:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Saturday, February 21, 2009

Sisa Rezkiku Untukmu

Gambar Hiasan

Terdapat 6.8 billion penduduk di dunia.
1 billion tidur setiap malam tanpa cukup makan.
1 juta mati kerana malnutrisi.
100 tinggal di Kampung Bisuang.

27 Januari 2009, rombongan pertama seramai 15 sampai ke Kampung Bisuang dan berjaya membuka Pusat Asuhan Tunas Islam dengan pelajar seramai 15 orang. Kesemuanya bukan beragama Islam. Ahad depan, 28 Februari 2009, rombongan kedua akan bertolak ke sana menyampaikan susulan sumbangan dan ziarah penduduk. Perjalanan masuk ke kampung mengambil masa 40 minit dengan menggunakan motor, dan hampir satu jam jika berjalan kaki merentas sungai, mendaki lurah, meniti jambatan gantung dan meredah denai. Tahniah rombongan pertama yang melalui perjalanan sukar ini dengan menjunjung meja belajar, kerusi dan lain-lain peralatan untuk P&P. Maklumat lanjut berhubung keadaan kampung tersebut boleh diperolehi di [link], [link] dan [link]. Kepada yang berminat menyampaikan bantuan, atau menyertai rombongan, boleh menghubungi Cikgu Hamid di 0138508468. Ada sisa rezki yang boleh diberi?

2 comments:

Anonymous said...

salam...

ada tak data untuk:

BERAPA ORANG ISLAM KAT DUNIA NIH TIDUR DALAM KEADAAN MAKSIAT KEPADA ALLAH...??

(muhasabah untuk diri sendiri....)

nurilhakim said...

Salam ziarah..
Maaf anonymous, takda plak data tu..tp data utk jumlah org yg buat maksiat tp ada harapan diampunkan oleh Allah adela..jumlahnya ada 6.8 bilion orang kt dunia :)

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan