:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Tuesday, June 15, 2010

Jemaah Perikanan

Menghabiskan tempoh Latihan Industri di Bahagian Sosioekonomi Jabatan Pertanian Sabah ibarat menyertai jemaah baru. Jemaah Perikanan. Setiap masa kerja dan usaha kelompok ini adalah untuk memulihkan ekonomi masyarakat miskin tegar Sabah khususnya masyarakat nelayan. Malah usaha mereka kadangkala lebih hebat daripada kelompok ahli jemaah yang mendapat tarbiyyah formal. Kerja tanpa henti, merantau ke seluruh Sabah dan bekerja dengan gaji minima menjadi kebiasaan mereka, tanpa banyak merungut dan mengeluh. Hampir setiap hari dalam 4 minggu terawal bersama mereka dihabiskan dengan memproses borang untuk Program Peningkatan Pendapatan Nelayan di seluruh daerah Sabah. Menyedihkan dengan fakta yang menunjukkan betapa masih ramai penduduk bumiputra yang hidup jauh di bawah paras kemiskinan, terutamanya di daerah Beluran dan lain-lain daerah pantai barat, sedang 98% daripada mereka beragama Islam.

Beberapa minggu seterusnya akan dihabiskan bermula di Semporna-Kunak-Tawau-Lahad Datu sebelum bermatautin seketika di Pulau Omadal, Semporna. Mudah-mudahan ada manfaatnya kepada diri dan kepada penduduk di sana. Jemaah perikanan, selamat maju jaya. Kalaulah kalian dapat bersolat setiap waktu tentu kalian jauh lebih mulia daripada sebahagian besar mereka..

Pulau Omadal, menanti dan dinanti..(gambar hiasan, kredit kepada tukang ambil)..


3 comments:

lily_lolypop said...

dpt bersolat setiap wktu?
knp uat statement cmtuh?
xsolat ke mereke?

ToiB said...

to lily.
daripada apa yang saya tau daripada pengalaman senpai sebelum ini, kebanyakan mereka x solat. tapi itu adalah presenting problem. teh real problem is dorang sebenarnya x tau kenapa mereka harus solat. adakah semata2 kerana mereka Islam lantas mereka perlu solat? masalah yang lebih mendasar ialah, mereka x dapat hubungkan siapa Allah dalam hidup mereka.

situasi yang sama saya lihat d bumi sakura ini. gembira kerana melihat nilai-nilai Islam yang diamalkan oleh orang jepun. sangat indah dan tenang melihatnya. tapi sedih dan sangat sayang, mereka bukan muslim.

memetik kata-kata Syeikh Muhammad Abduh yang mahsyur,“Aku ke Paris dan kutemui Islam tanpa Muslim. Kupulang ke Mesir, kutemui Muslim tanpa Islam”. mungkin ayat yang sama akan dituturkan sekiranya beliau sampai ke jepun.

saif said...

Keadaan yang sama berlaku di tempat ana. Bagi mereka Kewajipan solat bukan keutamaan mereka. Mencari nafkah itu lebih utama walau terpaksa meninggalkan solat.

So, penyelesaian la yang perlu bukan sekadar memerhati. Kita mampu mengubahnya, bimasyiatillah.

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan