:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Wednesday, March 18, 2009

Saifulislam.Com Halalkan Couple? - Suatu Pencerahan

Saya seperti kebanyakan anda selalu mengikuti perkembangan penulisan Abu Saif. Lantaran banyaknya penulisan berhubung cinta belakangan ini, saya mencoret ulasan menanyakan perihal tersebut kepada Abu Saif. Alhamdulillah, beliau menjawab. Bukan dengan komen, tetapi dengan posting penuh [baca di sini]. Jelas penulisan beliau selama ini bukan menggalakkan cinta, tetapi memperbetulkan konsep cinta. Syukran lak, syaikhuna.

Suka saya sebutkan, saya bukan seorang yang 'anti'-cinta. Malah saya sendiri telah lama bergiat dalam lapangan ini semenjak di bangku tadika lagi. Saya masih ingat ketika di tadika saya bertemu seorang pelajar perempuan yang memang hangat dan top di sekolah (ketika itu di Edinburgh), dan menyatakan kepadanya ''I fancy you'', lalu langsung dia mencium pipi saya. Esoknya dia menemui saya dan berkata "'I've dumped you''. Begitu juga kisah-kisah romantis yang berlaku di sekolah, matrikulasi etc, yang tak perlu saya nukilkan memandangkan semua pembaca boleh menyelak sendiri lembaran kisah cinta masing-masing.


Yang saya 'anti' ialah wabak-wabak yang merencatkan usaha dakwah. Dan amat malang sekali bila cinta itu antara yang mendapat tempat tertinggi di dalam senarai perosak.

Ada benarnya pemikiran saya sedikit sebanyak dipenjara oleh buruknya kesan virus cinta yang melanda umat, khususnya golongan umat di kampus yang mengaku berjuang di jalanNya. Wabak yang menatijahkan mereka yang diangkat menjadi pimpinan tidak mahu melepaskan belenggu cinta, penyakit PMI-Persatuan Mencari Isteri dan kudis bercinta ala islamik yang makin merebak. Ya, yang paling menyakitkan ialah kudis ini.


Ramai yang menelan pil cinta islamik sebagai alasan bercinta. Ramai yang berteleku 'Di Atas Sejadah Cinta', meratib 'Ketika Cinta Bertasbih', dibuai 'Ayat-Ayat Cinta', dan maaf Abu Saif, menerima 'Aku Terima Nikahnya' tanpa berteleku di atas sejadah qiamullail, meratib istighfar minta dipelihara dari nafsu, mengalun ayat-ayat cinta secara istiqamah dan menjalankan kehidupan beragama yang Abu Saif jalani dari segenap aspek. Mudahnya, yang dipetik dari penulisan-penulisan ini hanyalah ideologi ‘cinta islamik’ tanpa penghayatan kehidupan beragama secara menyeluruh. Perkara yang sama berlaku kepada Islam, “choose what you like, leave out the rest.”


Saya meyakini bahawa tarbiyyah yang baik mampu membetulkan langkah sesiapa sahaja, asalkan penerimaan tarbiyyah diiringi hati yang ikhlas dan lapang. Tidak ada alasan 'sudah terlalu lama bercinta' disusuli telefon dan mesej yang tidak henti, 'kami bercinta islamik' dilazimi pertemuan yang kerap dan 'laluan kami betul', tanpa melalui saluran pun untuk meraih teman hidup mati. Hapuskan dogma pemikiran 'cinta islamik 'yang telah dianuti dari sekolah menengah, dari pembacaan, dari kefahaman yang bersifat 'mengambil peluang' atau dari mana-mana pun. Apatah lagi cinta yang langsung tidak boleh disarungkan dengan kulit Islam. Berhenti menodai pemikiran Abu Saif, Habiburrahman dan lain-lain pengarang dengan menyandarkan dosa anda ke atas penulisan mereka.


Maaf, dari hambaNya yang mungkin tidak cuba mengerti. Wallahua'lam.

24 comments:

Riuz said...

i understand your reason to post there at Saifulislam
(terbaca saifulislam dulu sebelum post ni, tu yang terkejut sikit tu! haha!) dia tak merosakkan cinta, tapi dek sebab hempampan isu cinta yang banyak dia hadapi maka banyak la yang dia tulis, semua itu untuk menjernihkan erti sebenar cinta yang kini kian tercemar.

in another way, i agree with you too, jangan disogok cinta selalu, parah nanti, tak kira islami atau tak. tapi itu la, persekitaran dia begitu, pembaca mahu kan itu, maka itu la sedikit sebanyak yang mampu dia kongsi bersama

apa-apa pun, bukan isu besar. Abg bukan memburukkan dia, dia pun tak memburukkan abg. masing-masing berkongsi ilmu dan pendapat masing-masing.

(lepas ni nak capub gak dalam blog besar2, dapat publisiti sikit. hohoho)

Anonymous said...

salam ziarah tauke prepaid yang dh brenti jual prepaid...blog abg terpaksa ditutup sebab xkompeten...heheheh...ooo....penah kena cium...kira dah xperawan la ni....hohohoho.
CINTA...KALAU DAH KENA RACUNNYA MEMANG SUSAH NAK DI UBAT....KHAYAL DIBUAI MIMPI2 INDAH....HINGGA XSEDAR RUPA2NYA DAH TERSESAT DARI PANGKAL JALAN....(PENGALAMAN SENDIRI)
sama2 berdoa dan berusaha untuk terus istiqamah bergerakerja untuk Islam dengan KUASA CINTa terhebat dari-Nya....
biar sedikit tapi ISTIQAMAH..
Optimumkan yang MINIMUM...

Hilal Azmi said...

Salam cinta buat Nadir...

Anonymous said...

salam nadir..
Setuju gak dgn pendapatmu..tapi jgn emosi yaa..hehehe..CINTA ni dalam maksudnya..tapi sengaja disempitkan..betulkah??hehhe
walaupun muslim n diorang tau tapi tak mau terima..itulah NAFSU..
walau apapun teruskan perjuangan..
TAKBIR!!!

deenierodzhan said...

salam abg nadir. x de chatbox ke kt tepi ni? x dpt berbls2 kte. hehe. trme ksih bg sye smgt ye. sye fhm. ada hikmah di sblik smua ni. yg pnting lps ni sye akn cbe sdye upye sye untuk bljr lbih tkun spye cte2 sye smpi. Insya Allah. Spm bkn sgle2nya! ye, itu sudah tntu! thx again!!!

nurilhakim said...

Salam all,

-Afiq,
Syukran atas pndgn. Betul, Abu Saif mengikut rentak zaman. N memang takde isu buruk-memburukkan :)
Jgn niat capub.Haha. Tp memng dh sampai masanya artikel2 berkualiti n yg bkn bersifat self-centric dihantar ke lmn2 lbih besar tuk capaian lbih rmi org.tranungkite,sabahdaily..bkn payah pn,daftar n hantar. Try? :)

-Saladin,
Yeah..pengalaman guru terbaik..tp pengalamn tak bisa menodai bila berlaku di luar usia matang ;)
Allah cinta awal dan akhir..

-lAl,
I love you too!

-Anonymous,
Allahuakabar!!

-n, Deenie,
Teruskan melangkah dgn gagah, masa depanmu masih luas terbentang minta disedapkan rencah dan garam kehidupan!

nur_Mahasiswa said...

Salam cinta dari ceruk sini...
boleh tahan gak komen kat Saifulislam.

apa kata Muslimin Agung
MELETOP..

Ba..ada orng kata CINTA nie benda remeh ada yang kate CINTA ni berat n pelbagai lagi. Terpulang la.

Tapi banyak banda yang lebih besar dari benda ni kan..

Insyallah CINTA KEPADA ALLAH S.W.T. akan mekar terhadap makhluk yang lain.

Anonymous said...

hehe...terkejut gak sebelum ni masa trbaca kat saifulislam.com

neva mind, tguran mengislahkan diri en?

Yap, agree wif you dengan dogma stigma islamik yang semakin utuh melekat dalam jiwa muslim...

even, bg org yng dalam jalan da'wah...

lg bgus cinta pas nikah, sunnah..:)

Anonymous said...

silap, dogma cinta islamik..

nurilhakim said...

Salam all,

-Afiq YDP,
Yg remeh ni bila merencat yg besar dia jd mslh. Ksian umara' nk kena mengurus lg. Em, tggi maqam cinta ilahi. Cm dh khatam je Tasauf Moden. Bila nk kasi blk? :)

-aeisyulillah,
Abg stuju dgn dua statement. Satu, cinta pas. Lg satu, cinta pas kahwin :)

Pemuda Tawau said...

Cinta tak salah.. tapi bagaimana kita nak kendalikannya tu yang kena betul...


Pemuda Tawau @ http://pemuda-tawau.blogspot.com

Unknown said...

cuba minta ust hasrizal jawab bab cinta Islamic, cukup bergaya jawapan ustaz masa forum tempoh hari, membenamkan habis niat dan sebarang alasan yang cuba dibangkitkan dan direka-reka oleh mereka yang berkaitan,. "over rate diri sendiri" banyak terdengar kesimpulan2 keinsafan oleh sahabat2 yg menghadiri seminar dan forum bersama ustaz hari tu. memang berbeza jawapan dan pandangan org yang arif tentang sesuatu perkara... kita raikan semua pandangan dan setiap pengkhususan... teringat satu ketika ana melabel budaya islamic couple sebagai virus perosak, seorg sahabat menegaskan itulah fitrah, jangan di lawan tapi perlu di kawal... kerana sahabat seangkatan juga insan biasa, kurniaan fitrah yang tidak lebih dan tidak kurang, persis insan biasa, kita jgn sekadar memblame tanpa tawaran penyelesaian yg boleh menjernihkan dan membuka option kpd mereka yang sedang di uji.. doakan sahabat2,.. sekadar pandangan... itulah pesanan ana kepada diri sendiri yang sebenarnya mempunyai sedikit sebanyak persamaan pendapat dengan akhi tentang masalah ni,.

nurilhakim said...

Salam all,
Syukran pd Pemuda Tawau n Tinta Srikandi..moga yg betul jd lonjakan bergerak ke ahdapan, dan yg silap jd sebab utk merenung yg di belakang..

myikhwanfiideen said...

Salam kerinduan..

''I fancy you'', lalu langsung dia mencium pipi saya. Esoknya dia menemui saya dan berkata "'I've dumped you''.

Nie makam tinggi tuan..=)

Anonymous said...

benar..

yang haram tetap haram, tak ada istilah Cinta Islamik..meminati seseorang tidak salah, itu fitrah..tetapi kewajiban kita adalah untuk mengawal fitrah agar ia tidak berubah menjadi fitnah..

cerita-cerita " Di atas sajadah Cinta", " Ayat-Ayat Cinta", mengingatkan kita tentang mendahulukan Cinta Pada Yang Esa..

Syaitan akan menyerang manusia dari pelbagai arah, kiri dan kanan, depan dan belakang..Couple Islamik hanya wujud selepas selesai Akad Nikah..

Marilah hayati cinta lelaki-perempuan yang telah digariskan syariatnya oleh Allah..kalau hendak merasakan keindahannya, hayatilah Novel Ayat-Ayat Cinta..hehe

nurilhakim said...

Salam all,

Syukran pd anonymous atas pandangan.

Untuk yang lain2, maaf bnyk andainya terkesan secara negatif dgn posting ini, atau dengan komen2 para pembaca. Semoga yang diperoleh ialah manfaat, dengan disisihkan sebarang unsur yang bersifat provokasi dan melulu.

Allahummahdina fi deenika..

nurilhakim said...

Oh, utk myikhwanfiideen,
Memang tahap tinggi tu..tinggi sket je dr keji. Maafkan zaman jahilku dulu dan zaman islahku hari ini :)

Nurul Athirah said...

hurm..
well, sesetengah perkara memerlukan penjelasan dan huraian seperti ini kerana pada awalnya saya agak pelik kenapa anta x menggalakkan saya utk baca ayat-ayat cinta tu..

skg..saya paham..
syukran ya akhi

nurilhakim said...

Salam all,
Afwan Athirah..begitulah hendaknya. Setiap lontaran disambut dan diamati sebelum berfikir samada hendak disimpan atau dilontarkan semula :)

'alia fasihah said...

salam 'alaika...
baru berpeluang menjelajah blog2 shbt2..
sedikit perkongsian..
benar cintaitu mengasyikkan, dan benar juga cinta itu fitrah..cuma terkadang, langkah yang tersalah aturannya membawa penagih cinta tu munagih cinta pada yg bukan hak nya.. bila berbicara soal couple, agak senang utk dicoretkan..cuma sejauh manakah keberkesanan langkah yang di ambil itu perlu diutamakan.. cinta tanpa hbgn yg sah, penemannya adalah musuh utama kita, Syaitan LaknatuLlah.. bibit ribdu ditiupkan, agar segala kekesalan dan keinsafan utk meninggalkan cinta itu tidak dapat diterjemahkan..ini lah bahaya virus cinta sebelum kawen.. Berpandukan pengalaman hidup, pesanan buat semua.. usahakan sedaya mungkin agar di hindari dr cinta sebelum kawen, kerana ia cukup menyeksakan.. bagaimanalah nk dpt keredhaan dan keberkatan Tuhan, sekiranya cinta lain diletakkan lebih tinggi daripada cintaNya di dalam hati?? Selamat merenung, dan berfikur kembali..barakaLlahu 'alaikum..

'alia fasihah said...

maaf, byk pula typing error..harap boleh difahami..wslm

aina :) said...

salam..saya follower abg yang baru..
saya amat tertarik dengan tajuk yang abg bincang kan..saya yang masih berusia 14 tahun juga mempunyai masalah dalam soal ini..terima kasih banyak kerana memberi info terbaik , input input yang abg bagi amat berguna untuk saya dalam masalah yang saya hadapi sekarang ini....saya nak tanya..apa pendapat abg tantang soal abg dan adik angkat yang berlainan jantina?..maaf sekiranya saya menyusahkan abg..yalah saya kan follower baru..maaf ya..saya harap abg dapat bantu saya dengan soalan saya ini ya..wassalam..

nurilhakim said...

Salam kenal pada Aina. Pertamanya, pohon maaf lambat respon, baru balik daripada musafir.

Soal cinta adalah perbincangan evergreen di kalangan remaja. Bagaimana ia dibentuk dan dihayati, biasanya akan bergantung pada daripada siapa maklumat diperolehi. Pendapat peribadi mengatakan dalam henyakan akhir zaman, sangat susah untuk mengaku bercinta sambil menjaga segala batas yang ada, bilamana gambaran cinta yang dihidangkan kepada kita selalu sahaja membawa diri semakin jauh daripada Allah. Jarang sekali kisah cinta Rasulullah menjadi pedoman, tetapi lebih kerap cinta pelakon dan artis yang menjadi teladan. Untuk yang bersekolah, nasihat mudah saya, jangan bercinta. Tanpa matlamat yang jelas, ia dengan pasti jatuh HARAM.

Isunya sama soal abang dan kakak angkat berlainan jantina. Pemerhatian saya dan pengalaman mengajar di beberapa sekolah, mengatakan ia tidak membawa apa-apa faedah selain faedah yang boleh diperolehi daripada rakan sebaya atau lebih dewasa yang sejantina. Kalau boleh memilih jalan mudah, kenapa sengaja mengacah diri ke dalam api neraka?

Saya sangat sayang dengan generasi muda, dan sangat takut sekiranya mereka terjebak dengan perkara-perkara yang merosakkan zaman muda mereka. Tangan yang mahu menarik keluar daripada bahaya, berjuta kali ganda lebih sedikit daripada tangan yang menraik kepada bencana, justeru tangan yang paling kuat dan selamat, ialah tangan sendiri.

Semoga hati kita dibuka untuk menagih cinta Allah dan cinta Rasulnya. :)

nurilhakim said...

p/s: Saya cadangkan Aini untuk membaca artikel-artikel tentang cinta di laman www.Saifulislam.com. Pasti lebih bermakna dan mengenyangkan, insyaallah.

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan