:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Thursday, June 30, 2011

Penuntut Ilmu Hakiki

Musafir itu merentas lautan dari Sepanyol ke Afrika, lalu berjalan kaki selama beberapa bulan. Penghujung destinasi masih beribu-ribu kilometer jauhnya –kota Baghdad; kota ilmu dan tamadun ketika itu. Musafir itu berhasrat mencari Imam Ahmad Bin Hanbal, untuk mempelajari hadis Rasulullah S.A.W. Musafir itu bernama Baqi bin Makhlad.

Tiba di Baghdad, dia mendengar berita yang meranapkan hatinya. Imam Ahmad bin Hanbal dikurung di rumahnya oleh khalifah kerana isu percanggahan pendapat. Imam Ahmad tidak dibenarkan keluar dari rumah, jauh sekali mengajar. Mencari penyelesaian, Baqi bin Makhlad berjalan dengan hati-hati ke rumah Imam, takut-takut ditangkap bodyguard khalifah, lalu mengetuk pintu. Tok, tok, tok..

“Siapa di pintu?” Tanya Imam Ahmad dari dalam, lalu membukanya.

“Aku Baqi bin Makhlad, aku datang untuk menuntut ilmu dengan engkau.” Baqi menjawab, nekad.

“Tidakkah engkau mengetahui bahawa aku dikurung dan tidak dibenarkan mengajar?”

“Aku mengetahuinya, tetapi aku datang dari jauh dan tetap mahu belajar daripada engkau.”

“Dari mana engkau datang? Afrika?”

“Tidak, aku membelah lautan dari Sepanyol, baru sampai ke Afrika lalu berjalan kaki sampai ke sini.”

“apakan daya, aku tetap dilarang untuk mengajar engkau.”

“Aku sudah mendapatkan helah. Setiap hari, aku akan berlakon menjadi pengemis, lalu datang ke pintu rumah ini untuk menuntut ilmu daripada engkau.”

Keesokan harinya Baqi bin Makhlad memakai pakaian yang compang-camping, lalu merayau-rayau di jalanan, menjerit-jerit sayu merayu orang ramai memberikannya sedekah. Sampai di rumah Imam Ahmad bin Hanbal, Imam segera membuka pintu dan membawanya masuk ke koridor, lalu dalam tempoh yang singkat mengajarkannya satu atau dua hadis, tanpa pernah melebihi empat hadis pada satu-satu masa. Tidak sempat pengintip khalifah timbul syak, dia pun keluar lalu berlakon semula sebagai pengemis.

Begitulah Baqi bin Makhlad menuntut ilmu hadis daripada Imam Ahmad bin Hanbal, berlarutan sehingga empat bulan, ketika mana khalifah meninggal dunia. Khalifah yang naik menggantikannya, cukup menghormati Imam Ahmad, dan mengalukannya mengajar di sebuah masjid besar di Baghdad. Satu hari, tatkala Imam Ahmad sedang mengajar, beliau terlihat kelibat Baqi, lantas memanggilnya duduk di sisi. Beliau lalu berkata;

“Inilah penuntut ilmu hakiki!”

Imam Baqi bin Makhlad kemudiannya menulis masnad hadisnya yang mengandungi 50 000 hadis, melebihi musnad gurunya Imam Ahmad bin Hanbal yang mengandungi kira-kira 27 500 hadis. Dukacitanya Musnad Imam Baqi adalah antara kitab yang dicuri dan tidak ditemui semula pada zaman kejatuhan Islam.

Kisah Imam Baqi bin Makhlad mengisi kelas pengajian bahasa arab kami pada hari yang ketiga. Sebagai pelajar baru di Daurah Fatah Islami, saya cukup kagum dengan kesungguhan pengajarnya memberikan tasyji’ (tiupan semangat) kepada penuntut. Malah keseluruhan suasananya cukup baik. Dimana lagi hendak dicari mudir yang menghidangkan teh kepada pelajar yang datang mendaftar? Atau pakcik pencatat kehadiran yang sambil berjalan sambil mengulang hafalan Qurannya? Atau pengajar yang hari-hari membawakan gula-gula dan kurma untuk pelajar. Lebih daripada itu, semuanya percuma (baca : dianggap percuma)! Subhanallah. Saya tidak pernah menyangka sekolah akan menjadi tempat paling mendamaikan.

Di Syam, kedudukan tullab ‘ilmi atau penuntut ilmu (khususnya ilmu agama) di mata masyarakat sangat mulia. Ia menjadi pasport ilahi untuk dimuliakan sebagai tetamu, diberikan tabarru’ – derma jihad - dibawa berziarah ‘ala ra’si – di bawah tanggungan – yang membawa, malah dibayarkan tambang bas atau diberikan perkhidmatan percuma. Lebih-lebih lagi tullab ‘ilmi Malizia, terkenal sebagai kelompok yang lemah-lembut dan menghormati orang lain.

Tinggal bermuhasabah, apakah kita telah mencapai tahap pengorbanan dan dedikasi ‘penuntut ilmu hakiki?’

6 comments:

Anonymous said...

teringat ust yg mengajar hadith sem lepas, beliau pernah mengadu xdpt cari sebuah kitab pd syeikhnya, kmudian dia di suruh duduk sehingga syiekh itu plg bersama kitab yg dicari..syeikh itu berkata, buku itu dijumpanya di pinggir kota..

terkejutnya ustaz ana, sebab, sampai isyak br syeikh tu balik sdg dia dibagi makan selama ustaz tu xplg..subhanallah..dan semestinya, ust ana bnyk bantu kami anak plajarnya supaya mudah membuat tugasan..syukur jumpa ust bgini..

Anonymous said...

salam...syukran di atas perkongsian...mohon di ceritakan dan di kongsikan dengan lebih banyak lagi, agar hamba Allah yg lain yg tidak punya kesempatan untuk belajar di sana, bisa memperolehi dan mempelajari sesuatu ilmu yang baru...

nurilhakim said...

Salamun alaikuma,

Anonymous dan anonymous,
Guru-guru yang ikhlas mengajar sangat berharga kepada ummah. Kalau semua guru di sekolah dapat diterapkan dengan nilai ikhlas dan berkorban untuk pelajar, dan mendukung amanah ilmu, susah untuk tidak melahirkan pelajar yang cemerlang. Malangnya guru-guru yang datang ke sekolah sekadar mencari kehidupan, maka kehidupanlah yang akan didapatinya :(

Moga kita, dapat terus belajar dan berkongsi. Alfatihah.

Sy yg alim said...

Terkejut melihatkan sy di 'banned' di shoutbox.. mungkin ape yg sy perkatekan ad benarnye dan terkene batang idung pemilik blog sendiri.. Doesn't want the whole world know bout your shitty ideology, eh?? :) I don't care.. it's your choice but just want you to know that you'll regret it oneday.. I means the day when our own people could spill our own blood just for power and influence.. I hope that won't happen.. I dare you not to delete this..

sy yg alim said...

I pray that we can unite again.. Leave all the shitty ideology and then stand together as 'ONE'.. we'll be stronger..
well, seems like that'll be only a dream since you guys are so obsessed with your shitty ideology..

Sy yg alim said...

I dare you to lift up the ban on me if you think you're a grown up with open mindset.. I means a person who can take up other's opinions and thoughts..
Your decision to ban me proved that you're afraid of me and think that my comments will ruin your corrupted ideology..
Why you need to afraid of me if you think that your ideology is right????

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan