:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Saturday, January 17, 2009

PPMK-Sebuah Buku, Sepanjang Kehidupan

'Tiga amal yang akan berterusan mendapat manfaatnya walaupun setelah mati, iaitu anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan amal jariah,'



Program Pembangunan Masyarakat Kampung (PPMK) diteruskan lagi dengan susulan untuk mewujudkan Perpustakaan Mini di kampung rintis, iaitu Kampung Kobuni, Inanam. Hajat golongan muda kampung atau 'tanak wagu' kepada pembaikan dan pembaharuan, tidak boleh tidak, perlu didasarkan atas ilmu. Dan jambatan memperoleh ilmu, sehingga ke hari ini, masih lagi melalui pembacaan.

Menyedari ketidakmampuan kami bergerak sendiri bagi memenuhi tuntutan ini, kami melontarkan sedikit pengharapan, yang bukan dihajatkan dalam bentuk tenaga, masa atau nyawa. Yang dihasratkan ialah sumbangan buku-buku terpakai buat mengisi kekosongan perpustakaan mini yang baru diwujudkan. Tentu sahaja banyak jalan untuk membuka ruang bersedekah kepada diri sendiri, samada mengintai buku-buku lama di rak kawan, mendapatkan buku berharga semurah RM0.50 di Promosi Buku DBP dan banyak lagi. Lebih baik afdhal jika buku yang dapat disalurkan ialah buku-buku agama, atau buku-buku rujukan akademik terpakai, dengan harapan keduanya saling seimbang-menyeimbangi, selain ia tentu sekali lebih menepati tuntutan amal jariah dan ilmu yang bermanfaat sebagaimana disebutkan dalam hadis Nabi sebagai amal yang berkekalan. Kami tidak cenderung untuk menerima buku-buku atau komik yang tidak bermanfaat kepada pembangunan intelek dan jiwa remaja.

Atau jika ada yang merasakan sumbangan buku semata tidak cukup untuk menghampirkan diri kepada Pencipta, atau tidak memadai buat melafaz syukur kepadaNya, sangat dialu-alukan untuk bersama-sama kami membangunkan rohani generasi baru ini dengan qiam dan kelas Iqra', menghidupkan kecintaan pada ilmu dengan kelas ABC dan tuisyen percuma, yang insyaAllah bukan semata meraih ucapan 'ponsikow-terima kasih' daripada penduduk, tetapi juga kepuasan kepada diri sendiri bila matlamat hidup untuk memberi dapat terisi.

Serahan buku atau maklumat lanjut, bolehlah menghubungi-

Arif : 0166249322 atau Faez : 0195374801, yang telah menginfakkan diri mereka untuk memungut buku dari seantero Sabah dan semenanjung :)

Selamat Beramal!

1 comment:

Anonymous said...

POWER LA AREP N PAEZ...SEUMUR IDUP KE?

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan