:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Monday, January 25, 2010

Azrul dan MPP


Baru sekejap tadi saya bertemu dengan Saudara Azrul Ibrahim mantan Presiden MPP di Rapat Umum calon-calon umum Pilihanraya Kampus sesi 2009/2010 di Kolej Kingfisher. Beliau bertegur sapa dan mencubit pipi saya, mungkin sindiran halus kepada saya yang semakin 'sihat'. Saya menyatakan kepadanya bahawa tidak lama lagi beliau juga akan bertambah sihat, lantaran sudah terlepas daripada amanah berat mengemudi bahtera MPP.

Saya telah mengenali sosok tubuh beliau sejak berada bersama-sama beliau di dalam kepimpinan MPP sesi 2007/2008, di mana beliau memegang jawatan Exco Kepimpinan dan Latihan sementara saya memegang kerusi EKSAH. Secara asas Saudara Azrul mempunyai gaya kepimpinan yang baik, mudah mesra dan disukai oleh mereka yang didampinginya, malah beliau seorang yang berprinsip dan mampu membawa halatuju organisasi.

Belakangan ini beliau dikecam oleh sesetengah pihak yang mendakwa bahawa beliau dan barisan kepimpinannya telah gagal melaksanakan tugas sebagai MPP, walaupun dalam keadaan telah di'mantankan'. Secara peribadi, saya merasakan bahawa dakwaan tersebut bukanlah dakwaan yang 100% berasas, malah saya yakin bahawa Saudara Azrul dan beberapa orang MPP lain telah berhempas-pulas menjadikan UMS sebagai institusi yang lebih baik daripada semalam. Cuma, pada pemerhatian saya ada beberapa punca 'setback' pada sesi lepas yang boleh diambil iktibar oleh kepimpinan yang akan datang,

1. Perlunya dipupuk semangat cinta dan kebersamaan dengan organisasi

Organisasi MPP yang lepas tidak dapat beroperasi sebagai sebuah ketumbukan yang kuat apabila tiada idealisme yang membumi diserap dan dihadam oleh kesemua anggota persatuan. Justeru itu kepimpinan Saudara Azrul tidak didokong oleh keseluruhan ahli MPP, malah terdapat kelompok yang melakukan kerja dengan sambil lewa dan tidak menjaga nama baik organisasi.

2. Prinsip yang tidak bersandar pada 'non-beneficial entity'

Pembawaan kepimpinan Presiden pada sesi yang lepas adalah sesuatu yang jelas, cuma masalahnya pada sesetengah masa prinsip yang didokong terpaksa ditundukkan mengikut kemahuan pihak-pihak tertentu. Presiden melalui pengalaman di dalam sesi MPP terdahulu bahawa misalnya, dalam menangani isu hiburan yang melampau, jalan perbincangan dengan penganjur konsert, malah dengan pihak HEP adalah jalan yang pernah dirintis dan tidak mendatangkan hasil. Sepatutnya bagi menangani isu-isu seperti itu memerlukan kepada anjakan dan cara baru, yang mampu membawa perubahan, misalnya dengan menghantar memorandum kepada pihak yang lebih tinggi, sebagaimana yang dilakukan oleh mahasiswa KAL untuk menyelesaikan masalah air di Labuan, yang ternyata mendatangkan kesan positif.

3. Tiada usaha konstruktif melatih dan melahirkan kepimpinan baru

Kemenangan begitu banyak kerusi tanpa bertanding menandakan suasana politik kampus yang semakin hambar, walaupun dengan kehadiran junior yang dibenarkan bertanding, lantas menjadi suatu penanda aras tentang kesedaran mahasiswa terhadap kepentingan memimpin dan melakukan perubahan. Jelas sekali bahawa mahasiswa masih berada di tampuk lama, hanya pandai bercakap dan mengadu, kemudian pulang ke bilik menyambung permainan 'Dota' dan 'Sims' sementara menunggu pihak lain bersusah-payah mengurus permasalahannya.

4. Gagal meninggalkan kesan kepada jiwa masyarakat

Kegagalan ini bukanlah kegagalan yang berlaku pada sesi Saudara Azrul sahaja, malah ia adalah kegagalan yang diwarisi secara turun-temurun. Belum ada sesi kepimpinan MPP yang dapat berkhidmat secara terus kepada masyarakat, menyelesaikan satu-satu isu besar secara 'heads-on' atau meninggalkan kesan intelek yang mendalam terhadap masyarakat. Program-program kebajikan dan kesedaran yang dilakukan hanyalah bersifat 'touch and go' semata-mata.

5. Pimpinan mahasiswa yang berfikiran sempit dan cetek

Juga suatu penyakit yang diwarisi, majoriti kepimpinan mahasiswa UMS adalah kelompok yang tidak gemar membaca, malas menelaah bahan ilmiah dan dangkal di dalam pengetahuan isu semasa dan iktibar sejarah. Ia dibuktikan melalui ucapan-ucapan wakil pelajar dan idea-idea yang ditampilkan apabila mewakili institusi di dalam program seperti Suara Siswa dan sebagainya.

Apapun, saya merakamkan penghargaan tertinggi kepada Saudara Azrul dan teman-temannya di dalam MPP, juga kepada kepimpinan mahasiswa di peringkat JAKMAS dan sekolah yang telah bekerja (baca:yang telah bekerja sahaja) untuk mahasiswa. Saya yakin beliau adalah bayangan kepimpinan negara pada masa-masa akan datang, lantaran imej dan aura kepimpinannya yang masih segar biarpun setelah menamatkan tempoh perkhidmatannya (walaupun tadi beliau berselipar jepun di majlis rasmi (",)). Saya cukup alergik melihat segelintir mantan MPP sesi yang lepas yang langsung tidak menampakkan kredibiliti kepimpinan dengan alasan telah bersara, dengan pakaian yang tiada 'izzah dan akhlak yang kurang menyenangkan. Sesungguhnya perjalanan di dalam MPP sepatutnya melahirkan output yang lebih baik daripada input yang masuk, lalu menjadi bukti bahawa kepimpinan yang pernah ditunjukkan bukanlah lakonan semata-mata, tetapi karisma dan kemampuan yang lahir daripada diri sendiri.

Saya optimis untuk bertemu semula Saudara Azrul dan mantan kepimpinan mahasiswa yang lain di Parlimen atau Dewan Rakyat suatu hari nanti, samada kita berada di barisan yang sama atau di dalam pakatan yang berbeza.

'Perjalanan membantu ummah melalui MPP baru berakhir, tetapi perjalanan mengukir sejarah di dunia baru sahaja bermula.'

Blog Saudara Azrul boleh dilayari di [sini].

1 comment:

Anonymous said...

Salam. Entah la..bukannya buruk sgt dia tu. Cumanya, dah mmg kita suma tau kan..nobody is perfect. Yg mantan ne pun apa kurangnya. Berjanji tak kena tempat. Mulut manis bila berkata..buat janji dengan orang ikut suka..tp, buatnya tak ada. Buat benda pun KADANG-KADANG tu cuma kerana nak cari nama. Bila orang tuntut apa yang dikata atau point out kesalahan yang dia buat..mulalah keluar hukum agama. Hukum agama tu panduan, bukan benteng tuk tutup kesalahan. Pelik-pelik.. Apa kehalnya, dia boleh-boleh lupa pada orang-orang yang bantu dia capai apa yang dia ada?? Ntah apa kena dengan dia.. Tapi, mmg tak dinafikan juga yang dia ada juga buat benda baik selama dia pegang itu jawatan. Cumanya, mungkin sebab pembawaannya selalu salah..tu lah yang jd masalah. Harap2 dia berubah. Jadikan kritikan masa ini untuk pedoman di masa hadapan..perjalanan dia masih jauh. Cita-citanya tinggi tuk mengapai awan. Apa-apapun, saya doakan dia berjaya.. Ikhlas.. Amin

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan