:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Friday, December 18, 2009

Bagaimana Menyentuh Hati - Hadiah Maal Hijrah

Salam maal hijrah, hadiah buat teman-teman di jalanNya, kaedah dan sentuhan untuk sang hati yang mahu kekal istiqamah, Bagaimana Menyentuh Hati oleh Syaikhuna Abbas As-Sisi. Dapatkan di ruang Bahan Ilmiah, kotak Ilmuwan.

Tugas seorang da'i seperti tugas seorang pengajar dan dokter yang akan
memberikan ubat sesuai dengan penyakit yang diderita oleh pesakitnya. Tidak
masuk akal kalau semua pesakit diberi ubat yang sama, kerana penyakit mereka tentu
berbeza-beza satu sama lain.

Pengajar dan doktor adalah da'i yang paling berjaya, jika mereka bersedia
melakukan pekerjaan itu dengan didasari keimanan kepada Allah dan untuk
menegakkan agama-Nya. Didasari oleh alasan inilah, para misionaris dalam
memerangi dunia Islam memusatkan perhatian mereka pada universiti-universiti
dan rumah sakit-rumah sakit, serta menyalurkan berbagai bentuk bantuan.

Tugas pengajar adalah menghayati hati dan pola pemikiran siswa, lalu
membimbing mereka sedikit demi sedikit, sehingga tujuan yang hendak dicapai dapat
terlaksana, sedangkan tugas doktor adalah menghapus penderitaan pesakit dengan
kata-kata yang dipenuhi keimanan dan memberikan ubat yang sesuai.

(Petikan kitab)

Yang membaca tidak akan mendapat manfaat. Hanyalah yang mengamalkan akan beroleh sesuatu. Selamat beramal.


4 comments:

tqa said...

salam... saya seorg pelajar perubtn...baru satu semester dan tidak ada cuti... 5 tahun 5 bulan di sini...kadang2 sedih tapi niat kerana Allah saya teruskan...di sini juga ada usrah tapi di antara muslimah sahaja ..masalahnya..usrah d tmpat saaya tidak bermaksud untuk menambah kan ilmu tetapi kebanyakn hanya perbualan kosong yang tidak berfaedah...saya ak faham adakah usrah yg begini juga mmberi manfaat atau tidak?? patut ker saya hadiri atau tidak??

nurilhakim said...

Salam saudari tqa,
Maaf atas kelewatan respon.
Saudari di kampus mana? Mungkin ada sahabat2 saya di tempat saudari yg dapat membantu.

Pertimbangan samada saudari harus terus berusrah atau tidak perlukan kepada penelitian yg lebih. Barangkali usrah tersebut tidak mempunyai nilai ilmu tetapi mempunyai nilai ukhwah, atau tidak membawa kepada pertambahan ilmu tetapi sekurangnya mengikat saudari dengan mereka yang mempunyai kesedaran utk Islam dan menjauhkan diri dari kemungkaran. Kita pulangkan pada saudari yang mengikuti.

Apapun, pasti dan pasti ada balasan baik untuk saudari yang sentiasa mempunyai keinginan berterusan untuk bersama-sama dengan agama Allah,insyaAllah..

Jangan berputus asa, Allah bersama saudari ;)

cintakanmati said...

salam..sy remaja..sy melihat iklim muslim masa kini mengalami musim yg agak liberal..jd ada 2 soalan yg sy nak tanya ni, 1-mslh kapel kian menjadi2...adakah kapel membawa mslh 100% pd diri, rakan2 n msyrakat? 2-jika begitu, apakah tindakan wajar dr kt mengikut alQran n Sunah?

nurilhakim said...

Salam cintakanmati,

Nickname yg cukup baik mengingatkn kepada penyakit wahn, penyakit akhir zaman sebagaimana disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis masyhur Huzifah Ibn Yaman.

Cinta sebagi suatu fitrah tentu sekali tidak hadir secara automatik sebagai musibah dan bala kepada umat,tetapi bagiman ia disalurkan yang menjadi pokok permasalahn. Khususnya dalam era banjiran novel Islami di pasarn, ramai tertipu dengan istilah 'couple islamik' bila agenda cinta dihalalkan dengan mengabaikan aspek2 lain dalam kehidupan 'role model' cinta novel2 berkenaan.

Pandangan saya ia amnya masalh yang agk besar bila mengukur keperluan wang, masa dan kemahiran remaja khusunya di Sabah disalurkan kepada perkara2 yang jauh lebih bermanfaat,misalnya:

masa membaca novel vs masa membaca buku haraki dan dakwah,

wang sms cewek vs wang transport ke tempat program,

masa memikirkan usaha dakwah vs masa memikirkan masalh cinta,

rindu kepada pasangan vs rindu kepada Allah.

Pesan saya, sibukkan diri dengan dakwah dan terjunlah kepala dahulu ke lapangan masyarkt, justeru cinta kepada Allah akan hadir dahulu, insyaAllah.

Wallahu ta'ala a'lam.

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

There was an error in this gadget

Kunjungan VIP:

Ilmuwan