:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Sunday, April 11, 2010

Jom Dakwah SMK DPM Buka Hati Remaja

Program ringkas Jom Dakwah yang dirancang kepimpinan KRU Penampang yang baru sehari dua dilantik berjaya menggugah rasa dan menghidupkan semangat berdakwah bermula dengan diri sendiri di kalangan pelajar asrama SMK Datuk Peter Mojuntin yang menjadi peserta semalam. Melalui tiga slot utama, iaitu Slot Pengembaraan Alam Maya dan Tujuan Kehidupan, Slot Tangisan Taubat Daie dan Slot Praktikal: Kenapa Dakwah yang masing-masing dikelola oleh Saudara Nadir, Saudara Amin dan Saudara Fadlan dari PSS Kota Kinabalu menyedarkan peserta betapa kehidupan yang mereka lalui punya matlamat dan sasaran halatuju, yakni sebagai hamba dan khalifah seluruh alam.

Program lebih bermakana apabila melibatkan hampir 15 orang peserta kurang upaya (deaf) yang walaupun hanya memahami apa yang dikatakan melalui penterjemah, berjaya menyelami hasrat penyampaian pada malam tersebut. Malah, mereka bersungguh-sungguh menyanyikan lagu tema 'Menuju Wawasan' di hujung program dengan menggunakan bahasa isyarat.



Program tersebut merupakan usaha rintis membangunkan pelajar asrama SMK DPM sebelum diadakan Kem Remaja Islam 2 khusus untuk mereka, setelah Kem Remaja Islam 1 yang diadakan di sekolah sama pada bulan Mac lepas menampakkan kesan positif.

Tahniah DPM, tahniah KRU Penampang!

No comments:

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan