila mana budaya Hedonisme masuk dlm kampus patutka kita

berdiam? Diam itu tanda setuju penyair yg terpuji.

Kata-kata hikmah yang perlu kita tanam dalam diri kita.Ianya saya petik daripada kata-

kata sufi.Jika kita tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara maka berdiamlah kita.Itulah

sebaik-baiknya
.Tak pernah pulak saya dengar diam itu tanda setuju melainkan dalam cerita

P. Ramlee dan kata-kata orang yang kena pinang.Lagipun janganlah engkau saudaraku

menggunakan hedonisme itu dalam perkara ini kerana ianya boleh mendatangkan salah

faham.Hedonisme adalah satu falsafah yang mengatakan bahawa dalam kehidupan nikmat itu

yang paling penting
.


Falsafah itu apa saudara?Ianya adalah satu cabang ilmu yang mendalami apa yang difikirkan

dan jika berpegang pada falsafah tersebut maka kita mesti mengamalkannya dalam kehidupan

seharian kita.Adakah saudara pasti Malaysia adalah satu negara yang mengatakan nikmat itu

paling penting.Kalau setakat mendengar muzik saudara,saya rasa mereka tidak akan mengatakan

ianya satu nikmat yang sangat penting.Rasanya pelajar-pelajar semua cukup bijak dan pandai

untuk membezakan kepentingan utama dan kepentingan sekunder dan seterusnya.Selagi

priority atau keutamaan mereka adalah untuk belajar maka mereka tidak mengamalkan falsafah

hedonisme dalam hidup mereka.Kalau setakat mereka nak dengar muzik untuk menenangkan fikiran

ke,nak cari ilmu pengetahuan lebih ke,nak mencari semangat sebab mereka budak tahun pertama

dalam bidang muzik ke, adakah ini satu pemikiran yang mengamalkan hedonisme?


(P/S:-Jangan suka-suka guna perkataan yang maksud pun tak paham tapi nak menunjuk diri tu

paham)



7.
" ini menyakitkan malah membuatkan orang kata islam itu memaksa.dan saudara, kita kena

hormat agama lain jugak saudara, saudara dah menyakiti hati diorang ni.sedar tak."
"saya pernah terdengar satu kes di mana orang bukan islam bertanya, kenapa kamu ada azan?

bising katanya.kenapa nasyid kamu ni diadakan di sini.bising katanya."
penyair yg terpuji boleh buktikan kenyataan kamu ini!Dimana nasyid dilakukan yang bising tu

dilakukan boleh bagi tau penyair yg terpuji.

Tentang di mana itu tak perlu saya katakan tapi itu adalah soalan yang pernah saya dapat

beberapa tahun lalu dan bukan di UMS.Apa yang cuba saya sampaikan di dalam penerangan saya

sebelum ini adalah bagaimana orang nak respek dengan apa yang terselit dalam agama kita

seperti nasyid,dakwah,azan dll jika kita tidak menghormati agama orang lain.Itu sahaja.Tiada

niat lain.Andai ada yang terasa saya memohon kemaafan kerana ini memang salah saya kerana

tidak menerangkan dengan mendalam sebelum ini.




8.
yang ketiga utk penyair yg terpuji
"Islam tidak mengharamkan hiburan, tidak mengharamkan alatan musik melainkan jika ia

melalaikan.apakah definisi lalai.adakah pelajar melakukan head banging, melalak, dsb di

situ? tidak kan."
boleh jelaskan penyair yg terpuji mcm mana suasana dlm kafe E pada masa tersebut?Adakah

lelaki dan perempuan di asingkan?

Jika mereka tidak diasingkan adakah mereka berpegangan tangan, adakah mereka melakukan

percumbuan, adakah mereka tidak dipantau, kalau mereka melakukan maksiat sekalipun adakah

tidak cukup saksi untuk menjatuhkan hukuman ke atas mereka?Kalau duduk bersebelahan pun tak

boleh,saya tak tahulah mazhab mana yang kamu semua guna.Daripada kamu salahkan program

ni.bagus kamu bantu mereka-mereka yang bertanggungjawab menganjurkan program ni memantau

semua student yang hadir.rasanya jumlah kamu cukup kan?kan lebih molek kalau begitu.Program

berjalan, pelajar pun dipantau oleh lebih ramai orang.Begitulah baru cara yang best untuk

buka hati orang.Kalau diorang nak wat maksiat pun segan sebab kamu bantu memantau.Lain la

kalau kamu dah pantau mereka berani juga lakukan perkara-perkara terlarang.Itu saya tak

tahulah kan.




9.
yg keempat utk penyair yg terpuji
"penganjur dan mereka yang bertanggungjawab tak pernah lari ke mana semasa program.ada

pemantau kan.kenapa fitnah ditaburkan begini saudara."
memang mereka tidak lari sebab mereka berada di kedudukan masing2. tapi mereka lari dari

tugas sebenar dngn membiarkan budaya hedonisme masuk dlm kampus penyair yg terpuji.

Wahai saudaraku.Sekali lagi saya ingatkan.Jangan bertanya soalan jika tidak tahu haknya

di mana.Kamu sendiri tahu terdapat tiga pilihan untuk hidup sebagai khalifah di bumi Allah

ini.Sama ada untuk mengejar akhirat dan meninggalkan dunia, ataupun mengejar dunia dan

akhirat, ataupun seburuk-buruknya mengejar dunia dan meninggalkan akhirat.Kamu seolah-olah

menjatuhkan hukuman semua pegawai dan orang-orang yang bertanggungjawab ni mengejar dunia

dan meninggalkan akhirat.Kalau mereka adalah jenis orang yang cuba menyeimbangkan dunia dan

akhirat dalam kehidupan mereka bagaimana pula?

Mereka yang bekerja di UMS dibayar gaji untuk memastikan pelajar Islam dan bukan Islam

mendapat hak mereka masing-masing di Universiti Malaysia Sabah, adakah salah buat mereka

untuk membenarkan program yang berunsurkan hiburan ini berlangsung.Mereka dikira tabah

menghadapi bebanan kerana mereka perlu bersikap adil pada kesemua agama dan bangsa.Dan

SAUDARA SENANG-SENANG MENGATAKAN MEREKA LARI DARIPADA TANGGUNGJAWAB MEREKA.

Cuba saudara bayangkan seorang penolong pendaftar kanan yang membantu pendaftar. Pendaftar

ni pulak meluluskan setiap kemasukan pelajar-pelajar yang mendapat tempat di UMS ini tak

mengira agama dan bangsa.Kemudian saudara bayangkan pula penolong pendaftar tadi menjadi

pengetua Kolej Kediaman.Ini satu tanggungjawab kan di mana beliau perlu berlaku adil pada

semua agama dan bangsa.Tapi rakan-rakan seperjuangan saudara pula mengeluarkan dalil yang

memaksa dia menggugurkan kelulusan terhadap perkara-perkara lagho.Apa perasaan dia

saudara.Ada saudara letak diri saudara di tempat dia.Sudahlah dia kena berlaku adil kepada

semua bangsa dan agama.Rakan-rakan saudara semua pula paksa dia abaikan agama lain semata-

mata kerana Islam.SEDAR TAK SEMUA INI SAUDARA.




10.
yg kelima utk penyair yg terpuji
"mana tau diorang tegur dengan hati.mana tahu mereka ada menegur penganjur dengan cara yang

lebih berhikmah.lebih lembut daripada saudara.kan?"
smpi bila mo tgr dgn hati penyair yg terpuji? Jika ada menegur penganjur mengapa program ini

berjln juga? lebih berhikmah atau lebih lembut. itu sebab penganjur tak ambil peduli penyair

yg terpuji terlalu lembut. Kadang2 klu hendak menegur kita hndklah merotan sedikit pihak

yang terlibat, biar mereka sedar dari mimpi yg indah. Penyair yg terpuji.

MENEGUR DENGAN HATI ITU ADALAH SATU DOA KEPADA ALLAH SUBHANAHUWATAA'LA DAN SAMPAI MATIPUN

AKU PENYAIR YANG TERPUJI TIDAK AKAN BERHENTI MENEGUR DENGAN HATIKU KERANA AKU YAKIN DENGAN

KUASA ALLAH DAN TIDAK ADA SATU MAKHLUK LAINPUN YANG BERKUASA KE ATAS HAMBA-HAMBANYA.Itu dari

diri saya.

Tetapi tidak semestinya saya mesti berkasar sampai saya dengar ada yang bersikap kurang baik

terhadap orang yang lebih tua.Seperti yang saya terangkan dalam soalan ke-10 di atas,di mana

ada sesetengah manusia yang diberi gaji atau ujian atau beban untuk melihat sama ada orang

tersebut dapat berlaku adil pada semua kaum atau tidak.Saudara masih mentah, jika saudara

tidak terfikir apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka lalui, apa yang mereka rasai then

tak ada gunanya saya cuba beritahu saudara berpuluh kali pun.

Tahu tak perasaan sedih.Rasanya itulah yang mereka rasa.Dan tahu tak perasaan kasih? Itu

juga yang mereka rasa apabila mereka sebenarnya berkuasa menarik balik semua kuasa

kepimpinan dari badan-badan pelajar MPPUMS JAKMAS EKSAH SEKOLAH KOLEJ dan sebagainya tapi

mereka tidak berbuat demikian.Kerana apa,kerana mereka bukan sahaja menyayangi dan mengasihi

saudara semua tetapi mereka tahu saudara masih mentah dan belum cukup pengalaman. Bukan

kerana itu sahaja,mereka juga menyayangi kamu kerana kamu memperjuangkan Islam dan

sepatutnya memperjuangkan lebih banyak hak pelajar.Tetapi mereka tetap tabah untuk berlaku

adil kepada semua kaum dan agama kerana itu adalah amanah daripada Allah, Rasul, Negara,

Bangsa, Agama, Ibu dan Bapa setiap pelajar yang masuk UMS.




11.
Penyair yg terpuji tidak berpuas hati boleh berjmpa dngn perwakilan MPP seperti mana apa

yg dikatakan oleh presiden MPPUMS.

Tiada gunanya ingin berjumpa dengan saya wahai saudara-saudara Islamku kerana saya tidak

punya apa-apa niat untuk kata tidak berpuas hati, marah, dan kecewa. Cuma ada sedikit rasa

sedih kerana terfikirkan bagaimana yang dirasai oleh mereka yang bekerja di UMS ni apabila

menghadapi tohmahan dan tekanan daripada saudara-saudara sekalian.Betapa sayangnya mereka

pada kalian sehinggakan mereka akur pada sesetengah permintaan kalian walaupun dalam tidak

sedar kalian sedikit sebanyak telah melakukan banyak kerosakan bukan sahaja pada mereka,

pada para pelajar yang kalian wakili, pada Universiti, pada perpaduan rakyat dan

sebagainya.


maaf jika ada yg terasa dlm komen ana ini. Ana ini hanyala habuk yg boleh disisihkan dlm

sekelip mata.

Saya Penyair yang Terpuji pula hanya hamba ALLAH yang hina, memberi komen sekadar cuba

ingin membetulkan keadaan.Bukan mendapat sezarah pun kepentingan.Bukan ingin menang

kalah.Bukan ingin kepopularan.Tak ada maknanya woi.Tapi ingin tengok kamu semua bersatu.

Anonymous said...

Silap besar la kau kata HHHH penakut....
Ko kena igt ada setengah orang lebih elok dia bagi komen dari blog je daripada dia jumpa ko n ko kena hambat...
tapi apa boleh buat...
ko nak tunjuk berani ko depan rakyat jelata ko...
Jangan ko menyesal di kemudian hari..hehehe

Anonymous said...

sabar je la...
memang susah nak memahamkan org yg kurang faham...bila ada sj kebaikan yg dibawa,mereka akan membawa isu keburukan yang sekaligus memburukkan kebaikan yg dibawa...

Anonymous said...

tarbiyah diri kita semua...
cuba tanya diri sendiri..dah cukup 100% kenal ALLAH ke belum???
kenalilah Allah nescaya kita akan mendapati org2 mana yg sebenar2nya membawa dan memperjuangkan islam...
cukup2lah tu menulis kata2 yg kesat...ALLAH maha mengetahui yg mana dikalangan umatnya yg benar2 ingin mhdpkan daulah islamiah..
sabar yerrrr....

Anonymous said...

Woi kat kelantan & Kedah tu PAS memerintah. ada ke dapat biasiswa. Kat Perak kat selangor tu macamana.
Bagus sangat la tu. Aku tunggu ko da abis belajar nanti. Kita tengok ko dapat survive tanpa bantuan mak bapak o tak?

Anonymous said...

salam. tak cukupkah lagi dgn cercaan itu wahai manusia...w/pun dah dterang2kqan berjela2...kembali kpd allah je.

Laxmana said...

Salam semua...

1st utk Nadir@nurilhakim :
Hati2 dik, tabahkan hati...
Doa ; Ya ALLAH, berikan kami kekuatan drpd kekuatanMU, mengalir dalam segenap pembuluh darah, menyatu dalam setiap helaan nafas, menunjang dalam setiap gemersik doa... ALlahu akbar...

2nd utk para anonymous :
Gua tak suke layan insan2 yang kurang ajar macam u all, lagi la bile u all cakap orang lain penakut dan u all yang berani, sedangkan nak letak nama pun u all takut... apa ni, turun ke gelanggang wahai anak muda...
lagi satu, berkenaan kerajaan Kedah tebang balak tu, wei, korang rase kalau benda tu salah dan menyusahkan serta tak betul, kenapa isu tu dah senyap? korang duk dengar orang mane yang cakap? orang Sabah? atau orang Kedah karat istilah "ketuanan Melayu"? Tun M sendiri tak bising pasal balak tu.

u all para anonymous ni pandai menyalak kat blog eksah n blog nadir ni je, silakan bertandang ke blog2 yang panas2 la, kita bertempur di sana...tapi kalau setakat guna nickname or 'anonymous', lupakan la niat suci tu... and satu lg, kalau buka internet sekali sebulan pun, baik sayonara aje lah...

3rd buat eksah ums ;
buat satu anjakan baru... kena garang sikit dik, diplomasi susah nak guna sekarang ni. ramai yang tak faham bahasa...

sekian wassalam...

Laxmana said...

dan satu lg, buat penyair yang terpuji ;

komen2 yang terdelete tu dipadam oleh individu yang menulis komen itu sendiri, atau dipadam oleh google blogger...

saudara tidak ada blog kah? ;)

nurilhakim said...

Salam WUFI semua,

Anonymous, Penyibuk,
Memang la ada no tel, dah banyak kali bagi. Tggu berbunyi je belum. Tp jgn tipu ada no bilik..org duk luar da...haha.
Jangan mengugut dan bercakap mcm takde Tuhan. Igt kedudukan diri sbgi hamba.

Penyair yang sepi,
Sekali lagi anda mnang anugerah komen terpnjng. Sampai tak sempat nak baca semua. Tapi kalau tak sibuk, hubungi je 0198110964. Bila-bila masa.

Laxmana,
Terima kasih ats doa n komen. Bukan taknak bg respon pd diorng ni, cuma kdng2 masa tak diizinkan utk terbuang kt sini. Taktau apa yg dihasratkan, n bila ajak bertemu n berbincang takde pula yg memenuhi. Setakat menyalak di balik jaringan maya. Betul, EKSAH n MPP sudah puas berdiplomasi..

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...

Mohon kemaafan kepada saudara Nadir dan saudara Raj ttg komen-komen yang telah di delete oleh author atau google... Tak nampak pulak... Dan kepada saudara Raj... Ya saya tak ada blog yang aktif dalam blogspot ni... Jadi saya tak tahu...

Andai ada yang tak mahu bertentang mata berbincang, takut, guna nickname dan lain-lain la, itu mungkin kerana mereka mempunyai sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan... Kita tak tahu kan... Terima je la komen-komen mereka dengan hati terbuka... Mungkin mereka nampak apa yang kita tak nampak... Dan mungkin juga kita nampak apa mereka tak nampak... Walaubagaimanapun andai kita betul biarlah Allah S.W.T. yang menentukannya kerana hanya Allah yang Maha mengetahui...

Saya komen hanya untuk memberi peringatan kepada diri saya yang lemah hina serta kepada mereka yang ingin menerima komen dengan terbuka... Andai tak boleh terima, then buatlah apa yang hati anda semua suka... Saya tak kata saya betul tapi saya hanya kata apa yang saya fikirkan... Itu sahaja... Kalau saya salah, saya sedia terima teguran dan memohon kemaafan... Redha dengan ketentuanNya...

Kalau nak marah ke, nak pandang serong ke, nak terima ke, nak kata itu nak kata ini then buatlah... Saya taknak masuk campur kerja Allah S.W.T. dalam mengadili dosa dan pahala... Sebab saya tidak berkuasa...

Wallahualam...

Anonymous said...

Oh ya... Buat saudara Nadir, nama saya yang diberi oleh ayah saya adalah penyair yang terpuji bukan penyair sepi... Orait?!! Harap dibetulkan...

Anonymous said...

Ade lak lagi satu... Saudara Nadir... Nak tanya ni... Salah ke bagi komen panjang-panjang??? Ada anugerah ek??? Terima kasih banyak-banyak... Syukur Alhamduillah... & sorry... Memang saya sibuk dengan hal peribadi dan keluarga... Tak dapat dan memang taknak hubungi pun... Cukuplah setakat bertabirkan alam maya ini... Lebih elok daripada saya berjumpa dalam realiti...

nurilhakim said...

Terima kasih atas penjelasan penyair yang terpuji, dan maaf silap tulis nama tu (",)

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan