Saya terkejut apabila dimaklumkan awal pagi tadi bahawa mesyuarat pengurusan semalam memutuskan bahawa UMS tidak akan dikuarantin. Sesi pengkuliahan akan berjalan seperti biasa dan program-program yang telah dirancang akan berjalan seperti yang dirancang. Barangkali jumlah 4 kes tidak cukup untuk menakutkan pentadbiran. Hairannya, tempat-tempat lain, seperti Sekolah Agama Menengah Inanam (SEMAI), yang ketara mempunyai pentadbiran yang lebih bijak, awal-awal mengkuarantin sekolah daripada dimasuki oleh orang luar walaupun belum ada kes yang dilaporkan.
Saya percaya keputusan yang dicapai semalam bukanlah keputusan sebulat suara, kerana desas-desus mengatakan bahawa ada pihak yang mempertikaikan tahap keselamatan dan langkah kurang bijak mengumpulkan mahasiswa UMS dengan pihak luar secara beramai-ramai dalam tempat tertutup seperti pada Malam Anugerah FFM-22. Pada saya, saya yakin Malam Anugerah tersebut merupakan antara titik pertimbangan yang besar kenapa UMS tidak boleh ditutup. Seperti yang disebut Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim, dalam sidang media FFM-22 di Novotel 1Borneo baru-baru ini, "Kita berbangga setelah menunggu hampir 21 tahun, Sabah menjadi tuan rumah bagi acara ini". Mustahil mudah-mudah sahaja acara gilang-gemilang tersebut hendak dibatalkan dengan sebab ancaman wabak H1N1?
Maka pilihan yang dibuat ialah membelakangkan kepentingan ramai, khususnya kelompok warga kampus yang kurang bijak menghadiri acara tersebut, dan menyerahkan segalanya kepada takdir. Kita tidak pasti samada H1N1 akan semakin merebak di kampus setelah acara tersebut, tetapi yang kita pasti ialah amaran Allah supaya jangan menjebakkan diri di dalam perkara-perkara bodoh;
Saya percaya keputusan yang dicapai semalam bukanlah keputusan sebulat suara, kerana desas-desus mengatakan bahawa ada pihak yang mempertikaikan tahap keselamatan dan langkah kurang bijak mengumpulkan mahasiswa UMS dengan pihak luar secara beramai-ramai dalam tempat tertutup seperti pada Malam Anugerah FFM-22. Pada saya, saya yakin Malam Anugerah tersebut merupakan antara titik pertimbangan yang besar kenapa UMS tidak boleh ditutup. Seperti yang disebut Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim, dalam sidang media FFM-22 di Novotel 1Borneo baru-baru ini, "Kita berbangga setelah menunggu hampir 21 tahun, Sabah menjadi tuan rumah bagi acara ini". Mustahil mudah-mudah sahaja acara gilang-gemilang tersebut hendak dibatalkan dengan sebab ancaman wabak H1N1?
Maka pilihan yang dibuat ialah membelakangkan kepentingan ramai, khususnya kelompok warga kampus yang kurang bijak menghadiri acara tersebut, dan menyerahkan segalanya kepada takdir. Kita tidak pasti samada H1N1 akan semakin merebak di kampus setelah acara tersebut, tetapi yang kita pasti ialah amaran Allah supaya jangan menjebakkan diri di dalam perkara-perkara bodoh;
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan dengan tangan-tangan kamu sendiri, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (Al-Baqarah,195)
UMS telah mengambil keputusan membeli FFM-22, dan menjual H1N1. Maka jika berlaku apa-apa masalah di kemudian hari, 'kotoh'.
15 comments:
huhu, boikot FFM hehe...
kat inti pon ad kes jugak, bru empat.
dgr2 citer org ble da 5 kes baru ley tutop..
sebab skung musim exam, jd kalu bley tanak tutup la...
taw tak sambest kena tutup rbu sampai rabu depan..
dak2 demam 60 org..
Salam all,
aeisyulillah yg dikasihi..
alangkah baiknya jika kalian berada di sini utk dibentuk dan dibangunkan..pasti dan pasti dunia dpt diubah
ada tempat2 yg baru 3 kes pun dah ditutup.mudah2an inti takkan berdepan dgn masalah makhluq2 yg memilih utk kufur
moga2 warga sambest sihat seadanya semula, amiin..
dari ceruk hati Anak Seni...
salam...hakim, anta tahukah ke bahawa tajuk yang anta tulis..UMS beli FFM dan jual H1N1 merupakan satu fitnah yang agak besar.. mungkin anda tidak sedar bahawa Festival filem malaysia merupakan anugerah untuk pelakon dan filem2 yang boleh dibanggakan di peringkat malaysia.... dan mungkin anta tak sedar bahawa bencana H1N1 yang melanda dunia merupakan suatu bencana yang mula merebak ke negeri sabah lebih kurang 2 3 bulan yang lalu.. sedangkan FFM telah di rancang untuk di buat di UMS adalah setahun yang lalu... ini bermakna anta telah membuat fitnah yang besar dalm blog anta ni... tolong jelaskan kepada ana ..apa yang anta faham dengan FITNAH.. kerana anta lebih mahir dalam mengguna Ayat Al quran... dan ana nak anta jelaskan kepada ana... apa yang anta faham tentang FFM... di mana silapnya... dan apa tindakan anta... ramai orang bijak agama hanya pandai mengutuk..mengeji... dan memaki saudara seagama... namun.. mereka tidak mampu untuk mencari jalan untuk mengubatinya... tidakkah anta sedar bahawa jika kita membenci saudara seagama akan lebih parah penyakit umat islam di akhir zaman ini..cubalah belajar untuk menyelami dan memperbaiki keadaan... jangan pandai kutuk je... kerana ianya mengundang fitnah.. ana boleh tunjukkan blog anta ni kepada semua yang telibat dalam FFM..dan ana nk dgr hujah anta apa yang FFM berkait dengan H1N1.. sedangkan semua orang ingin jauhi penyakit ni... dan untuk pengetahhuan anta... tiket untuk masuk ke FFM hanya untuk AJK dan mereka yang terlibat... tidak di JUAL di mana2 tempat.. anta fikir UMS punca yang menyebar bencana dari Allah ni ke?? sedangkan H1N1 merebak di seluruh dunia... adui... plz ah.. jgn buat benda2 yang pelik2 la syeikh... kalo ye pun nak berhujah... ayat kena jaga..kerana mulut...badan binasa... ape2 pun.. aku harap.. semuanya berjalan dengan lancar.. dan memohon agar Allah melindungi kite semua dari penyakit ni... insya Allah... hargai filem malaysia.. kerana aku menyelami dalam bidang ni kerana untuk memperbaiki.. filem di malaysia dari sudut keagamaan... jika kite rase filem di malaysia banyak maksiat... dan kite duk mengutuk je... adalah lebih baik jika kite yang jd pengarah filem..dan hasilkan filem kite sendiri... sayangilah saudara seagama..kerana setiap dari kite tak same status kehidupan... mungkin anta jadi Alim.. kerana mak ayah anta org yang paham agama.. mungkin remaja jadi bohsia kerana mak ayah mereka tidak asuh mereka dengan agama... jadi apa peranan anta sebagai org yang paham agama... kalo kite mengutuk je... macm amne nak selamatkan umat islam... itu lah yang aku cuba fahamkan org yang faham agama... tapi tak pandai gunakan ilmu agama untuk menarik saudara mereka ke dalam islam... jadi renung2 kan... dan selamat beramal...
jika anta nak berkongsi ilmu... cari aku... mungkin lebih banyak kite boleh bahaskan... tanye yoyo..
MAHASISWA TO YOYO_GABAN
Salam.. Saya 100% menyokong pandangan saudara nurilhakim. kpd yoyo_gaban, saya faham perasaan saudara. Saudara sebenarnya cuba menegakkan 'benang yang basah". pandangan saudara hanya menurut hawa nafsu semata2 dimana saudara merupakan peminat seni yang mungkin berpemikiran sosialisme..
yang pertama, saudara menyatakan bahawa UMS dirancang utk dijadikan tempat atau lokasi majlis FFM setahun yang lalu. Tahukah saudara rancangan ini merupakan satu idea yg boleh merosakkan pemikiran mahasiswa kampus dan ia telah mencemari pusat2 pengajian ilmu. UMS TIDAK PATUT dijadikan tempat membuat majlis HIBURAN sebegini. Bagi saya, saya tidak menghalang jika dibuat ditempat lain tp tidak dlm UMS. Imej UMS kini tercalar apabila pusat pengajian ilmu dan dewan canselor ums yang dibangga- bangga sbg tmpt konvokesyen dan diskusi ilmu dicalari dgn majlis hiburan dimana artis2 yg kita faham sebilangannya mempunyai masalah dr segi sosial, akhlak dan tatacara berpakaian mencemari dewan umumnya UMS itu sendiri.
Yang keduanya, memg realitinya ada mahasiswa UMS dah terkena wabak H1N1 dan mungkin saudara tidak mengetahuinya lantaran nafsu saudara tidak mahu mengakuinya. Apakah rasional membuat majlis FFM di tempat yang dah dijangkiti wabak?? Kalo orang yang berfikiran waras, ia akan membatalkan majlis tersebut kerana ia memudaratkan orang ramai. tp, kenyataan saudara cuma meringankan aspek kesihatan masyarakat termasuk awam dan jemputan artis demi kepentingan majis. Walhal, pihak Kementerian Kesihatan juga memberi nasihat utk tidak berada bersama awam. Mungkin, kalo berhimpun bersama awam kita boleh ambil ringan, tp membuat majlis di tempat yang terkena wabak?? bukankah suatu idea yang kurang waras?? Adakah ada sifat kemanusiaan pada diri saudara yang membiarkan masyarakat terdedah kepada bahaya?? H1N1 dah bagi 'signal' kat UMS supaya hentikan FFM tp saudara nak nama dan kebanggaan shj. Saudara patut fikir risiko yg akan menimpa kpd awam dan bayangkan 'berita utama'dlm media massa memaparkan tetamu yang menghadiri majlis ffm sebahagian besarnya dijangkiti H1N1, apa perasaan saudara? Rasa best munkinkn?? Saudara tak ada sifat sayangkan masyarakat.. Selagi kita boleh elak, kita kena elakkan..
Yang ketiganya, siapa ckp tiket hanya utk AJK dan mereka yang terlibat iaitu artis2?? Knp tiket diberi percuma kpd semua mahasiswa Sekolah Pengajian Seni di UMS?? dorang ajk juga ke atau artis?? hairan2..
Akhir sekali, jgn ckp org yang bijak agama pandai memaki.. Saudara dah menghina cendekiawan2 Islam.. Cendekiawan dan ahli2 agama tak akan menegur sesuatu perkara kalau tiada kesilapan atau bercanggahan dgn syariat tp saya juga sebagai aktivis masyarakat yang beragama Islam nampak begitu banyak kesilapan dlm FFM yang dianjurkan di UMS pada waktu ini...
Kerana saya amat sayang kpd masyarakatlah, saya menyokong saudara nurilhakim. Amar makruf nahi mungkar kena dibuat. Jgn sayang dgn memanja2kan masyarakat dgn hiburan nanti dorang akan rosak..
Saya juga menyokong saudara nurilhakim dlm menggunakan ayat al-Quran dan kami sbg pencinta kebenaran biarlah kami diseksa dan dipenjara asalkan kami memegang teguh syariat Islam kerana nabi bersabda sebagaimana maksudnya, "Umat Islam yang berpegang teguh dgn Islam pada akhir zaman ibarat seperti mengenggam bara api'. Inallaha ma'ana.. ALlah sentiasa bersama org2 yg benar dan sabda nabi,"Sebaik2 jihad adalah bercakap yg benar dihadapan pemerintah yang zalim".
