:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Monday, May 25, 2009

nurilhakim Goes Solo...


nurilhakim akan menukar cara kerja selepas pada ini dan menumpukan kepada atau merancang gerakerja solo. Ini berikutan cara kerja sedemikian yang lebih berkesan dan fleksibel. Kepada yang berminat mengetahui gerakerja dan mengikuti gerakerja nurilhakim bolehlah berhubung dengan beliau. Individu yang berminat menggunakan khidmat nurilhakim diminta membuat makluman sekurang-kurangnya tiga hari awal. nurilhakim akan memilih untuk melaksanakan gerakerja solonya sekiranya terdapat pertindihan antara gerakerja solo yang dirancang oleh nurilhakim atau gerakerja yang memerlukan nurilhakim tetapi dimaklumkan lambat. Ini juga adalah latihan yang baik untuk mengajar semua pihak berorganisasi. nurilhakim akan sentiasa juga meminta bantuan dan sokongan orang-orang terdekat sekiranya dirasakan perlu. Semoga pergantungan nurilhakim kepada Allah akan meningkat dan semua pihak mendapat manfaat daripada anjakan ini, selain meningkatkan potensi diri nurilhakim.

Syukran jazilan kerana mendoakan.

4 comments:

nur_Mahasiswa said...

Salam ziarah...

Solo bila perlu

Berjamaah pada yang berharap

ACHIK AIDIK'S ABDULLAH said...

Salam Perjuangan...gerak kerja MASJID sudah di maklumkan lebih daripada 1 bulan, harapnya tidak berlaku pertindihan...INSYAALLAH

semenanjung said...

apa maksud saudara 'going solo'? Solo as doing it alone like the lone ranger dalam gerak kerja jamaah? Atau solo ketika perlu kita solo tetapi berjamaah seperti mana wajib berjamaah...

I am anxious 4 a clarification...

nurilhakim said...

Salam ziarah..
Adalah maksud solo di sini lebih kepada meningkatkan keupayaan diri melahirkan idea, merancang dan mengurus gerakerja fardhiyyah secara lebih agresif dan berkesan.

Sejauh mana jangkauan dakwah di Sabah ini kayu ukurnya berapa ramai ahli masyarakat yg telah ditemui, berapa sekolah dan kampung telah ditembusi, berapa jiwa telah disentuh, dan sejauh mana kita telah merakyat.

Gerakan dalam kumpulan kecil lebih berkesan dalam gerkrja sedemikian, tanpa mengabai dan menyisihkan kepentingan berjamaah. Wallahua'lam.

p/s: Terima kasih kepada Azizul Julirin, Fanshuri dan Jubair yang menjayakan prog Mipanau-Panau hiti Ranau. Tenaga profesional antum mebuahkan 411 ahli KRU Ranau yg baru. Ponsikow togumu!

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

There was an error in this gadget

Kunjungan VIP:

Ilmuwan