:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Saturday, March 5, 2011

'Ayat-Ayat Cinta' - The Damascus Chronicles

Tuppp!!

Sebuah lagi 'peluru berpandu' menjunam dari langit. Hampir mengenai telingaku. Mataku langsung memandang ke atas, melilau-lilau mencari si pelaku. Kedudukan rumah kami di tingkat bawah memang selalu menjadi mangsa buangan sampah, air dan segala sisa dari penghuni apartmen atas. Tetapi warkah ini, bukan yang biasa. Warkah ini daripada 'seberang'. Aku membongkok, mengutip bungkusan tersebut dan meletakkannya ke atas meja, lalu meneruskan kerja membasuh sahah. Hendak dibiarkan, takut basah dan mengoyakkan rasa sang pelontar tanpa perlu. Hendak dibaca terus, jual mahal. Selesai kerja, bungkusan dibawa masuk ke dalam rumah dan dibuka. Kali ini kertas putih ditarik graviti dengan bantuan sepotong batoto.

Sudah! Warkahnya makin menjadi-jadi. Kalau sebelum ini hanya pinta untuk berkenalan, melepaskan rindu pada tanah air. Kali ini sudah pandai ber'sayang'. Acuh tak acuh, aku meletakkannya bersama himpunan warkah yang sebelumnya, dan terus memakai tuala untuk bersiap ke Maktabah Al-Asad. Ah, baju bersih lupa diangkat pula. Dengan tuala dan t-shirt, aku sekali lagi keluar ke belakang rumah, menerjah dingin pagi. Sedang sibuk meraba-raba memilih pakaian yang sudah kering, tiba-tiba hati menggamit untuk memandang ke atas. Persis seruan munsyid top Fares dalam lagu Albi Nadak;

Yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
Yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
Yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
We ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
Wa 'omri fadak.

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya.

Nah! Seorang gadis Indonesia mengintai-ngintai daripada jendela rumah atas. Dia tersenyum sayu. Hatiku berdegup makin kencang, langsung menimbulkan seribu macam persoalan. Adakah dia butuhkan pertolongan? Mungkinkah tuannya tak memberi makan?Apakah dia kangen dan langsung tak punya teman? Adakah episod baru Ayat-Ayat Cinta akan terukir di Damascus kota tinggalan zaman???



Kisah ini adalah adaptasi daripada pengalaman sebenar penulis di Kota Dimasyq, disensasikan pada penulisan, tidak diubah pada kebenaran, sebagai mukaddimah dan pembuka selera kepada penulisan seterusnya bertajuk 'Anak Indonesia Itu'. :)

8 comments:

Anonymous said...

waduh, udah ada calon bininya, Tunggu apa lagi Mas nadir!

Nanti bila lo balik ke jakarta jangan lupa dikenalin sama kami di sini orangnya.

Wah, udah deh.

inksensei said...

Waduh, jgn lupa bakal zaujahmu semestinya org Sabah, bkn begitu cita2mu? Tempat cintamu jatuh itu kan bro.

Tapi yg empunya badan & hati itu kamu, bisa aja buat mana yang terbaik...yg penting istiqamah dgn pengajianmu, perjuanganmu, Islammu.

*Huhu,,, (itu semua ujian bro...ujian yg menarik, huhuhu...)

Take care bro =)

JeF said...

mantop nadir...
akhirnyaa...

Unknown said...

Wow! C'=

bayugunung.blogspot.com said...

Kalau nadir pilih d sana, apakata disini...?

nurilhakim said...

Haha.Melayu2.Pantang sensasi,terus jadi Indon semua lho.Jangan bimbang.rumah kami jejakanya lapan bukan seorang.Lagipun bukankah pada lelaki punya empat ruang? :)

Saja tulis ni.Dapat ilham bila sorang budak dari Cina tegur dlm klas bhasa arab,

"Kamu dari mana?Malaysia?Bukan Indonesia?Kamu tahu cerita cinta di Mesir tu,Cinta ke namanya..Ya,ya!Ayat-Ayat Cinta!!Haza qissoh jayyid jiddan!!"

Hmmm..bila pla filem tarbiyyah Malaysia nak dikenali peringkt dunia..

Unknown said...

waduh-waduh mas..mcam filem AAC uda..moga perlindungan ALLAH sntiasa b`sama mas..

AnYsSo PoTaTo PeAcoNut said...

Waah!..Nampaknye..abang Nadir ade peminat.. hehehe...

~budak yg suke pulang dari asrama :)

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan