:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Tuesday, December 23, 2008

Intipati Kuliah Aidil Adha Ustaz Badrul Amin

Intipati Kuliah Ustaz Badrul Amin (25 November 2008 – Surau An-Nur)

1. Haji dahulunya merupakan satu muktamar thanawi atau kongres tahunan yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin dunia Islam untuk membincangkan masalah umat. Hari ini ia menjadi tidak lebih daripada lawatan bekerja selama seminggu

2. Tarbiyah tidak boleh dijalankan secara ritual, haji itu bukan satu ritual tetapi suatu perjalanan rohani dan bukan fizikal.

3. Kebesaran ka’abah itu bukan pada kiswahnya atau hajarul aswad, akan tetapi kebesaran ka’abah itu pada tuannya.

4. Ibadah qurban berasal dari perkataan qaraba-dekat, dan qurban membawa maksud sesuatu yang mendekat atau menghampirkan diri kepada Allah.

5. Jumlah qurban pada setiap tahun dimenangi oleh Kampung Baru. Tahun ini juga sama dengan 40 ekor. Akan tetapi bukan ekornya yang dikira, akan tetapi yang sampai kepada Allah ialah taqwa. Seperti firman Allah yang bermaksud – “Tidak sampai kepada Allah darah dan daging qurban, akan tetapi yang sampai ialah taqwa.”

6. Ibrah wajib diambil daripada peristiwa Ibrahim menyembelih anaknya Ismail, yang mana watak diaminkan oleh tiga orang; Ibrahim, Ismail dan Siti Hajar, yang mana ketiga-tiganya mempunyai satu persamaa – aqidah yang tidak berbelah-bahagi dan meletakkan Allah sentiasa di tempat pertama. Persoalan yang harus ditimbulkan ialah – Bagaimana mewujudkan watak-watak ini dalam realiti kehidupan pada hari ini?

7. Siti Hajar membenarkan Ismail disembelih, tetapi yang menghalang siapa? Penasihat yang paling baik – Iblis, yang melontarkan kata-kata saying dan penyesalan kepada Ibrahim supaya Ismail tidak disembelih.

8. Hari ini Allah diletakkan sebagai nombor berapa di hati? Hari ini yang pertama di hati ialah harta dan dunia. Bukan isteri yang ‘kualitinya’ akan jatuh. Malah anak diletakkan di kedudukan yang sangat jauh, misalnya kisah seorang anak berumur 1-2 tahun yang dibelasah oleh bapanya kerana menconteng kereta yang baru dibelinya. Esoknya, tangan anak terpaksa dipotong. Setelah anak melihat tangannya yang sudah tiada, si anak menangis dan berkata kepada emaknya, “Emak, mana tangan adik? Adik nak tangan adik semula. Adik janji tak conteng kereta lagi!”

9. Bagaimana kualiti hubungan suami-isteri setelah lama mendirikan rumahtangga? Bukan kualiti ‘badan’ yang dipersoal tapi kualiti hubungan dan akhlaq. Bagaimana pula kualiti anak setelah semakin lama semakin pandai dengan ilmu yang bertambah?

10. Punca kerosakan pada hari ini berpunca daripada system pendidikan yang tidak menekankan persoalan akhlaq dan adab. Peningkatan jumlah pelajar mendapat 5A hanya usaha sesetengah pihak menutup kelemahan dalam sistem pendidikan seperti pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Bukan pelajar di bandar sahaja mendapat A dalam Matematik dan Sains, malah pelajar luar bandar juga!

11. Grade A,B and C is just a game. Kualiti pendidikan yang sebenar dapat dilihat contohnya pada tahun 1995-1997 di Kuliyyah Undang-Undang, UIA, di mana penuntut jurusan tersebut ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian lagi. Punca mudahnya adalah kualiti pensyarah yang baik, di mana tidak berlaku politiking, pijak-memijak dan hasad dengki. Malah, pensyarah berkumpul setiap minggu bersama menjalankan usrah, menganjurkan hari keluarga tahunan dan lain-lain. Ketika itu Presiden UIA adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Malangnya selepas beliau dipecat dan Dato’ Seri Najib naik menggantikan beliau, berlaku politiking, ampu-mengampu dan pijak-memijak yang sangat dahsyat. Dr. Badrul Amin mengambil keputusan meninggalkan UIA, lalu terus disumbat ke ISA!

12. Sistem pendidikan pada hari ini mengenepikan soal adab dan akhlaq. 3M yang diterap oleh sistem pendidikan Negara tidak mencukupi, dengan sebab itu kerajaan Selangor menambah dua M lagi,yakni mengamal dan memikir, menjadi 5M.

Komen ana;

Bila disebut tentang haji ramai yang tidak berminat untuk membaca dengan lebih lanjut. Kerana hakikatnya haji adalah perkara yang sangat jauh dari ibadat seharian orang Islam. Selagi belum bekerja, belum agak-agak tua, tentunya ibadah solat dan puasa yang lebih banyak dibincangkan.

Pada ana, konteks perjalanan ruhiyyah ini perlu dilihat dengan lebih luas. Bukan sahaja perjalanan ke Makkah menjadi suatu agenda tarbiyah ruh, tetapi setiap perjalanan yang ditempuh makhluq harus dipandang sedemikian. Perjalanan ke Pulau Gaya dengan menaiki bot harus digunakan untuk merenung hebatnya alam lautan Tuhan, justeru minda dirangsang berfikir dan hati berzikir, bukan gelak-tawa sahaja yang pecah-berderai menjadikan perjalanan bermakna. Begitu juga perjalanan ke Simpang Mengayau, Ranau, Labuan dan ke mana sekalipun. Perjalanan adalah perjalanan hati yang gunanya adalah melihat dan mentafsir. Sayang sekali apabila kita dilahirkan sebagai bayi dahulu dan di usia kanak-kanak kita tertarik dengan setiap pergerakan, setiap warna, setiap makhluq yang dicipta Tuhan, tetapi di usia sekarang nikmat tersebut termasuk di dalam kategori nikmat-nikmat ‘biasa sampai dah tak terasa dan bermakna’. Kerana itu ana lebih selesa bermusafir dengan mempertimbangkan sesiapa yang bakal menjadi teman perjalanan. Ingin bermusafir? Muhasabah dahulu sejauh mana permusafiran dapat membawa kepada mengingat Tuhan dan bukan melalaikan.

Tentang kisah pengorbanan pula, nyata contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Allah Ibrahim menyuruh kita mengorbankan segala yang ada untuk Islam, sekalipun darah daging dan orang yang paling disayangi. Masa, harta, tenaga, pakwe/makwe, keluarga dan tentu sekali nyawa, adalah hak Allah dan kepadanya dipulangkan semula. Sedih sekali apabila penilaian yang dibuat membuktikan bahawa ada penggerak-penggerak jihad yang hanya sanggup mengorbankan masa, atau tenaga sahaja untuk agama. Jauh sekali mengorbankan nyawa. Maka kembalilah merenung ayat-ayat Allah dari Surah At-Taubah, As-Soff dan sebagainya, bagi memuhasabah, setakat mana pengorbanan yang Allah hendakkan daripada hamba-hambaNya yang mengaku bergelar pejuang.

Ana tidak berhasrat mengupas isu pendidikan dalam Negara yang ternyata lemah dan melemahkan.

Maafkan ana, di atas segala kekurangan.

No comments:

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan