MELAKA, 24 Dis (Hrkh) - Isu babi di Masjid Tanah yang pernah mengemparkan negara sebelum ini cuba ditimbulkan semula oleh pihak yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan buruk kepada sensiviti kaum di negara ini adalah merupakan satu sandiwara sahaja.
Sebelum ini tindakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengantung kepala babi di pagar rumah seorang Ahli Jawatankuasa Pemantau Babi dan di kain rentang Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) di Masjid Tanah, baru-baru ini, mengemparkan pelbagai pihak.
Isu babi telah lama dibangkitakan dan masih lagi menjadi permainan politik murahan sebahagian pihak berkepentingan. Saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang kononnya memperjuangkan isu ini nampak bahawa ia sesuatu yang sangat teruk dan menjijikkan, memandangkan pada hakikatnya ia adalah usaha terancang untuk mengelakkan komplikasi yang berlaku sebelum ini.
Analogi yang suka saya kemukan cukup mudah-
Anda mempunyai 20 orang anak yang suka membuang air besar di segenap penjuru rumah. Tidak kira siang dan malam, di tempat terbuka yang tiada sistem kumbahan yang berkesan, menimbulkan bau dan susasana yang cukup tidak selesa. Datang Pegawai Kumbahan Resources (PKR) mengusulkan bahawa akan diwujudkan sistem berpusat untuk semua anak-anak anda membuang air besar, menggantikan sistem Berak Nasional sebelum ini dan sistem ini akan memastikan tidak ada bau yang terhasil, tidak ada wap beracun terbebas dan risiko penyakit merbahaya sangat berkurang. Malah, lebih daripada itu, najis yang dihasilkan oleh anak anda boleh dijual secara komersial dan anda mendapat untung daripadanya! Yang manakah yang akan anda pilih? Sistem yang dicadangkan oleh Pegawai Kumbahan Resources, atau kekal dengan sistem BN?
Sudah-sudahlah dengan isu Babi!!
5 comments:
the malay became so weak..darn!!
Salam alaik akhi..
Ana ada persoalan yg dr dulu duk fikir, baru teringat balik..
kalau menjual arak dan bersubahat dgnnya dikira berdosa..
adakah menjual babi dan bersubahat dgnnya dikira berdosa juga ye?
Wallahua'lam =)
p/s: 'Merbahaya' seharusnya ditukar kpd 'Berbahaya' kerana tiada imbuhan 'Mer' dalam Bahasa Melayu.
p/s2: Salam Maal Hijrah buat Nadir n sahabat2 yg lain (^^)
p/s3: Selamat menyambut Tahun Baru 2009
p/s4: Belum dipasarkan lagi.
Salam ziarah..
Syukran ats pndgn shbt2..
Utk ipv6>
Menjaga hak semua pihak menunjukkan kuat dan gahnya Islam yang menekankan keadilan, jauh sekali menunjukkan samada Islam, atau Melayu adalah lemah :)
Utk Abu Hurairah>
Lama tak ketemu, dgr mcm nk dtg Sabah? :)
Utk persoalan enta, ana ada tnya ustaz, jawabnya memng sama bersubahat menjual babi itu seperti dosanya menjual arak atau bersubahat, tetapi bantu dengan hormat dan penyusunan struktur adalah perkara yang lain. Rahsia hijrah terbukti apabila Nabi mengatur cara Yahudi yg memonopoli ekonomi ketika itu yg sudah tentu melibatkan perkara makan minum mereka yg haram, wallahua'lam..
Syukran atas respon akhi, bertambah ilmu hari ni.
InsyaAllah ada rezeki sampai juga ana d bumi Sabah. Skrg ni bz skit, baru nak mula bekerja d kL.
Selamat meneruskan perjuangan. Krm salam sahabat2 yg lain ye. =)
Salam Abu Hurairah..
Alhamdulillah.ilmu Allah utk semua.oh, da ada kerja..igt bercucuk tanam lg.. (",)
Tak lma lg blehla mula mnyumbng dana utk Islam..hehe
Truskn pjuangan.. :)
Post a Comment