:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Monday, April 20, 2009

Satu Permintaan Buat Saudara & Saudari SeIslamku

Dari teman perjuangan, inksensei, minta diaminkan;


Allah s.w.t menguji kita dengan pelbagai cara. Kadangkala diuji dengan kesenangan, kadangkala dengan kesusahan. Saya seperti saudara-saudari juga tidak lepas dari dua jenis ujian ini…& di waktu saya sedang menulis nukilan ini, saya juga sedang berada dalam ujian yang saya masih belum tahu penghujungnya. Atas sebab-sebab yang tertentu, saya tidak berhasrat untuk menceritakannya di blog saya ini. Saya pasti ada insan-insan di luar sana yang diuji Allah dengan ujian yang lebih berat.


Saya cuma mohon ihsan dari semua yang membaca tulisan ini, samada doa kita serupa atau tidak, agar dapat meng-aminkan doa saya ini. Maafkan saya yang sekiranya ada sebarang kekurangan, kerana sememangnya ilmu saya terlalu sedikit. Saya mohon, & hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan saudara & saudari.


bismillah


“Ya Allah ya Tuhan Kami, Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang. Yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Selawat & Salam ke atas Rasulmu yang dikasihi Nabi Muhammad s.a.w. Ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa ibubapa kami, dosa-dosa guru-guru kami, dosa-dosa pelajar-pelajar kami, dosa saudara-saudara kami, dosa-dosa sahabat-sahabat kami, dosa muslimin & muslimat, mukminin & mukminat. Ampunilah dosa-dosa mereka yang berjuang di jalanMu ya Allah.


Ya Allah ya Tuhan kami, jauhilah kami dari azab nerakaMu, jauhilah kami dari keaiban di MahsyarMu, jauhilah kami dari siksaan barzakhMu. Permudahkanlah rezeki kami, permudahkanlah pelajaran kami, permudahkanlah perjalanan kami di dunia & di akhirat.


Ya Allah ya Tuhan kami. Berikanlah kami kekuatan. Berikanlah kami kekuatan. Berikanlah kami kekuatan dalam menghadapi ujianMu. Teguhkanlah iman kami. Berilah kami kekuatan untuk bertaubat dengan sesunguh-sungguhnya. Berilah kami kekuatan untuk bertaubat dengan sesunguh-sungguhnya. Berilah kami kekuatan untuk bertaubat dengan sesunguh-sungguhnya.


Ya Allah, sebagaimana Engkau telah menguji kami, berilah kami jalan-jalan untuk menyelesaikan masalah kami Ya Allah. Berilah kami jalan-jalan untuk menyelesaikan masalah kami Ya Allah. Berilah kami jalan-jalan untuk menyelesaikan masalah kami Ya Allah.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, lindungilah & berilah petunjuk & hidayah kepada mereka yang kami sayangi. Ya Allah, lindungilah & berilah petunjuk & hidayah kepada mereka yang kami sayangi. Ya Allah, lindungilah & berilah petunjuk & hidayah kepada mereka yang kami sayangi. Jauhilah mereka yang kami sayangi dari mereka yang menjauhiMu Ya Allah. Jauhilah mereka yang kami sayangi dari mereka yang menjauhiMu Ya Allah. Jauhilah mereka yang kami sayangi dari mereka yang menjauhiMu Ya Allah.


Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kami zuriat yang soleh & solehah, yang sentiasa mendoakan ibubapanya, yang akan syahid di jalanMu ya Allah. Kurniakanlah kami zuriat yang soleh & solehah, yang sentiasa mendoakan ibubapanya, yang akan syahid di jalanMu ya Allah. Kurniakanlah kami zuriat yang soleh & solehah, yang sentiasa mendoakan ibubapanya, yang akan syahid di jalanMu ya Allah.


Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami. Sesungguhnya hanya kepadaMu lah kami berserah. Hanya kepadaMu lah kami memohon pertolongan. Selawat & salam ke atas junjungan yang mulia Rasulullah s.a.w. Perkenankanlah doa kami Ya Allah. Perkenankanlah doa kami Ya Allah. Perkenankanlah doa kami Ya Allah.


Amiin. Ya Rabbil alamin.”


Terimakasih atas amin anda. Moga Allah s.w.t. membalas kebaikan kalian dengan kebaikan, insyaAllah.

2 comments:

Abu Bakar As-Siddiq said...

Salam WUFI..

Bang, adam nak copy doa ni ya..moga kita mendapat redhaNYA..
Amin..

nurilhakim said...

Salam, silakan adam..Amiin.. ;(

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

There was an error in this gadget

Kunjungan VIP:

Ilmuwan