:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Tuesday, April 14, 2009

Krisis Kg Saab; JHEAINS Pitas Indah Rupa Daripada Khabar!

Muslimat PSS tidak kurang hebat bergerak kerja menangani isu umat

Selesai melaksanakan program selama 3 hari di SMK Pinggan-Pinggan, Pitas, bermula 10-12 April 2009, pasukan Persatuan Siswazah Sabah bergegas ke Kampung Saab yang terletak kira-kira 35 minit perjalanan daripada tapak program. Misi yang didukung cukup besar - memulakan kelas Fardhu Ain di Kampung Saab, Pitas, yang penduduk 'mualafnya' sekitar 18 keluarga dicabar krisis ketandusan ilmu Islam disebabkan tiada pengajar yang sudi berhempas-pulas mengajarkan Alif Ba Ta dan cara berwudhu' [Krisis Kg. Saab] .

Dari kampus ke lapangan umat

Rombongan pertama seramai 10 orang tiba sekitar jam 3.00 petang, lewat sejam daripada masa yang dijanjikan, dan disambut oleh Kak Regina, individu yang asalnya mengutarakan masalah penduduk kepada kami. Perjumpaan yang disangka kecil-kecilan rupanya dihadiri sekitar 30 orang penduduk, termasuk kanak-kanak, yang berhimpit dan berpanas di rumah Kak Regina yang menjadi tempat pertemuan pada petang itu. Kesanggupan penduduk bertahan menunggu di ruang sempit dan sesak menggambarkan betapa semangat meluap-luap mendalami agama yang mereka anuti sekian lama hanya menanti tempat ditumpahkan. Tidak sempat membuka majlis, rombongan kedua sekitar 10 orang, beserta Ustaz Kamal mewakili JHEAINS Pitas tiba di lokasi. Ucapan aluan Saudara Fairuz Bend, Setiausaha PSS disusuli Ustaz Kamal, diteliti penuh khusyuk oleh penduduk, disusuli sesi soal jawab dan perkongsian dua hala oleh penduduk dan rombongan PSS.

Setiausaha PSS menjelaskan isu poligami dalam Islam

Setiausaha PSS menyampaikan sumbangan buku dan whiteboard kepada Encik Halim, wakil JKKK yang juga baru memeluk Islam

Pertemuan tersebut berjaya menatijahkan perancangan pelaksanaan Kelas Fardhu Ain berkala oleh pihak JHEAINS, selain penyerahan sumbangan buku dan whiteboard oleh PSS hasil derma orang ramai kepada penduduk. PSS mengagumi usaha pihak JHEAINS Pitas turun padang meneliti hasrat masyarakat setempat, walaupun difahamkan pihak mereka baru semalam menerima jemputan untuk bersama-sama dengan PSS menziarahi kampung tersebut. PSS menggesa JHEAINS di semua peringkat mencontohi sikap JHEAINS Pitas dan menjadikan tugas sebagai peluang dakwah dan bukan karier semata-mata. JHEAINS Pitas pada hari itu berjaya memadamkan sentimen yang wujud bahawa JHEAINS memandang enteng permasalahan dan kehendak masyarakat Islam di daerah masing-masing.

Ustaz Kamal (berbaju coklat dan berkopiah hitam putih) berjiwa rakyat

PSS seterusnya akan membantu penduduk Kampung Kionsom Kecil, Inanam [Krisis Kionsom Kecil] mendapatkan surau dan menghidupkan kelas pengajian agama di sana, dan meyakini bahawa perjuangan selama 5 tahun penduduk untuk mendapatkan surau terletak pada kesilapan prosedur atau lain-lain, bukan disebabkan JHEAINS memandang enteng isu aqidah yang berlaku di Kionsom Kecil atau kecuaian JHEAINS mengurus permohonan masyarakat Islam di sana. PSS terus mengharapkan sumbangan orang ramai dalam apa bentuk sekalipun buat membantu perjun

Tahniah JHEAINS Pitas! Satu isu selesai, 99 lagi menunggu!

Sumber : Persatuan Siswazah Sabah & nurilhakim.blogspot.com
Gambar ihsan : Saudara Azizul Julirin

4 comments:

Ameen Muslim said...

Assalamualaikum.

Akhi, walaupun kita tidak kenal tetapi ana tersangat kagum dengan usaha dakwah yang dijalankan oleh akhi dan persatuan akhi tersebut. Walaupun ana orang Sabah, tetapi belum berkesempatan untuk berdakwah di negeri sendiri. Ana bergiat dalam usaha menjadi daie di negeri orang lain.

Alhamdulillah orang ada juga persatuan yang mengambil berat tentang kebajikan ADDIN penduduk Sabah terutamanya yang mualaf.

Saya doakan usaha yang dijalankan akhi akan dirahmati ALLAH SWT. Ingatlah, 'debu-debu yang melekat pada anggota orang yang keluar di jalan ALLAH, diharamkan baginya api neraka hatta asapnya sekali'. Ana tak pasti adakah ayat ini sabda nabi atau sekadar pendapat ulama. Tetapi, apa yang pasti usaha dakwah itu banyak kelebihannya.

Wallahu 'alam.

Ameenmuslim (Normen; bekas Sahabat al-Irfan)

P/S: Rasa-rasanya akhi ni Abg Nadhir yg jadi fasi dlm pemilihan sahabat irfan tahun lepas di KML 2008/2009. Harap2 akhi masih kenal akan Normen.

nurilhakim said...

Salam Normen,
Memandangkan agakan Normen yg abg nih adlh abg Nadir maka kita kenal sbnrnya. Maksud abg, Ameen knal abg tp uh, abg igt muka je kot kalo nmpk. Biasela, dh nyanyuk :)

Doakan kami sentiasa istiqamah dlm perjuangan. Tak susah utk bergerak bila dh ketagih. Ketagih utk melihat senyuman di wajah org yg dibantu. Ketagih utk emnggunakan segenap kuasa dan ruang melakukan perubahan. Ketagih utk bergerak brsama shbt2 trcinta. Ketagih untk membuktikan kpda penguasa yg zalim yg kezaliman tidak akan lama. Dan yg paling penting, ketagih utk mngjar redha Allah. Yg susah, ialah utk mendapatkan ketagihan tersebut ;(

Kami menanti kepulangan Normen ke tanah gersang Sabah. Tanah yg kian lama kian subur, menanti masa menghasilkan tunas2 yg mampu hidup subur sendiri menghiajukan bumi tercinta :)

Athirah said...

bagusnya dapat terus berdakwah..
semoga saya juga dpt berbakti spt anda..

Anonymous said...

Dakwah yang haq hanyalah ikut sunah , oleh itu disarankan pelajari lah tertib tertib itu....kerana di khuatiri usaha tidak bertepatan . disangka mentaati (perasan) perintah Allah dan rasulnya pada hal masa yang sama kita bertentangan dengan kehendak Allah dan rasul nya...

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

There was an error in this gadget

Kunjungan VIP:

Ilmuwan