:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Saturday, June 11, 2011

Kuasa 'Mujo' Orang Ganu


Rindu pada Ganu Kite..

Petikan di bawah adalah terjemahan artikel daripada internet;

'Mujo' atau 'mujur', perkataan daripada dialek orang Terengganu, dalam Bahasa Melayu baku membawa maksud ‘nasib baik’. ‘Mujo’ menggambarkan suatu cara berfikir, bukti sikap optimis yang ada pada orang Terengganu. Saya percaya bahawa orang Terengganu sangat optimistik. Saya tidak pernah mendengar berita orang membunuh diri di sana dengan terjun dari pokok kelapa atau meneguk budu expired. Adalah penting kita mengingati bahawa orang Terengganu dulunya hidup dengan sampan, surat khabar siang sampai pada sebelah malam dan tidak mengecapi benda-benda lain yang dinikmati ‘penduduk pantai Barat’. Walaubagaimanapun, tanpa disko, wi-fi di kedai kopi dan pusat membeli-belah yang besar (dulu), mereka hidup dengan baik tanpa mempunyai keperluan kepada hospital sakit jiwa. Ini semua berlaku kerana mereka mempunyai ‘mujo’. Seperti yang saya sebutkan sebelumnya, ‘mujo’ mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Ia mendokong makna, kita harus bersyukur kerana Allah tidak menjadikannya lebih teruk daripada apa yang berlaku. Ambil contoh di bawah ;

Tiga orang mek sedang mencuci baju di sungai.

Mok Long Selamoh: Guane doh adik mung Mek?

Mok Teh Som: Bakpe pulok adik die?

Mok Long Selamoh: Laaa! Mung dok tau ke Som?

Mok Teh Som: Dok tau setarang kita.

Mok Long Selamoh: Adik Mek ni kena langgor lori kemareng.

Mek Beso: Bukang lori Mok Long, beng ikang!

Mok Long Selamoh: Mujo bukang lori!

Mok Teh Som: Pah tu? Terok ke?

Mek Beso: Kaki patoh sebeloh......

Mok Teh Som: Mujo dok patoh due-due..

Mok Long Selamoh: Tu pong mujo dreba beng dang brek.

Mek Beso: Mujo beng tu dok laju..

TAMAT

Kalaulah kedua-dua kaki adik Mek Beso patah, akan disebut, "Mujo dok pecoh pala".

Kalau kepala yang pecah, akan disebut "Mujo dok mati".

Dan kalau mati adik Mek Beso, akan disebut pula "Mujo lah bukang adik kita".

Betapa, orang Terengganu bukan sahaja optimis meredhai apa yang berlaku, malah bersyukur dengan ketentuan Allah, dengan menyedari Allah berkuasa menjadikannya lebih teruk daripada apa yang berlaku.

Kuasa Minda Penentunya

Membawa kita berfikir, sejauh mana sebenarnya masalah-masalah yang membebani kita setiap hari? Besar atau dibesarkan? Tidak ada penyelesaian atau sengaja ditutup jalan? Memilih untuk berusaha atau lebih suka berduka? Stephen Covey menyebutkan dalam The Seven Habits of Highly Effective People, the way we see the problem is the problem. Bagaimana kita melihat masalah, adalah masalahnya. Orang yang kematian isteri misalnya, boleh mengatakan bahawa ini adalah kehendak Allah, Allah lebih sayang padanya, ada rezki berjumpa di syurga. Pada masa sama ada yang akan memilih untuk berkata, inilah hujung hayatku, aku juga harus mati, hidupku sia-sia dan tidak bermakna lagi, lalu terus bersedih dan mengharapkan belas kasih. Apapun masalah dunia, besar kecilnya terpulang pada kita. Untuk apa dijadikan beban dan kesakitan berpanjangan, sedangkan hidup hanya sementara? Sebaliknya fikirkanlah masalah iman dan amal, kerana ia yang pasti berkekalan.

Membina Persepsi, Mainan Barat

Masalah kepada umat pada hari ini ialah 'agen-agen pembentuk persepsi' semuanya didominasi oleh Barat. Persepsi mengatakan bahawa sweet seventeen adalah saat yang indah untuk bercinta, persepsi yang mengatakan mencari duit untuk hidup mewah adalah kemestian yang akan mengangkat martabat dalam masyarakat, persepsi yang mengatakan bahawa menjadi doktor dan jurutera, lebih agung dan mulia daripada menjadi ustaz, semuanya dibentuk oleh dunia di sekeliling kita. Lambakan movie Barat, Korea dan Hindustan misalnya, meracun remaja untuk mabuk cinta dan bergaya semasa. Siri House dan ER menyuntik semangat kanak-kanak bahawa menyelamatkan manusia adalah semulia-mulia kerja, sedang yang kaya, dijulang dan yang miskin harta, tidak dipandang, menyebabkan manusia melupakan ada hidup di 'sana'.

Persepsi itu, hanyalah sebuah anggapan si pembentuk, dari mana kita beroleh petunjuk, bergantung kepada apa yang kita jadikan sebagai titik rujuk. Justeru, jangan terus tertipu. Jadikan Al-Quran dan Sunnah, sebagai pemandu.



Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan, juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. ( Al-Hadid : 20 )

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya) ( At-Talaq : 2-3 )

6 comments:

Azimah Rupilen said...

SYUKRAN..ATAS PERKONGSIAN..

Iqwan said...

Mujo bkn org UMNO, klau Umno, mujo bkn pemimpin, klau pemimpin, mujo bkn PM, klau PM, mujo 1 je isteri hehe selingan~~

klau pahang pyah kot nk perhati budaya cmni, makin doa keburukan ada la huhu byk lg kerja nmpaknya

nurilhakim said...

Salam mujo korang dah baca pada semua,

Azimah, afwan. Moga bermanfaat, dan moga dipanjangkan.

Iqwan, bercakap pasal pahang, abang rasa paling mujo skali, mujo MB kami bukan Adnan Yaakob. Selak-selok youtube, dia pegang rekod MB paling kurang sopan,walaupun strategi politiknya bijak memilih dan melantik exco kerajaan negeri daripada ustaz2 lepasan Timur Tengah yang boleh speaking bhsa arab..hmm

Tokei Ikan BertaQwa said...

mujur membudayakan 'Mujo' daripada 'berkalau-kalau'

nurilhakim said...

Salam jijul,

Hadis Muslim sebut,

''Ambil beratlah atas apa yg memberi manfaat kepadamu, pohonlah pertolongan kpda Allah, dan janganlah berasa lemah. Dan apabila kamu berhadapan dengan sesuatu, maka janganlah berkata 'kalaulah aku berbuat begini,tentu jadi begini dan begini', akan tetapi sebutlah,kuasa Allah atas apa yg dikehendakinya,dan sesungguhnya 'kalau' itu membuka kpda amalan syaitan.''
(atau sebagaimana disebutkan)

Tapi kalo ayat gini xpa menggunakan kalau :

"Kalaulah jijul update blog dia,blh jg baca perkembangan sekali-sekala,selain isu beras curi". :)

Akmal said...

Iyah..Iyah..Jauh lagi nie..

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan