:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Tuesday, January 6, 2009

Tak Usah

Kita bercakap soal perjuangan,
Tapi hati jauh dari Tuhan,

Kita sibuk mentarbiyyah insan,
Sedang amalan jadi olok-olokan,

Kita di depan menyelak Al-Quran,
Tapi berbual kosong jadi kebiasaan,

Kita katakan Hadis sebagai sumber,
Tapi selalu membuang masa di depan komputer,

Kita berprogram sana-sini,
Pulang ke kampus, berjam-jam menonton animasi,

Kita berusrah berkali-kali,
Tapi berkorban tak sepenuh hati,

Jauhnya bumi ini, jauhnya,
Dari disinari cahaya Ilahi,

Panjangnya, panjangnya jalan ini,
Sebelum Islam di tempat tertinggi..

Sahabat,

Tak usah hebat memperkatakan tentang hijrah,
Jika hijrah dari bilik ke surau tak mampu dikerah,

Tak perlu berbicara tuk bangkit menentang Yahudi,
Sekiranya bangun di tengah malam tak mampu kau gagahi,

Jangan sesekali menggelar dirimu pejuang,
Jika tak mahu bermujahadah, mengisi jiwa yang tandus dan kontang..


Dedikasi Utk Sahabat-Sahabat ISEUMS di Kg. E, dan lain-lain sahabat, dgn pesan, turunlah berqiam dan berjemaah Subuh di surau, walaupun dengan seorang wakil.. :(

7 comments:

NIVYANFAZZA said...

Salam ziarah, ukhuwah fillah abadan abada...

Dalam manis bicara
Ada juga terasa

Kita harus ingat itu perkara biasa,
alah bisa, tegal biasa,

Nak ubah kena bagi masa
Takut nanti tak istiqamah sepanjang masa

Buatlah apa yang bisa
Jangan buat yang luar biasa

Selalulah ingat yang maha Esa
Jangan duduk hanya buang masa...

INSAN said...

assalamualaikum...

tersentap jantung dan segalanya,apa pun terima kasih atas teguran & nasihat..sgt2 bterima kasih...insyaAllah di amalkan...

Geng Demonstrasi said...

Untuk Mujahidin di Markaz menentang zionis Kg Likas jugak.....
TAKBIRR!!!

Sahabat Yang Lemah said...

Salam Ziarah..

Jiwa terasa pedih bila terkena nasihat terbaik seakan itu..
Mungkin diri ya terlalu lemah hingga tidak mampu melunaskan segalanya..

Apapun,doakan yang terbsik buat semua sahabat..

Salam perjuangan..

nurilhakim said...

Salam ziarah,
Syukran pd semua yg melontarkan komen,
Semoga dlm kekasaran ada kehalusan,
Dalam kekerasan ada kelembutan,
dan dalam penghayatan ada perubahan..

Jauh sekali niat untuk mengkoyak-rabakkan hati mana-mana individu,

Maafkan aku wahai Tuhan, Maafkan aku wahai Hamba Tuhan.. :(

khairaummah said...

syukran atas peringatan...manusia kadang2 merasa cukup bagus..sudah fitrahnya pelupa...

Anonymous said...

hmm... mesti slalu qiam gak d masjid ni...

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

There was an error in this gadget

Kunjungan VIP:

Ilmuwan