:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Sunday, August 14, 2011

Peristiwa Ramadhan dan Relevansi Semasa


Intipati Kuliah Subuh Ihya' Ramadhan PPMS 2011

Penceramah : Ustaz Khalidi

Tokok Tambah : JK Pengisian Ihya' Ramadhan PPMS 2011

1. Saya tidak hadir ke sahur jamai’e kerana Nabi tak sebut sahur nasi lemak tapi Nabi sebut sahur dengan tamar.

2. Puasa tiga jenis (imam ghazali) – awam(hanya lapar dan dahaga),khawas (menahan semua benda dari benda yang membatalkan puasa), khawasul khawas (puasa para Nabi dan Rasul)

3. Nuzul Quran


- Bulan Ramadhan satu-satu bulan yang disebut dalam Al-Quran, dan adalah maklum bahawa apa yang disebutkan secara khusus di dalam Al-Quran mempunyai keistimewaan yang besar.


- Disebut juga diturunkan di bulan ini Al-Quran. Masyhur disebut Al-Quran diturunkan pada 17 Ramadhan (Nuzul Quran).


- Antara tanda Qiamat – Quran ditarik dari bumi.


- Matlamat membaca Al-Quran ialah penghayatan melalui tadabbur, bukan berlumba siapa paling banyak khatam.


- Quran diturunkan kepada Nabi secara berperingkat selama 23 tahun sedangkan Taurat, Injil dan Zabur diturunkan sekaligus. Tujuannya ialah supaya dapat diperhatikan apa yang telah turun sedikit demi sedikit. Adapun ayat yang melibatkan tingkahlaku individu, perlu cuba untuk diamalkan.


- Kemenangan umat terdahulu walaupun kuat berdepan mehnah, adalah berpunca kerana kuatnya berpegang kepada Al-Quran.


- Lalu usaha menjatuhkan umat ialah dengan menjauhkan orang Islam daripada Quran melalui Ghuzwatul Fikr (5S – Sex, Smoke, Screen, Sports dan Songs)


- Semua perkara disebutkan di dalam Al-Quran, sebagaimana kisah Tok Guru yang menjawab persoalan anak muridnya yang bertanya adakah diajarkan cara membuat roti canai di dalam Al-Quran, dengan menjawab ya dan membacakan ayat,




‘Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.’ (Al-Anbiyaa’ : 7)

4. Ghuzwah Badar Kubra


- Di dalam Surah Ali-Imran disebut peristiwa Badar. Diceritakan bagaimana Allah menolong ahli Badar. Dalam Al-Quran juga disebut ‘berapa banyak kaum yang sedikit mengalahkan kaum yang ramai’.


" Orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 249)


- Kerana itu setiap kejayaan jangan lupa disandarkan kepada Allah. Surah Al-Anfal juga antara surah banyak memberi semangat jihad. Jadi sila bacalah.

5. Fathu Makkah


- Peristiwa yang diatur rapi strateginya oleh Nabi, sehinggakan para sahabat termasuk Abu Bakar dan Aisyah pun tidak mengetahuinya. Juga dalam peristiwa ini disebutkan kisah Hatib bin Abi Balta’ah yang membongkar rahsia negara dengan mengutus surat kepada ahli keluarganya di Mekah.


- Rasulullah s.a.w mendapat wahyu tentang pengkhianatan Hatib bin Abi Balta’ah, lalu mengutus Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwam untuk bertanyakan kepada Hatib bin Abi Balta’ah tentang berita tersebut.


- Setelah Hatib bin Abi Balta’ah menceritakan perkara sebenar kepada Rasulullah s.a.w, lalu Umar bin al-Khattab meminta izin dari Rasulullah s.a.w untuk membunuh Hatib bin Abi Balta’ah.


- Maka Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah telah mengampunkan dosa-dosa orang yang menyertai perang Badar.


- Kerana itu dalam perjuangan perlu berhati-hati (hazar) kerana tujuan manusia berjuang macam-macam.


- Dalam peristiwa ini juga Abu Sufyan,sepupu Nabi memeluk Islam.

2 comments:

Bani Irwin said...

Semua perkara disebutkan di dalam "Al-Quran, sebagaimana kisah Tok Guru yang menjawab persoalan anak muridnya yang bertanya adakah diajarkan cara membuat roti canai di dalam Al-Quran, dengan menjawab ya dan membacakan ayat,

‘Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.’ (Al-Anbiyaa’ : 7) "


Terima kasih Abang Nadir, satu ilmu baru yang saya pelajari dan dijadikan sebagai hujah. =)

nurilhakim said...

Salam dik Bani,

Hebatkan Quran? Jom tadabbur banyak-banyak sempena malam-malam terakhir Ramadhan!

Siapa ada ayat Quran yang best untuk dikongsi? Kalau ramai yang sudi berkongsi, saya boleh kongsikan ayat penunduk / pengasih.. :)

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

There was an error in this gadget

Kunjungan VIP:

Ilmuwan