:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Monday, May 16, 2011

Bersarapankan Ma'thurat

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya.

Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"

Wanita 2: "Apakah dia merokok?"

Wanita 1: "Oh, tidak! Tidak sama sekali!"

Wanita 2: "Dia kadang-kadang meminum bir?"

Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"

Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"

Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Malah dia anak terbaik dalam keluarga"

Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?"

Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"

Bila disebut ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’, kepala akan membayangkan seorang budak kecil yang perlu ditarbiyyah sejak lahir supaya tidak menjadi hantu masyarakat. Atau diatur pendidikannya dalam suatu jangka masa panjang dan tersusun. Tetapi bijak pandai, akan mengatur hidup secara lebih khusus, agar perumpamaan ‘nasi tidak menjadi bubur’, turut berlaku dalam hidup seharian.

Memenuhi tuntutan hati dan iman yang memerlukan lenturan berterusan sebelum parah dan patah tatkala sudah keras, lenturan dan tembakan ini haruslah bersifat per/saat dan bukan per/hayat, justeru Islam mengajar kita mengingati Allah setiap detik dengan zikir dan fikir, memulakan setiap perbuatan dengan Bismillah, menyudahi dengan Alhamdulillah, serta memadam alpa dengan Astaghfirullah.

Antara peluru yang paling ampuh bagi memulakan hari dai’e, ialah dengan melazimi ma’thurat, himpunan doa mustajab yang dibaca oleh Rasulullah S.A.W dan disusun oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. As-Syahid, yang menjadikan ma’thurat, qiamullail dan Al-Quran sebagai amalan asas wajib kepada anggota Ikhwanul Musliminnya, apabila ditanya tentang pergerakannya yang mampu bergerak walaupun tanpa kewangan yang kukuh, menjawab dengan tegas :

“Anggota-anggota kami bukan sahaja akan menafkahkan duit mereka untuk perjuangan Islam, malah akan mengelar tangan-tangan memberikan darah mereka sekiranya diminta berbuat demikian.”

Selain sarat dengan doa-doa pelindung diri, al-ma’thurat juga ampuh dalam menangani masalah hati, antaranya lapan yang terbesar sebagaimana disebutkan dalam salah satu doa ma'thurat,

Allahumma, aku berlindung padaMu daripada rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padaMu daripada rasa lemah dan malas, dan aku berlindung padaMu daripada sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu daripada cengkaman hutang dan penindasan orang.

Alhamdulillah, pemimpin PAS di Malaysia apabila ditanya tentang kewangan gerakan, menjawab, duit gerakan PAS ada di dalam poket ahli-ahlinya. Dan nyata, ma’thurat menjadi amalan tarbiyyah harian yang asas, selain diulang-ulang di dalam usrah.

Kalau sarapan dikatakan the most important meal of the day, dan tanpanya metabolisma menjadi tak keruan, badan menjadi lembik dan malas, gemuk dan obes, saya katakan al-ma'thurat adalah hidangan pagi yang sama pentingnya untuk nafsu. Lebih berkrim (baca : krim kurang lemak) jika didahului dengan qiamullail dan disudahi dengan tadabbur beberapa helai al-quran.

Jika anak buah anda samada di kampus, kawasan atau persatuan selalu terhimpit dan menghimpit dengan masalah-masalah hati, sebelum berhempas-pulas memujuk dan meraikan, tanyakan dahulu kepadanya,

“Baca ma’thurat tak pagi tadi?”

Dapatkan pdf al-ma’thurat di sini, atau dapatkan di kotak Ilmuwan di laman ini.

Saya mengalu-alukan pembaca berkongsi sebarang doa, khususnya yang dapat digunakan untuk mengatasi takabbur dan ria'. Jika mendapat tiga doa baru (atau lama) untuk diamalkan, saya pula akan berkongsi satu doa 'penunduk ego dan pemancar izzah' daripada hadis. Amacam?

Berkongsilah, kerana setiap perkongsian, pasti ada nilai di sisi Tuhan..

7 comments:

Anonymous said...

ada sahabat pernah gtau..dlm al-mathurat ada amalan doa yg status 'tidak terdapat dlm hadith'...@ tiada dalil kewujudn doa tu..tapi sy xpernah cek, n tak tertanya pulak doa yang mana satu..

any respond?

Anonymous said...

ada sahabat pernah gtau..dlm al-mathurat ada amalan doa yg status 'tidak terdapat dlm hadith'...@ tiada dalil kewujudn doa tu..tapi sy xpernah cek, n tak tertanya pulak doa yang mana satu..

any respond?

nurilhakim said...

Salam anonymous,secara jujur,ana tidak pernah mendengar perkara sama, dan tidak punya kemampuan untuk menyemak semua doa,kecuali dimaklumkan terlebih dahulu doa yang dimaksudkan.apapun,daripada segi pengertian,insyaallah tidak ada yang bermasalah.wallahua'lam.

Apa pandangan sahabat yang lain?

Irna Humaira' said...

Assalamu'alaiku..sekadar menukilkan beberapa pendangan melalui kefahaman ana yg sedikit:

Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...
Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Ya, ma'thurt ada hadith yg dhaif, tp ia masih bleh di amalkan. Berkenaan dgn doa,doa rabitah adalah ciptaan al-Banna, ia bukan hadith, al-Banna pun x pernah kata ia hadith.

Boleh tengok: http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=10199&highlight=mathurat
http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4665&highlight=mathurat
http://melangkahterus.blogspot.com/2009/07/kelebihan-al-mathurat.html

Anonymous said...

rasa2nya di dalam ma'thurat pun ada doa atasi riya', sebab ust Zahazan pernah sebutkan doa untuk atasi riya' ialah

Allahumma inna na'udzubika min an nusyrika syai-an na'lamuh, wa nastaghfiruka mimma na'lamuh.
(yang nih kan ada dalam ma'thurat)

Logik juga, sebab riya' ialah syirik khafi (tersembunyi)

Untuk kibr pulak. Wallahua'lam, tak tahu doa yang ma'thur - saya ulang2, allahumma inni a'udzubika minal-kibr. Kita pohon jelah kan. Wallahua'lam.

Anonymous said...

Memandangkan soalan ini ditanya, maka terlintas utk berkongsi sedikit..

- Wirid Pertama

“Ashbahnaa wa asbaha al-mulku lillahi laa syariikalahu wa alhamdu kulluhu lillahi laa syarikalahu laa ilaha illa allahu wa ilaihi an-nusyuur.”

Artinya: “Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari dengan (kesadaran bahwa)/kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagi-Nya, tiada Rabb selain Dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.”

Wirid ini datang dalam hadits Abu Hurairah Radhiyallahu ’anhu yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul-Mufrod 1/211 nomor 604 dan, Ibnu Sunni dalam Amal Yaum wa Lailah halaman 74 dari jalan Abu Awanah dari Umar bin Abi Salamah dari bapaknya dari Abu Hurairah Radhiyallahu ’anhu.

Riwayat ini dikatakan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah: “Dha’if dengan lafazh ini, di dalam sanadnya terdapat Umar bin Abi Salamah az-Zuhri al-Qodhi, fihi dha’fun (padanya terdapat kelemahan).” (Dho’if Adabul-Mufrad halaman 60).


- Wirid Kedua

“Allahumma ma ashbaha bii minni’mati faminka wahdaka laa syariika laka falaka alhamdu walaka asy-syukru.”

Artinya: “Ya Allah nikmat apapun yang kuperoleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah dari-Mu, yang Tunggal dan tak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur.”

Wirid ini terdapat dalam hadits Abdullah bin Ghonam al-Bayadhi yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Sunan-nya 4/318, Ibnu Hibban dalam Shahih-nya 3/143, Nasa’i dalam Sunan Kubro 6/5, Abu Bakar asy-Syaibani dalam Ahad wal-Matsani 4/183, dan Baihaqi dalam Syu’abul-Iman 4/89 dari jalan Rabi’ah bin Abi Abdirrahman dari Abdullah bin Anbasah dari Abdullah bin Ghonam al-Bayadhi.

Abdullah bin Anbasah dikatakan oleh adz-Dzahabi rahimahullah: “Hampir-hampir tidak dikenal.”

Riwayat ini dilemahkan oleh Syaikh al-Albani dalam Takhrij Kalimu Thoyyib halaman 73 dan Dho’if Jami’ Shaghir : 5730.


- Wirid Ketiga

“Yaa rabbi laka alhamdu kamaa yanbagii lijalaali wajhika wali’adhiimi sulthaanika.”

Wirid ini terdapat dalam hadits Abdullah bin Umar Radhiyallahu ’anhuma yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam Sunan-nya 2/1249, Thabrani dalam Mu’jam Ausath 9/101 dan Mu’jam Kabir 12/343, dan Baihaqi dalam Syu’abul-Iman 4/94 dari jalan Shadaqah bin Basyir dari Qudamah bin Ibrahim al-Jumahi dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu ’anhuma.

al-Bushiri rahimahullah berkata: “Sanad ini, terdapat kritikan padanya.” (Mishbahu Zujajah 4/130).

Shadaqah bin Basyir dikatakan oleh Ibnu Hajar rahimahullah dalam Taqrib: “Maqbul (yaitu diterima haditsnya jika ada penguatnya, kalau tidak ada penguatnya maka haditsnya lemah).”

Qudamah bin Ibrahim dikatakan oleh Ibnu Hajar rahimahullah dalam Taqrib: “Maqbul.”

Riwayat ini dilemahkan oleh Syaikh al-Albani dalam Dha’if Sunan Ibnu Majah halaman 308 dan Dha’if Jami’ Shoghir : 1877.


- Wirid Keempat

“Allahumma sholli ‘alaa Muhammadin ‘abdika wanabiyyika warosuulika an-nabiyyi al-ummii wa ‘alaa aalihi washohbihi wasallim tatsliimaa ‘adada ma ahaatho bihi ‘ilmuka wakhoththo bihi qolamuka wa ahshoohu kitaabuka…”

Artinya: “Ya Allah limpahkanlah shalawat atas junjungan kami Muhammad hamba-Mu, nabi-Mu, dan rasul-Mu, nabi yang ummi, dan atas keluarganya; dan limpahkanlah salam sebanyak yang diliput oleh ilmu-Mu dan dituliskan oleh pena-Mu, dan dirangkum oleh kitab-Mu.”

Shalawat ini adalah shalawat yang bid’ah yang tidak ada asalnya, tidak ada di dalam kitab-kitab hadits yang mu’tabar sepanjang penelitian kami.



Wirid-wirid diatas (1 s/d 4) adalah yang lemah atau tidak ada asalnya. Di samping itu, di dalam kitab al-Ma’tsurat ini banyak wirid-wirid lain yang shahih lafazhnya tetapi bid’ah dari segi kaifiyyat (tatacara)nya karena memberikan bilangan bacaan-bacaannya yang tidak pernah ada tuntunannya dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Seperti mana yg disebutkan Irna Humaira', ma'thurat ada hadith yg dhaif, tp ia masih bleh di amalkan.

Wallahu a'lam...

nurilhakim said...

Salam semua,

Alhamdulillah,perbincangan yang baik berlaku. Syukran atas semua perkongsian. Insyaallah, semua amalan akan membawa kita dekat dengan Rasulullah S.A.W. Sollu 'alan Nabi.

Doa yang dijanjikan, akan menyusul dalam penulisan akan datang,insyaAllah :)

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan