:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Tuesday, April 7, 2009

FFM di Sabah; Manfaat atau Laknat?

Masih ramai yang belum mengetahui bahawa bulan Ogos ini, tanggal 5-8 haribulan, Sabah dan UMS akan menjadi tuan rumah kepada Festival Filem Malaysia yang ke-22. Secara spontan, saya tentu sahaja membantah penganjuran festival tersebut, lebih-lebih lagi jika ia diadakan di kampus UMS tercinta. Walaubagaimanapun, sebagai mahasiswa yang dilatih berfikir, saya memilih alternatif membuat kajian berhubung isu ini guna mengambil kira pandangan semua pihak. Hasil daripada kajian ini akan saya gunakan untuk membawa isu ini menguasai segenap ruang media massa, agensi badan bukan kerajaan, badan politik dan semua saluran yang ada untuk membawa suara yang telah diresolusikan bersama. Justeru, yang saya harapkan dari pihak pembaca ialah respon dan pandangan berhubung penganjuran festival ini di Sabah dan UMS, bagi membantu kajian saya. Sokongan anda diharapkan, dan didahului dengan lafaz terima kasih.

p/s : Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung FFM, layari [link]

6 comments:

Anonymous said...

SELAMAT PAGI buat mahasiswa d ums dan jga saudara nurilhakim..berkaitan isu FFM..bangganya pihak UNIVERSITI MALAYSIA SABAH..pndpt saya,mereka boleh dikatakan zalim pada anak2 muda yang sepatutnya berada d universiti untuk dihidangkan dengan ilmu TETAPI..HIBURAN YANG disuapkan..FFM d UMS TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN..NAMPAK GAYANYA tuan, UMS SEPERTI ADA agenda lain je ni..ISH ISH..merosakkan mahasiswa..SAYA BERSETUJU DENGAN TUAN..MEMBANTAH FFM D UMS!!!!!!.
KALAU NAK BUAT PUN..BUATLAH DI TEPI2 PANTAI KE..KAT MANA MANA PUN BOLE..ASALKAN JANGAN UNIVERSITI..malang sungguh kerajaan nanti..tapi pelekk..KERAJAAN PUN SOKONG,PIHAK UNUVERSITI PUN SOKONG???!!..di mana pemikiran mereka mereka ini ??

Anonymous said...

nasihat kepada yang membantah jangan sesekali pergi ketika berlangsungnya majlis itu nanti...duduk di bilik dan study k...
ntah la nak stuju ke membantah ke ia tetap akan diadakan...jd solutionnya ialah yg mana tak stujue jangan sesekali pergi dan pujuk kawan2 study dibilik jer...

Anonymous said...

Sudah pasti bukan manfaat. Budaya hedonisme di UMS semakin melampau. Banyak sahaja kemudahan di UMS berbanding di tempat lain. Salurkan pada yang sepatutnya, meningkatkan masyarakat yang intelek bukan 'menelek' wajah2 artis yang tak tentu lagi menjamin periuk nasi mahasiswa UMS.
Sad- lahirnya generasi pelapis yang tak berguna hasil dari sistem yang melampau.

Anonymous said...

ape slah nyer ffm nie... aku rasa ia memberi manfaat... mahasiswa kini dah matang... reti untuk berfikir... jd soal kesan negatif yang bakal timbul aku x rase ia akan memberi impak yg besar kat pelajar ums... malah ia akan menaikkan semangat dalam diri pelajar2 ums yg lesu skrg nie... usah lah kite bersikap pesimis... ini realiti dimana mahasiswa kita kini lesu... tgk lah universiti lain, tidka seperti mahasiswa kita... ini mungkin disebabkan mahasiswa ums hanya berlandaskan pelajaran semata2... bukan lah aku nk menidak kan yg pelajaran itu penting, tp sedar la kte, bahawa pelajaran semata2 tidak akan memberi 100% yang peljar tu lengkap dgn ape yg diperlukan dunia...

slain itu aku nk komen ckit... kalo nk bantah pelaksanaan majlis nie, knape kite x bantah majlis2 dan pesta2 mcm pesta angpau tu?? malam kebudayaan?? itu semua hiburan jga, malah ade lagi pertunjukkan menari2 yg klo pemikiran sempitnya "melalaikan"... jadi knape kite laksanakan aktiviti mcm tu?? batalkan jer semua program2 dan pesta2 kat dalam universiti sbb itu sume hiburan yang melalaikan, x begitu??

aku nmpk byk kbaikan nyer ble ffm nie dibuat kat ums... sudahlah sabah dan ums nie jauh sepi dari dunia pendidikan malaysia... kalau pergi semenanjung, tnya la siapa pon, ape itu ums ble ditanya... nampak sgt yg org lain x tau ape itu ums... jd dgn ada nye majlis besaran mcm nie, rakyat malaysia khususnya akan buka mata dgn kebolehan ums... dari segi pelajar2 ums dari sekolah seni yang bakal menunjukkan persembahan... malah kemudahan yg kte banggakan dpt org luar nmpk... ini sume dpt naikkan martabat ums yg sepi dari dunia pengajian tinggi malaysia... x begitu??

kalau tgk universiti lain contoh nyer, mcm usm... ffm pon ade buat kt sna, tp xde pon spe nk kcoh?? nape peljar ums je mcm kolot sgt?? usm satu2 nya uni apex n diiktiraf di dunia, xde pon mslh dlm menganjurkan majlis tu... so ape nk kecoh?? open ur mind ckit...

Pookey Mark said...

LAIN KALI MINTAK SEMUA UNIVERSITI HARAMKAN TERUS KURSUS2 YANG BERSANGKUTAN DENGAN PERFILEMAN...

FFM MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA KRU-KRU DI SEBALIK TABIR...BUKAN HANYA ARTIS...JUST FOR YOU INFO..

Anonymous said...

dah selesai pun kan FFM.
dr awal saya tak bantah even ni di buat di DC UMS kita. Dan, saya seconded anonymous yg ke3 tu komen. kita -jgn terlalu pesimis - jgn jadi umat yg kolot - jangan jadi pelajar yg jumud minda - dan kalau nk bantah apa2 majlis pun tgok rasional dan relevennya dengan dunia sekarang.
Bagaimana untuk kita memanipulasikan dunia hiburan untuk kepentingan lain. 'Mahasiswa' <-- perkataan ini sudah cukup utk menunjukkan gelaran pada golongan yg mempunyai akal yg tinggi utk berfikir, jd sejauh/sekuat mana pegaruh budaya yg tak dirasakan tak baik untuk diri sendiri sudah pasti mahasiswa sendiri seharusnya tahu bagaimana mengawal diri sendiri bukan? :)

salam.

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan