
Jaddah,
Sayangnya nyawamu tidak bersisa,
Kerana jika hari ini,
Nafasmu masih ada,
Tentu kau menyanyi gembira,
Tentu kau bergurindam berseloka,
Tentu kau melompat setinggi purnama.
Kerana hari ini,
Islam kembali mewarna bumi pusaka,
Bumi tempat kau melakar hidup dan mencorak anak bangsa,
Bumi tempat darahmu jatuh melahirkan pejuang muda,
dan peluhmu mengalir membasahi jasad tua.
Hari ini,
Sejarah telah tercipta,
Kaki semakin deras melangkah menuju janji Yang Esa,
Janji yang Islam takkan rela dihina,
Janji yang Islam tempatnya sebagai juara,
Janji yang Islam akan di puncak jaya.
Hari ini,
Bumi hijau oleh ketenangan,
Menghapuskan daki kotoran dan lumpur keji,
Yang dibawa oleh merah amarah dan biru yang menuju su'ul khatimah.
Hari ini,
Perjuanganmu mendukung Islam selama seusia, tidak sia-sia,
Kerana kampung kecil tempat kau berpencak, bersilat dan berkorban segala,
Kini kembali ke tangan kita.
Jaddah,
Kami akan teruskan hayunan langkahmu,
Sehingga sepertimu jua kami bersemadi,
Menanti hari abadi.
Al-Fatihah..
1 comment:
Salam ziarah kembali... Bukan mudah tuk menerima luahan hati orang lain kalau kita tak memahami apa yang hendak diperkatakannya. Teruskan berblogging... Satu wadah baru alaf ini menggunakan teknologi sebagai senjata. Yang penting tak lari dari Nawaitu yang asal... Kembali ke landasan yang sebenar, itulah yang sebaiknya... Wassalam
Post a Comment