:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Tuesday, March 30, 2010

Karnival PASTI Sepanggar 2010

27-28 Mac 2010 lepas PAS Sabah sekali lagi mencoret sejarah apabila PAS Kawasan Sepanggar dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar berjaya melaksanakan Karnival PASTI Kawasan Sepanggar. Buat julung-julung kalinya, program tersebut menggabungkan pelbagai aktiviti menarik, antaranya Malam Kesenian Islam, acara sukaneka dan perbarisan PASTI, rawatan kesihatan percuma, kursus perubatan Islam, gotong-royong memasak bubur lambuk dan pameran daripada badan-badan rasmi parti. Melibatkan sekitar 300 pelajar dari 6 buah PASTI dan kira-kira 500 ibubapa dan penduduk tempatan, program tersebut berjaya membuka mata tetamu yang hadir betapa penghayatan ilmu dan budaya akhlaq mulia yang dipupuk ke dalam jiwa pelajar PASTI adalah sesuatu yang bersifat ikhlas dan bukan olok-olokan. Selain dilatih dengan daya ketahanan melalui aktiviti lasak yang diadakan, anak-anak PASTI sentiasa diajar agar menitikberatkan sportmanship dan kesungguhan dalam tindakan.

"Apalah mak dia tolong tarik. Ingatlah hantar anak ke sekolah PASTI bukan untuk ajar main tipu," ialah antara cetusan menarik yang kedengaran dari bibir ibubapa pelajar PASTI yang berbangsa Cina dan bukan beragama Islam apabila melihat ada ibubapa pelajar yang cuba membantu anaknya di dalam acara tarik tali. Ia merupakan bukti bahawa PASTI sudah menjadi institusi pendidikan pra-sekolah yang diyakini dan telah mendapat tempat di hati masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

Mengulas perkara tersebut, Saudara Anuar M. Ali, Pengarah Karnival PASTI Sepanggar apabila ditemuramah berkata,"PASTI telah lama mengorak langkah dan kini menjadi pilihan pertama pendidikan awal kanak-kanak. Malah, ia dapat menandingi institusi pendidikan lain seperti Tadika KEMAS walaupun ia percuma. Malah, PASTI Sabah telah menjadi sangat sinonim dengan pelajar-pelajar bukan Islam. Ini satu petanda yang baik bahawa masyarakat Sabah sudah matang dan mampu berfikir memilih yang terbaik untuk masa depan anak-anak mereka."

Antara acara yang dipertandingkan pada kali ini ialah acara membawa bola ping-pong di dalam sudu, acara mengisi air di dalam botol, acara lari berganti dan sebagainya, selain acara tarik tali untuk para bapa dan remaja dan acara memasukkan benang ke dalam jarum untuk para ibu. PASTI As-Salam Taman BDC Kolombong muncul sebagai juara keseluruhan dengan memenangi 5 acara.

Program seumpamanya diyakini mampu dijadikan wadah mengikat silaturrahim antara guru-guru, ibubapa dan pengurusan PASTI serta masyarakat setempat, selain menjadi medan memupuk ukhuwwah antara jentera-jentera parti seperti Unit Amal dan Nisa' yang bertungkus-lumus menjayakan program.

No comments:

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

There was an error in this gadget

Kunjungan VIP:

Ilmuwan