Rabu yang lepas, 10 September 2008 merangkap 10 Ramadhan 1429H, selesai berusrah di SM Teknik Likas, saya dan Abg Arep, Pengarah PKS merempit dengan KAG melalui lorong-lorong gelap ke Kg. Kobuni. Kebetulan beberapa orang sahabat menjemput berbuka di sana, yang kemudiannya akan disusuli program penyerahan sumbangan. Kami pun mengambil peluang yang terbuka di depan mata. Cara paling mudah memungut pahala-menumpang program orang. Ketika kami tiba orang kampung dan rombongan yang telah tiba awal telahpun habis berbuka. Kami tanpa perlu menagih dihulurkan nasi tapau dan air sirap. Rata-rata kampung ini terdiri daripada masyarakat Dusun yang beragama Islam. Teringat pesan Abg Salman yang dinaqalkan daripada Abg Nazrey Johani, kalau nak cari calon, carilah daripada kalangan orang Dusun, mereka ini setia pada suami. Sudahlah setia pada suami, kalau dapat yang baik, setia lagi pada perjuangan..Subhanallah..yang hujung tu saya tambah sendiri. Apapun pengalaman berhempas-pulas dengan orang Dusun nyata membuktikan yang mereka ini memang setia, tinggi perasaan ambil berat dan kasih-sayang, selain teguh ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan. Ya Allah peliharalah setiap mereka yang dalam darahnya mengalir darah Dusun. Aik, lari suda fokus.
Maka kami pun makan dan minum dan lewatlah sedikit solat, sehinggalah waktu Isya hampir menjelma, terpaksa kami mengangkat punggung kerana ada usrah dan urusan di tempat lain pula. Apapun, bukanlah pengalaman yang tak seberapa ini yang hendak dicoretkan. Yang suka untuk diketengahkan ialah betapa dalam jerih-pedih berjuang, langkah tidak boleh terhenti kerana pasti dan pasti masih ada yang memerlukan kita. Daripada situ timbul kata-kata keramat, tangisan milik sendiri, kesakitan milik rakyat, perjuangan milik Allah. Mudahkah difahami kata-kata ini?
4 comments:
wow...banyak pahala hg nie ya..ehehe..
Kompem ke a dpt pahala?hmm..
Salam WUFI...
If ikhlas dlm bjuang
Itulah yang membezakan gerakan Islam dengan mana-mana gerakan, organisasi, badan atau parti lain. Kita memilih untuk terus berada dalam pjuangan ini kerana kita yakin akan janji Allah dan Rasul-Nya, kita sama ada menempuh kejayaan dalam hidup kita atau kita syahid berjuang atau generasi yang mendatang yang bakal menjulang kemenangan itu. Apa pun Islam tetap berjaya selagi degupan jantung perjuangan ini terus berdegup, nafas perjuangan ini terus berhembus, yang penting adalah redha Allah SWT.
Post a Comment