:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Tuesday, December 28, 2010

Dakwah Tahu @ Dakwah Melulu?

Saya sempat bertanya pada Syeikh Nuruddin Al-Banjari dalam ceramah perdana yang diadakan di Surau An-Nur Bandar Baru Bangi beberapa hari lepas. Beliau membicarakan sepotong doa yang sentiasa diulangi oleh Baginda Rasulullah S.A.W, yang memohon daripada Allah supaya hidup manusia diterangi nur pada pendengaran, penglihatan, atas dan bawah, kiri dan kanan serta di dalam hati. Beliau menekankan aspek peri-pentingnya nur tersebut menaungi kehidupan umat akhir zaman, lagi dan lagi. Justeru di sesi soal jawab, saya mengambil peluang bertanya, apakah nur yang baginda maksudkan? Beliau menjawab, taqwa, ilmu dan iman. Apabila ditanya lanjut, apa pula nur yang paling ampuh melahirkan ikhlas dan meruntuhkan ta'ajub dalam berdakwah, beliau menjawab pasti, laluannya ialah dengan ilmu.

Justeru saya berasa penasaran, melihatkan budaya ilmu yang seakan-akan sudah tidak subur di dalam kehidupan insan mengaku dai'e pada hari ini. Datangkanlah alasan apa sekalipun, sibuk, tidak punya masa, malas atau tiada bahan, saya optimis segala kemungkinan bisa diatasi kalau hati berkata mahu. Apa beza Ali bermain bola di padang kampungnya dan Park Ji Sung bermain di Old Trafford? Apa beza Mak Leha menjual nasi lemak di Batu Sapi dan Donald Trump menjual hartanah di New York? Apa pula beza penulis picisan di blog ini dengan penulis-penulis hebat seperti Stephen Covey dan Buya Hamka? Selain pengalaman dan kemahuan yang tinggi, bezanya tentu sekali ilmu!

Dakwah bukan medan menyalurkan apa yang
kita dapat kepada orang seterusnya.

Pelik bagaimana kita mampu membentangkan hujah dan menghambur fikrah kepada madhu'u tanpa terlebih dahulu membedah intipati dakwah yang disampaikan, atau sekurangnya melakukan keduanya secara beriringan. Persisnya seperti Ji Sung yang mengajar orang bermain bola tanpa mengetahui cara mengambil sepakan sudut. Hairan bagaimana kita mengomel tidak punya bahan, tetapi untuk menggali khazanah cinta, sanggup meminta rakan menerbangkan buku Bercinta Sampai Ke Syurga dan Tentang Cinta jauh dari seberang. Ibarat Mak Leha yang mengadu tidak punya santan tapi mengimport daun pisang dari Samarinda. Musykil kabir bagaimana kita mengeluh tidak punya masa, tapi berkesempatan membelek DSLR sendiri atau DSLR rakan berjam-jam dan belajar menggunakannya. Tidak ubah seperti penulis blog yang mengambil masa berjam-jam menghias dan mencantikkan blog, tanpa mengorbankan masa untuk belajar bagaimana memperbaiki tulisannya.

Saya berpendirian proses menyelami dan membetulkan hati-hati manusia merupakan tugas paling sukar di dunia. Maka sekiranya memasak nasi lemak, menyepak bola dan menulis blog pun perlukan pengorbanan masa dan perburuan ilmu, berdakwah apatah lagi. Jangan saja menguasai maksud dan praktikal simplistik Islam, malah kaji dan terokai perkembangannya zaman ke zaman. Jangan saja cakap berdegar-degar hendak mengembalikan semula khalifah, malah selidiki bentuk dan idealisme mendirikannya semula pada abad ini, jangan hanya bercakap sini dan sana menjanjikan syurga, tapi ambillah ruang menyelami psikologi hati dan pemikiran manusia, lantas mendampinginya dan mengembalikannya langsung kepada fitrah kejadiannya.

Lebih daripada itu, dakwah bukan medan membodohkan
orang lain dengan benda yang kita tidak tahu!

Saya tertarik dengan cerita Ustaz Hasrizal dalam kuliahnya minggu lepas, berkenaan sebuah kuiz yang diadakan di kuliahnya di UIA. Pensyarahnya memberikan para pelajar sebuah peta Timur Tengah untuk dilabel, dan terbukti sebahagian besar pelajar mendapat kosong untuk kuiz itu. Saya mengambil peluang melakukan yang sama. Soalan saya mudah, wahai yang mengaku pembela dan pencinta syuhada di Palestin, yang tiap kali mengambil ibrah dari pertumpahan darah di sana dan menayangkan video-video intifadha...di manakah Palestin? 1-10?

Jika anda melabelkan mana-mana tempat di antara 1-10 sebagai Palestin, nah, selak semula omong-omongmu berhubung Palestin. Atau kalau itu terlalu sukar, cuba pula tunjukkan, di mana kedudukan Makkah dan Madinah dari sirah Madinah yang dipetik sehari-harian dan dibentangkan kepada madhu'u, malah tempat berdiri kiblat yang dihadap setiap lima kali sehari?

Tepuk dada, dan penuhi ia dengan ilmu dakwah yang berguna...

(Saya merendah diri memohon pembaca mencadangkan buku-buku dan bahan bacaan yang perlu untuk setiap dai'e, selain buku-buku konvensional yang sering diterokai. Untuk permulaan, saya mencadangkan buku warisan turun-temurun, 'How To Win Friends and Influence People' - Dale Carnegie.)

9 comments:

Anonymous said...

Best dan terkena batang idung sendiri...

Salam rindu dari Sabah...

Moga semua barang dalam kotak masih dalam keadaan yang elok...

nurilhakim said...

alhamdulillah,smuanya luar biasa baik,malah lebih baik dr sebelumnya sbb berbalut n bertali. kangen banget jua sama sabah. doakan ana dlm hijrah.

p/s:xkan xda cdgn bhan bacaan?kan sdare pn pmbaca tegar sgala mcm bhan bcaan..

srikandiharapan said...

bahan bacaan yang baik juga adalah buku2 hadith n syarah hadith..cuma buku2 ni perlu berguru, ..ada lagi buku paasl khilafiah..insya ALLAh sdg dlm penerbitan..

Cdgn tambahan..boleh tanya ustaz henri, Presiden MARSIS skrg..dia ada banyak buku..

saif al musafirah~

Anonymous said...

Oh. macam terasa.

Hah, Dale Carnegie yang commit suicide tuh ke bang? I bet, Abbas As-Sisi pun did write oh the same major topic (I believe I downloaded it from your site)

p/s: bila nak jumpa, before we are seperated again by seas and continents?

nurilhakim said...

syukran saif al musafirah.

syazwan,i never read that dale carnegie committed suicide.wikipedia says that he died of Hodgkins ddisease.

yup,abbas as-sisi wrote 'bagaimana menyentuh hati' which can be downloaded at this site, n it does have the core values for creating great interpersonal relationships.

ahah.when should we meet?g school la jom,jmpa the new generation.i think that's what binds us the best.i think i'll be leaving around the 18th of January..

Unknown said...

Saya tidak pasti maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh saudara dalam post ini. Banyak membaca dengan harapan kita memperoleh ilmu baru agar mudah kita mencapai sasaran mad'u itu betul jika kita sandarkan pada langkah atau usaha kita untuk mendekati mereka. Saya melihat kadang-kadang orang yang 'dakwah melulu' itu lebih baik daripada orang yang hanya menuntut ilmu tetapi tidak pula turun ke medan dakwah. Mengetahui sasaran mad'u dan membuat 'kerjarumah' untuk memancing mereka itu sememangnya langkah yang bijak dan ia merupakan teknik dan taktik yang digunakan oleh Imam Hassan Al-Banna. Saya sangat bersetuju untuk kita menuntut ilmu dan mendekati mad'u dilakukan secara seiringan kerana kita banyak menimba pengalaman daripadanya. Kata orang, pengalaman merupakan guru yang perlu kita dampingi, bukan hanya membiarkannya berada dalam lipatan memori.

Quranic Law of Attraction oleh Rusdi S.Rauf, PTS

nurilhakim said...

pembaca bebas menterjemah penulisan mengikut kefahaman masing2,mudah2an percambahan minda dan perkongsian mampu dicerna oleh semua pihak.

mantap tafsir as-sarawaki!

Anonymous said...

Tajuk saja dah buleh paham...

Dakwah (turun mendekati manusia) dalam keadaan tahu lebih baik daripada dalam keadaan melulu...

Dakwah melulu buleh menjauhkan bukan mendekatkan dan ia telah salah dari tujuan dakwah itu sendiri.

Papehal pun, sebelum 'How To Win Friends and Influence People' - Dale Carnegie, sy cadangkan buku sirah nabi Muhammad (cth:fiqh as-sirah - ramadhan al-buti) sbg permulaan.

Belajar dahulu dr insan yg terbaik melakukan peranan dakwah (walaupun buku begini bukanlah buku worldwide bestseller)...

Anonymous said...

@abang nadir. oh, i heard or read that somewhere.. maybe I silap orang kot.

Oh, Ammar and I are planning to go to our school on the next thursday, Jan 6th.

If I were to drive I'll fetch you.. I'll confirm that later.

btw, if we meet up, I really want to hear your comment about this:
http://celahgelegar.blogspot.com/2010/12/sekarang-giliran-pas-bertelagah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan