:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Wednesday, March 25, 2009

Kionsom Kecil- "Maaf, kami dah Islam!"


Bukit didaki, semak diharungi, gaung dititi, babi dilimpasi, akhirnya kami sampai ke destinasi. Dan seperti kampung-kampung lain yang memerlukan kecekalan dan keazaman tinggi untuk membolehkan kami sampai, keindahan kampung di bibir bukit-bukau, walau dalam gelap pekat malam, cukup untuk membayar harga risiko sepanjang perjalanan. Lebih-lebih lagi apabila kehadiran disambut oleh senyum mesra keluarga bekas ketua kampung, Encik Muksin Kangut.


Kampung ini terletak paling hujung di antara kampung-kampung yang lain, dan sekitar rumah Encik Muksin terdapat sekitar 8 buah rumah yang dihuni oleh orang Islam, dengan jumlah kira-kira 50 orang penduduk. Perjalanan ke sana tidaklah jauh, hanya mengambil masa lebih kurang 35 minit untuk sampai dari Pekan Inanam. Keluarga Encik Muksin telah 2 generasi memeluk Islam, tetapi belum ada penghayatan terhadap kehidupan Islam yang sebenar. Yang membanggakan, ialah kemahuan meluap-luap penduduk kepada Islam, walaupun agama mereka asasnya, hanya pada nama. Apabila ditanya samada kampung tersebut biasa diziarahi oleh misionari yang ligat berdakyah di kawasan Kionsom tersebut, Encik Muksin menjawab mudah,

"Bila mereka datang dan ajak masuk Kristian, kami beritahu mereka, tak boleh, sebab kami dah agama Islam. Lama-lama mereka pun tak datang dah." Kefahaman yang jelas warisan dan bukan bertitik-tolak daripada kefahaman.

Sambung beliau lagi, "Kami telah 5 tahun memohon untuk diwujudkan surau di kampung ini, supaya boleh dijadikan tempat solat, berkumpul dan belajar fardhu ain, tapi sampai sekarang tidak berhasil."

Sangka baik, mungkin surat tersebut tidak sampai kepada pihak JHEAINS atau prosedur permohonan tidak betul. Sangka buruk, mungkin JHEAINS hanya menjalankan tugas sebagai pkerjaan dan bukan menghidupkannya sebagai peluang dakwah. Walaupun cakap-cakap orang cenderung kepada pandangan kedua, kami optimis JHEAINS akan menghulurkan bantuan juga nanti. Lebih-lebih lagi bila Encik Muksin meluahkan harapan sama,

"Kami orang kampung pergi mungkin tak dilayan. Tapi persatuan kamu kuat. Mesti JHEAINS dengar."

Kami memandang sendirian bila dilabel persatuan yang kuat. Pada kami tidak ada kekuatan. Yang ada hanyalah keyakinan bahawa satu orang yang mahu, pun mampu melakukan perubahan, lebih-lebih lagi bila satu orang yang mahu bersatu di bawah satu payung. Payung aqidah Islam.

Kami lantas merisik alternatif mengisi haus penduduk sementara memohon mendapatkan surau, dan ternyata ada jalan yang dibuka oleh Allah.

"Di kampung ni ada balairaya. Selama ni orang Kristian ja yang guna untuk berkumpul dan jadi tempat ibadat. Mungkin kita boleh pohon daripada ketua kampung nanti untuk benarkan kita buat kelas fardhu ain di sana. Saya yakin dia akan bagi."

Alhamdulillah. Peluang sudah terbuka. Tinggal lagi siapa yang dapat meluang masa menjadi pengajar di sana. Mungkin di luar sana ada insan yang mencari ruang berbakti?

"Ada ke kawan abang yang boleh ajar kami fardhu ain?"

Alhamdulillah, 18 Mac 2009, fasa pertama dalam misi yang telah lama tertunggak untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk Kampung Kionsom Kecil tercapai.


10 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...

terujanya baca..

nurilhakim said...

Salam all,
Banyak kerja nak wat sini nih tuan..org je kurng. Nak join? :)

gopenghagen said...

salam, aku kagum dgn dakwah enta orang. betul..betul kagum. x ramai pndakwah Islam yg berani mengambil amanah ini dlm bntuk prlaksanaan. kebanyakannya hanya retorik. truskan usaha enta orang akhi.

Nur Taqwa said...
This comment has been removed by the author.
Nur Taqwa said...

Assalamualaikum...

semoga Diberkati Allah taala..dan sentiasa berada dalam lindungan Allah taala...

InsyaAllah panjang umur dan ada keizinan daripada Allah taala..ana ingin sekali membantu dalam dakwah kalian semua di sabah..Itulah matlamat saya..Aminn ya rabbal alamin...

Semoga masjid pun akan bertambah di sabah....!!

terima kasih...

nurilhakim said...

Salam all,
Gopenghagen,
Ana orang menunggu kepulangan enta untuk memperhebatkan dakwah. Dari pengamatan ana, peguam yang paling punya potensi besar untuk membawa mesej Islam melalui wadah kita di Sabah, berbanding sang nelayan moden ini..

Mylovehaqiqi,
Ana baru membaca kisah enti. Ckup menginsafkan. Kami berbesar hati kiranya enti sudi mengorbankan sedikit pngalaman dan masa bergerak bersama-sama kami dalam apa jua cara..sudikah?

nurilhakim said...

Sape pndi2 delete comment plak nih? Aih..buyuk

Nur Taqwa said...

assalamualaikum wbt..

sebeum itu,ana nak minta maaf,itu bukanlah kisah ana..ITU HANYALAH SEBAHAGIAN KISAH DARIPADA USRAH ANA..DIA YANG menyuruh ana berbuat begitu dan ana hanyalah menulis..

selagi ada kudrat yang diberi,biiznillah ana sudi..

pengalaman yang mereka ceritakan kepada ana,seolah2 menjadi pengalaman yang real bagi ana..mcm ana pun berada sama ngan dia..

sebab tu,bila ana tulis,ana pun nangis..


shukran..

dan aasif,ana kena edit entry tu..

"mengesat air mata mendengar kisah saudaraku itu..."

sepatutnya mcm tu ending dia..

:)

yang pasal delete comment 2,ana jugak yang delete,ana delete comment ana yang 1st,ada silap sikit..jangan risau,ana delete comment yang ana post...

aasif sekali lagi


terima kasih..


:)

nurilhakim said...

Salam all,
Em, tak mengapa.Kisah sape pun yg penting ada yg mengalami n memerlukan panduan n bimbingn. Jd, truskn bimbingan. Ana masih memerlukan maklumat ringkas utk meminta digerakkan program seumpamanya di tempat saudari No phone ana ada dipaparkan di laman utama, atau ana akan beri no phone muslimat jika itu lebih memudahkan. Syukran.

p/s:Asif juga atas tuduhan mendelete comment. Lupa pla pnulis comment bleh delete comment dia sndri. Igt dh kne hack blog nih.

Mohd Zulkifli Shafie said...

Assalamulaikum Nuril Hakim,

ALhamdulillah, tahniah atas kerja2 dakwah enta dan semua sahabat. Doa saya dari Semenanjung, moga Allah merahmati kalian dan memberkati kerja kalian semua.

Salam ziarah & ukhuwwah...

Zulkifli
Damansara Damai, Selangor

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan