:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Monday, May 9, 2011

Buku : Hembusan Bayu Syahdu

Menyusun perancangan masa depan untuk menyeluk pekasam sampai ke hujung di Syria, saya terhimpit dengan perasaan ‘sudah tua dan akan bertambah tua’ yang sangat kuat. Di waktu sahabat-sahabat sibuk membangunkan tempat masing-masing dengan Ilmu dan Islam, saya takut kepulangan nanti disambut dengan kemenangan, tanpa saya mendapat saham daripadanya. “Kau lambat sangat Nadir, dah takda kerja untuk kau buat.” Saya melihat hidup dalam longgok-longgok pendek yang hujungnya, entah bila akan tiba. Selonggok di Syria, selonggok di Sabah semula, dan mungkin selonggok di semenanjung sebagai persediaan menghadapi longgok kekal di Negara Kekal Abadi.

Ditutup sebegitu banyak peluang untuk memberi secara mengejut, saya sangat gembira apabila akhir-akhir ini ramai sahabat suka menghubungi untuk bertanyakan pendapat dan bertukar pandangan. Biarpun nasihat dan kalimat yang dihambur tidak punya nilai praktikal kerana hanya diterangkan secara teori tanpa terlebih dahulu mengamalkan, saya mendapat keseronokan dengan berkongsi. Saya berhasrat untuk pergi lebih jauh, dengan menulis sebuah buku, atau blook (blog+book) berkisar pengalaman-pengalaman pengubah hidup yang telah dikongsi dengan sahabat-sahabat dalam hayat yang telah dikurniakan. Sebuah buku ala tasawwuf kampung + self-introspection bertajuk Hembusan Bayu Syahdu.

Sungguh, paling kurang yang boleh dicapai ialah meningkatkan mutu penulisan melalui kekerapan menulis dan menggugah idea untuk blook tersebut. Seorang blogger terkenal, Brian Clark di blognya Copyblogger berkongsi 10 tips penting untuk menjadi seorang penulis hebat;

10 Steps to Becoming a Better Writer

1. Write. (Menulis)

2. Write more. (Menulis lagi)

3. Write even more. (Menulis lebih lagi)

4. Write even more than that. (Menulis lebih daripada itu)

5. Write when you don’t want to. (Menulis apabila kamu tidak mahu)

6. Write when you do. (Menulis apabila kamu mahu)

7. Write when you have something to say. (Menulis apabila ada perkara yang mahu disampaikan)

8. Write when you don’t. (Menulis apabila tidak ada perkara untuk disampaikan)

9. Write every day. (Menulislah setiap hari)

10. Keep writing. (Teruskan menulis)


Ya, tidak ada jalan yang lebih baik untuk menjadi yang terbaik selain dengan berlatih dan terus berlatih! Practice, even if it rarely makes you perfect, would surely make you better!


Saya sudah mengumpul beberapa bahan dan cadangan tajuk untuk blook tersebut, dengan tema asas mencari hikmah dari alam dan pengalaman, tetapi masih mengharapkan cadangan dan idea daripada semua, khususnya mereka yang melalui pengalaman-pengalaman hidup tersebut (yang selalu tercatat dalam blog) bersama saya.


JOM! kongsikan cadangan di ruang komen, kerana setiap perkongsian, pasti bernilai di sisi Tuhan..


p/s: Kepada penulis-penulis baru dan lama, saya syorkan beberapa laman blog untuk dibaca bagi mengoptimumkan penulisan dan penggunaan blog masing-masing sebagai medium dakwah;


2. Blog Tyrant

3. ProBlogger

4. Gloson Blog (Blog budak Malaysia, berumur 13 tahun yang pernah dilawati DS Najib dan RM)


Dukacita semuanya berbahasa Inggeris ;)

7 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

1. Thank you for the sharing...

2. I know gloson dot com since I start blogging. Hopefully I'm too gonna improve my writing style (even though i prefer to sketch) haha..
3. Should i improve my drawing too? hmmm

3. Happy blogging and reading...

Mohd Asraf Sharafi said...

Susah nak start bloggging ni bang..trima kasih tips yg diberikan..hehe

nurilhakim said...

asrarqulub,cool.ade tgk poems dia?blh tahan gk power.ur drawing is good enough,totally.but is not perfection a journey? :)

asraf,ana slalu terbaca orang tulis,'menjadi penulis blog sejak 10 tahun lpas,saya sudah semakin mahir',atau 'saya dh melaksanakan motivasi sejak 20 tahun',lalu abg terfikir,dahsyat juga,msti dh power gila dia ni,bila aku blh jd mcm dia?mngkin 10 tahun akan datang abg boleh guna ayat sama,'menjadi penulis blog sejak 10 tahun lpas,saya sudah semakin mahir'.tp bg yg x bermula,selamanya akn brkata,bila aku blh jd mcm dia? apapun,recognize your strengths,and work on them :)

Irna Humaira' said...

ana minat menulis,kerana ana mahu Menulis apabila ada perkara yang mahu disampaikan...tapi seringkali kesibukkan dijadikan alasan..terima kasih atas perkongsian..

Mohd Iqwan said...

hmmm..tulis2 note di fb jek xaci ke?hehe

nurilhakim said...

Irna,moga diberikan kekuatan.

Iqwan,satu benda abg kurang suka pasal fb,bila kita lebih suka komen di sana,dan komen2 di sana biasa datang secara spontan dan tanpa homework.tapi,tak salah kalau sekadar memberi tasyji' pada penulis.lagi afdhal,copy dari sana dan tepek di sini :)

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan