:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Saturday, August 6, 2011

Fizik Menjawab Kemelut Terbesar Ramadhan

Ramadhan telah tiba. Bulan Perubahan ini, sesetengah menanam tekad menjadi lebih warak daripada sebelumnya. Sekelompok memasakkan azam menambahkan satu dua amalan yang tidak dilakukan pada tahun lepas, dan sekelumit meyakini, inilah titik perubahan seluruh hidupku.

Gumpalan hasratnya satu, menjadikan Ramadhan ini lebih baik daripada Ramadhan lalu. Tetapi tidak semua punya upaya menggagahi syaitan terbesar yang terperuk di dalam diri, tidak diikat dan tidak ditali.

Saya sendiri, memulakan Ramadhan tidak sebagaimana yang diharapkan.

Hari pertama berpuasa, menolak jemputan berbuka oleh muwajjih (pendaftar di maahad), kemudian jemputan oleh teman usrah, semata-mata untuk merasai seronok berbuka bersama ahli bait. Sampai di rumah, kosong. Ifthar hari pertama, membelek sebiji dua kurma seorang diri, dan meneguk susu. Keluar rumah, bau masakan harum daripada rumah jiran dan suara keluarga ketawa ria berbuka bersama.

Selesai Maghrib, turun menunggu bas untuk ke lembah, menunaikan janji bersolat tarawih di Jami’ Bab Musolla bersama teman usrah. Setengah jam menunggu, bas tidak sampai hingga ke azan Isya’. Kecewa, solat di Jami’ Nablusi berdekatan. Terhimpit di celah remaja yang balik-balik sendawa mengeluarkan bau syawarma di kiri, dan pakcik mulut berbau rokok di kanan. Imam membaca dua muka setiap rakaat tarawih sehingga terketar-ketar lutut. Pulang, bercerita dengan sahabat-sahabat di tanahair yang sibuk mengatur program Jelajah Ramadhan tanpa saya seperti tahun-tahun sebelumnya. Dan seterusnya.

Hati-hati remaja Pitas yang disentuh Ramadhan lepas.
Mereka dilatih menjadi YB di kawasan sendiri.

Bukan sebaik permulaan, lebih buruk lagi macam-macam perasaan yang bergayut dan bergeyantangan lama selepas itu dan ini berlalu.

Kebanyakan manusia, sukar untuk mengubah gaya hidup di bulan mulia ini, melainkan selangkah dua kecil perbezaan yang akan ditinggalkan sebaik sahaja anak bulan Syawal kelihatan. Tidak dapat meninggalkan dosa, hati resah gelisah dan terjebak kepada perkara sia-sia, perkara biasa. Lalu saya cuba mencadangkan beberapa penyelesaian melalui fizik, meraikan anak-anak generasi sains tulin.

  1. Hati yang kosong, tidak boleh tidak akan tetap terisi, menepati konsep fizik, zarah mengisi ruang. Justeru hati yang tidak dipaksa isi oleh Al- Quran dan zikir, sunat tarawikh dan qiamullail khusus di bulan Ramadhan, akan automatik terisi oleh zarah malas, keinginan melakukan maksiat, buruk sangka terhadap Allah dan resah gelisah. Begitu juga ruang masa yang dibiarkan kosong, akan terisi dengan perkara yang cuba dielakkan. An idle mind, is the devil’s workshop.

Isi hati dan masa di bulan Ramadhan, Bulan Al-Quran dengan membaca dan mentadabbur ayat Quran, selain memperbanyakkan amalan sunat lain.

روى الإمام أحمد والطبراني (( الصيام والقرآن يشَفِّعان للعبد يوم القيامة، يقول الصيام: أي ربِّ منعته الطَّعام والشّهوة فشفَّعني فيه، ويقول القرآن: منعته النوم بالّيل فشفّعني فيه، قال :فيُشفِّعان))

“Puasa dan Quran adalah syafaat untuk hamba di Hari Qiamat, berkata Puasa : Wahai Tuhan, Engkau menegahnya (hamba) daripada makan dan syahwat, maka berikanku syafaat untuknya, dan berkata Quran : Wahai Tuhan, Engkau menegah nya (hamba) daripada tidur di waktu malam (untuk bersahur dan qiamullail), maka berikanku syafaat untuknya. Maka Allah berkata : Aku berikan syafaat kepada kedua-duanya.”

Budaya membaca Quran hidup di Syam termasuk di kalangan kanak-kanak.
(gambar curi dari Google)

  1. Konsep interferens memusnah menyebutkan, untuk setiap gelombang membina yang bertemu gelombang memusnah pada satah yang sama, ia akan terhapus. Begitu diajarkan kepada kita oleh Nabi dalam hadisnya :

روى التِّرْمِذِيُّ : عنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ بْنِ جُنَادَة، وأَبِي عَبْدِ الرَّحْمنِ مُعَاِذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَن رَسُولِ اللهِ صلّى الله عليهِ وسلَّم قالَ : (( اتَّقِ اللهَ حَيثُمَا كُنْتَ، وأَتْبِعِ السَّيّئةَ الحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وخالقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ ))

‘Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, ikutilah keburukan dengan kebaikan menghapuskannya, dan berakhlaqlah sesama manusia dengan akhlaq yang baik.’

Taqwa adalah guard pertama, tetapi bila terlajak, iringkan setiap dosa tersebut dengan taubat dan kebaikan bagi menghapuskannya.

Dosa (kecik) + Pahala = Suci

  1. Ramadhan di Syam, sinonim dengan istilah memukat. Memukat membawa maksud ‘solat tarawih dengan khusyuk dan ikhlas lalu menerima tabarru’ daripada pakcik-pakcik yang berdekatan.’ Kegiatan ini dilakukan di beberapa jami’ (masjid) terpilih, dan skil-skil mendapat ‘tangkapan’ yang banyak..tidak dikongsikan di sini. Dukacita akhir-akhir ini, kenaikan harga barang dan ketakutan rakyat untuk berhimpun menyebabkan hasil tangkapan pelajar Malaysia makin berkurangan. Keyakinan saya berhubung isu ini merujuk hukum gerakan Newton ketiga yang menyebutkan, bagi setiap objek yang bertindak ke atas sesuatu objek, akan ada daya yang sama bergerak menentangnya tetapi berlawanan arah. What you give, is what you get back. Ramadhan, bulan memberi, bukan bulan menerima!
Ceklat dan kurma untuk budak-budak di bulan Ramadhan.

Jom ubah Ramadhan kita, kerana iman akan sentiasa berada dalam keadaan pegun, atau bergerak (meningkat) dengan halaju malar, melainkan wujudnya daya yang bertindak ke atasnya! Siapa tahu, hukum Newton ke berapa tu??

Disclaimer : Penulisan ini belum ditahqiq oleh pakar fizik Dr. Syazwan Adzhar yang tidak kelihatan di radar.

Hadiah untuk bakal calon SPM, himpunan konsep dan teori fizik di sini. Bacaan umum tentang Islam dan Fizik di sini.

12 comments:

Anonymous said...

subhanallah...

Iqwan said...

Hahahaha hukum 1st n 2nd. Masih ada sisa2 ilmu fizik ek? atau mmg masih mngulang2? Mgkin diri ini dlm kategori golongan di awal perenggan n sdg maju slow huhu syukran ats entry ni bang=)

Hilal Azmi said...

best idea fizik hg!! btw aku mintak kebenaran utk aku kongsi dengan pembaca diseluruh alam siber yg ada. :D

nurilhakim said...

Salam anonymous.

Subhanallah.

Walhamdulillah.

Walailahaillallah.

Wallahuakbar.

Ulang 33x setiap kali lepas solat :)

nurilhakim said...

Salam iqwan,

Penulis mesti buat research sebelum menulis. Lama jugak ulangkaji fizik ni sebelum tulis. Tapi..tengok jawapan Iqwan,hukum 1st dan 2nd..abang perlu ulangkaji lagi ke Iqwan perlu mengulang? Haha.

Yup, kebanyakan kita masih dalam kelompok tu. Sebab tu dibagi nasihat-nasihat tersebut.

1.Isi masa dengan benda berfaedah justeru benda tak berfaedah xda ruang untuk masuk.

2.Kalau terbuat dosa ikuti dengan pahala dan kekalkan akhlaq baik dalam bermasyarakat, untuk delete dosa tu.

3.Apa kita bagi, itu kita dapat balik, sekadarnya.

Sama-sama! :)

nurilhakim said...

Salam Hilal!

Wah. Masih ada rupanya saudara. Hehe. Sila-sila. Kami menunggu Sedare Hilal menulis tajuk 'Ramadhan Daripada Sudut Pandang Sains Sekitaran' pula :D

Hilal Azmi said...

mesti la ada encik hakim... Cuma masih mencari idea untuk penulisan camni..ahahaha...

nurilhakim said...

Kena banyak tidur encik hilal. Kerana kebanyakan ilham itu datang daripada mimpi :)

Hilal Azmi said...

hahaha.. aku suka part banyakkan tidur nih...wahaha

nurilhakim said...

Begitu lah cik lal. Part tu smorang pun suka :)

durrotul_islam said...

salam syeikh..cegu fzk nk jwb nie..knfm la hukum newton pertama kan..erm syukrn ats perkongsian..

Namun Hukum gerakan Newton kedua juga ada menyatakn bhw kadar perubahan momentum adlh berkadar terus dgn daya paduan yg b'tindak ke atas objek itu pd arah yg sama dgn arah tindakan itu (F=ma)

Mudahnya, momentum KETAKWAAN yg ingin kt raih stlh berakhrnya bln Ramadhan hanya akn diperolehi jika berkadar trus dgn daya paduan diri (MUJAHADAH) dlm melaksanakn lambakn ibadh yg berterusan(istiqomah) x MUNAJAT yg berlipt kali ganda pd Yang Maha Esa.

TAKWA=MUJAHADAH(Istiqomah)x MUNAJAT

Moga2 setiap amalan yg kt lakukan mendpt nilaian di sisi Tuhan dan tidk akn berakhir seusai berakhrnya Ramadhan..Amin

Moga trus istiqomah :)

nurilhakim said...

Salam cikgu. Subhanallah. Terbaiklah,beza orang ada ilmu tulis dengan orang tulis ikut suka.

Terima kasih untuk formula baru itu.

Taqwa=Mujahadah x Munajat.

Ataupun nak dekat kepada Allah boleh juga formula tu.

F=MA atau A=F/M

A=Allah
F=Fastabiqul Khairat (kejar Buat Baik)
M=Maksiat

Lagi besar nisbah khairat kepada maksiat, lagi dekat kepada Allah, insyaAllah. :)

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan