Khusyu’ adalah kehadiran fikiran, hati dan kefahaman. Ia juga terlihat oleh keselarian yang sempurna antara kehadiran fikiran hati yang menyerah diri dalam beribadah, dipenuhi keghairahan tinggi untuk mengerjakan solat dan roh yang terikat dengan Pencipta, melahirkan rasa hina diri untuk tunduk kepada Allah.
Persiapan Sebelum Solat
- Ada maklumat tentang nama-nama Allah, lalu berharap mencontohi Allah pada sifat-sifatnya bilamana disebut di dalam solat (contohnya, berharap dan berusaha menjadi ar-Rahman, pemurah seperti Allah
- Solat punya waktu khusus, dan sebaik solat ialah di awal waktu, dan ditanda dengan azan dan iqamah
- Masa untuk solat dianggap ‘zakat masa’ yang diberi kepada Allah
- Solat hendaklah didahului dengan wudhu’ yang sempurna
- Menggunakan miswak (kayu sugi) atau menggosok gigi sebelum solat
- Tidak mendirikan solat dalam keadaan syak wudhu’ ada atau tidak, dan sunat memperbaharuinya sebelum setiap kali solat
- Tidak solat dalam keadaan menahan kentut, hadas besar atau kecil
- Mengkhususkan tempat untuk solat, dan mengutamakan solat di masjid
- Mengelakkan daripada solat di laluan orang, dan di tempat yang ada gangguan
- Memakai pakaian khas untuk solat
- Menentukan ayat yang hendak dibaca dan mencari maksudnya supaya dapat dihayati dalam solat (Al-Fatihah dan ayat tambahan)
- Ghairahlah untuk solat berjemaah
- Berusaha untuk solat di saf paling hadapan, kerana pandangan terhad, malah Allah dan malaikat berselawat ke atas ahli-ahli saf hadapan
- Sampai ke masjid sebelum iqamah, untuk membuat persiapan dan memberi tempoh tenang
- Jangan menolak daripada menjadi imam sekiranya yakin ada kemampuan
- Jangan solat di belakang imam yang tidak diyakini atau diketahui tidak baik daripada segi bacaan, akhlaq dan lain-lain
- Berjalan daripada masjid ke masjid mencari imam yang terbaik untuk diikuti
- Dorong diri untuk menjawab azan
- Membaca peribadi solat Rasulullah S.A.W dan mencontohinya
- Memperbanyakkan mendengar bacaan qari Masjidil Haram, Masjid Nabawi atau qari-qari yang memahami dan menghayati bacaannya
- Tidak solat di hadapan makanan yang telah sedia terhidang, malah mendahulukannya sekiranya waktu solat masih panjang
- Jangan tergopoh-gapah semasa solat walaupun masa suntuk (contohnya, berlari mengejar ruku’ imam)
- Melaksanakan solat jama’ dan qasar sekiranya bermusafir
- Jangan mendirikan solat dalam keadaan marah
- Jangan bangun daripada majlis yang melalaikan lalu terus menunaikan solat (contoh majlis mengumpat, menonton Hindustan)
- Jangan solat dalam keadaan mengantuk
- Membayangkan kebesaran pahala khusyuk di dalam minda dan ruginya melaksanakan solat tanpa khusyuk
- Solat dengan menganggap ia satu-satunya ibadah yang akan diterima dan dipersembahkan di hadapan Allah kelak
- Mempunyai sasaran untuk khusyuk dalam setiap waktu solat, dan cuba mencapainya lagi dan lagi
- Jangan menyebabkan orang lain hilang khusyuk kerana kita
Semasa Solat
- Membaca niat solat dengan berazam ingin khusyuk
- Memastikan anggota memainkan peranan masing-masing (mata memandang tempat solat, tangan diletakkan di tempatnya, otak memfokuskan fikiran)
- Solat seolah-olah ia adalah yang terakhir dapat dilaksanakan sebelum mati, kerana mati adalah rahsia Allah dan datang tanpa diduga
- Membaca ayat yang boleh menyedarkan diri untuk meninggalkan maksiat, dan berdoa di dalam hati mengiringi ayat yang dibaca (contohnya, berdoa supaya dijauhkan daripada api neraka ketika membaca ayat-ayat tentang azab Allah)
- Membayangkan sedang berdiri di depan Allah, sebagai hamba yang lemah, kerdil dan hina
- Merenung makna bacaan dalam solat, contohnya ikrar akujanji kepada Allah dalam doa iftitah
- Sebolehnya tidak memejam mata di dalam solat, malah memandang ke tempat sujud, kerana lebih mudah untuk fokus
- Cuba untuk menangis, atau buat-buat menangis di dalam solat
- Memastikan Surah Al-Fatihah dibaca dengan betul, kerana ia bacaan paling asas dalam solat, dan Allah menjawab bacaan kita di dalam surah Al-Fatihah
- Mengurangkan pergerakan yang tidak perlu. Sabda Rasulullah, ‘Kalau khusyuk hati orang yang solat, akan khusyuk anggotanya’
- Tahan daripada menguap di dalam solat (petua – dengan menggigit lidah)
- Berdoa sebelum memberi salam pada tahiyyat akhir
Selepas Solat
- Beristighfar supaya terampun dosa kekurangan di dalam solat, dan menunaikan solat sunat bagi menampal lubang-lubangnya
- Berzikir dan membaca ayat kursi
- Mengelakkan daripada riya’ dan ‘ujub dengan solat yang khusyuk
4 comments:
syukran..
minta pandangan,
Bila kita buat sesuatu yang bersifat menyeronokkan,cth mnonton drama korea, lalu kita rasa berdosa, tapi kita cuba cari dalil, ia sama dengan menonton cerita kartun, krn ia adalah semata-mata kartun..yg dibuat2..
memandangkan ia hanya dimainkan 1.10 minit dalam 2 hari / seminggu..
adakah ia wajar?
Salam.
Sukar menjawab soalan-soalan dalam keadaan jahil, tetapi mudah-mudahan, setiap perkongsian ada nilai di sisi Tuhan.
Islam mengajar, bila hati terdetik dengan rasa tidak sedap bila melakukan mungkar, atau sesuatu yang dirasakan mungkar, itu tandanya iman masih ada.
Adapun menonton video Korea, yang menutup aurat, dan mendokong mesej, pada masa sama tidak melalaikan, insyaAllah tidak berdosa ;)
Soal kesannya sebesar mana, di mana batasnya dan seterusnya, bersangkut dengan persoalan, di mana kita meletakkan martabat kita di sisi Allah, dan sejauh mana taqarrub kita denganNya, sebagaimana yang pernah saya tulis di link ini,
http://nurilhakim.blogspot.com/2011/04/ustaz-kopiah-dan-fb-dimana-sempadan.html
Saya sendiri, masih menonton movie2 yang walau diputarbelitkan dengan sehebat mungkin pun manfaatnya kepada kita, tetap membawa kesan buruk pada hati. Semoga Allah mengampunkan kita semua.
Apa pandangan sahabat-sahabat yang lain?
Wow..Speechless..Jauh lagi nie..
Salam Akmal,
Yah..yah..abang yg tengok larian marathon tu pun rasa penat, yang lari lebih-lebih lagi. Hehe.
Teruskan larianmu, kalau tersungkur jangan serik untuk bangun, malah semakin memecut! :)
Post a Comment