Jika saudara yoyo_gaban nak mengambil tindakan yang serius dgn berhujah.. Kami sebagai aktivis masyarakat tidak teragak2 untuk membela pencinta kebenaran biarpun di dalam mahkamah.. Wallahu'alam..
salam komen..hurm..sapekah yoyo_gaban? saya sokong 100% dengan nurilhakim..
mengenai fitnah, apekah yoyo_gaban paham dengan fitnah sebenarnya? pasal golongan yang taknak carik Islam dan mendalami Islam macam korang la menambah fitnah besar kepada Islam sekarang ni..ramai je dari kita ni kurang ilmu pasal Islam. bila kurang ilmu, lagi lecehnya pulak taknak carik ilmu, lepas tu sibuk tegakkan mende yang batil dan terang2 salah, dalam masa sama berbangga kononnya telah menegakkan yang sesuatu yang Dia redhai.
saya taknak ulas panjang. pasal ni ruangan komen..laen la kalo kat shoutbox tu, leh bagi panjang2..hahaha..cuma harapan saya, kepada mereka2 yang menegakkan benang yang basah tu, cuba2 la hadam quran betul2, solat awal waktu, tambah solat sunat, carik hidayah Dia bagus2 sebelum mengeji tindakan daie2 macam nurilhakim ni ok..kita ada masa carik info pasal artis, tapi pasal tokoh Islam ada tak? kita ada masa belek sejarah seni malaysia, tapi seni Islam ada kita kaji? Islam ada seni tersendiri, carik sendiri bukan sekadar mengharap orang lain menyuap ok..
marilah kita berusaha memurnikan hati bukan hanya tau mengeji daie dan menambah fitnah kepada Islam tu sendiri..orang buat baik, kita halang pulak, tak paham kan dengan peel manusia skang..agaknye nak tunggu tsunami lagi kot, baru semua nak serbu masjid dalam seminggu, pastu konsert balik 5 tahun..
wassalam
>
-hamba Dia yang hina-
>
p/s : weh nurilhakim, takpa ka komen panjang2 ni?? hahaha
lastly, harapnye kita semua selamat dari kena bala Dia macam tsunami dulu..wabak ni kira salah satu amaran Dia gak..tapi ramai kita sibuk berjuang pasal harga tiket FFM, tak bengong ke? ingat, bala ALlah tu bukan kena spesifik orang je. lihat je tsunami dulu, habis smua orang kena sapu...kalo kita nak tunggu smua dah kena 'sapu' baru nak insaf, harapnya masa tu kita sempatla taubat. cuma bimbang mati tak berlagu je, tambah2 lak amalan pun belum cukup lagi..apa kita nak jawab dalam kubur kalo mati katak camtu je? semua ada otak, pandai2 la guna kewarasan akal tuh, nak utamakan H1N1 ke FFM tu..tepuk dada tanya iman (kalo ada iman la), kita mampu mengubahnya..wassalam
p/s : ni last komen, janji..heee~
Salam ziarah,
Terima kasih atas pandangan semua,
Saudari yoyo_gaban,
saya merendah hati meminta maaf atas komen2 kurang beradab yg menyerang saudari. Sesungguhnya komen2 tersebut tidak menggambarkan kata hati saya.
Secara peribadi, saya merasakan bahawa saudari punya niat yang ikhlas untuk belajar. Apatah lagi saya mengenali serba-sedikit berhubung saudari walaupun tidak pernah bertemu secara berdepan.
Saya berbesar hati jika kita dapat bertemu untuk berdiskusi tentang isu ini, memandangkan pengalaman saya yang lepas di dalam ISEUMS membuktikan bahawa blog bukanlah tempat terbaik utk berbincang.
Saya juga berbesar hati sekiranya saudari berpeluang meluangkan sehari dua untuk kami bawa ke lapangan melihat apa yang sedang kami usahakan untuk anak2 sabah.
Saya boleh dihubungi di 0198110964.
Terima kasih, anak seni.
salam... nur hakim.. sy berbesr hati jika anda mahu berdiskusi tentang pandangan dan penerimaan golongan anak seni dalam masyarakat yang paham agama islam... aku juga islam..aku juga cintakan keindahan islam.. tapi mungkin di sebabkan KEMANGKUKkan segelintir org yang bijak berbicara soal agama namum tidak pandai untuk menggunakan ilmu di dada untuk menarik saudara seakidah masuk kedalam islam yang tercinta, menyenyebabkan ramai golongan seni yang beragama islam semakin jauh dengan islam... mereka hanyut di buai kealpaan dunia...bantuilah mereka..selamakan lah mereka.. dengan ilmu dan kemahiran yang kamu ada... jika kite hanya menghina... membenci dan mengenepikan mereka... percayalah wahai saudara ku... mereka akan semakin jauh dengan islam... contohilah Tok guru Nik abdul Aziz... seorang ulama yang terkenal.. tok guru merapati Amy search kerana ingin tarbiah golongan rock untuk bersama islam... tok guru rapati golongan yang jauh bukan beragama islam.. kerana ingin mereka bersama islam... cuba lah kite buka minda...muhasabah diri... tanya diri.. berapa banyakkah ilmu di dada kita... sehinggakan kita membenci golongan islam yang sudah hanyut di buai keindahan dunia.. kepada QZ... hujah yang kamu beri aku boleh tentang 1 persatu... semuanya tidak berasas... kepada mahasiswa...hujah kamu juga tidak kukuh... aku boleh nak lawan balik.. tapi malas dah nak pikir n layan ko ni... coz...ko berckp.. tp tak cukup buat research pasal FFM... dah la.. lagi pun FFM dah habis... malas nak menjawap.. k... semoga kite tidak muflis di akhirat kelak... amin... salam...
Anak seni..
salam... nur hakim.. sy berbesr hati jika anda mahu berdiskusi tentang pandangan dan penerimaan golongan anak seni dalam masyarakat yang paham agama islam... aku juga islam..aku juga cintakan keindahan islam.. tapi mungkin di sebabkan KEMANGKUKkan segelintir org yang bijak berbicara soal agama namum tidak pandai untuk menggunakan ilmu di dada untuk menarik saudara seakidah masuk kedalam islam yang tercinta, menyenyebabkan ramai golongan seni yang beragama islam semakin jauh dengan islam... mereka hanyut di buai kealpaan dunia...bantuilah mereka..selamakan lah mereka.. dengan ilmu dan kemahiran yang kamu ada... jika kite hanya menghina... membenci dan mengenepikan mereka... percayalah wahai saudara ku... mereka akan semakin jauh dengan islam... contohilah Tok guru Nik abdul Aziz... seorang ulama yang terkenal.. tok guru merapati Amy search kerana ingin tarbiah golongan rock untuk bersama islam... tok guru rapati golongan yang jauh bukan beragama islam.. kerana ingin mereka bersama islam... cuba lah kite buka minda...muhasabah diri... tanya diri.. berapa banyakkah ilmu di dada kita... sehinggakan kita membenci golongan islam yang sudah hanyut di buai keindahan dunia.. kepada QZ... hujah yang kamu beri aku boleh tentang 1 persatu... semuanya tidak berasas... kepada mahasiswa...hujah kamu juga tidak kukuh... aku boleh nak lawan balik.. tapi malas dah nak pikir n layan ko ni... coz...ko berckp.. tp tak cukup buat research pasal FFM... dah la.. lagi pun FFM dah habis... malas nak menjawap.. k... semoga kite tidak muflis di akhirat kelak... amin... salam...
Anak seni..
Salam,,,,
Saya melihat anda seolah-olah telah membuat suatu kenyataan bahawa UMS sanggup membeli FFM22 dan menjual H1N1 kpd mahasiswa.Adakah UMS membelinya ?? Adakah H1N1 ini juga di jual kepada mahasiswa UMS?? H1N1 adalah penyakit yang diperturunkan ALLAH untuk umat manusia yang diakhir zaman ini,manusia jangan leka dengan mencari kesalahan2 sebaliknya kita harus mencari jaln penyelesaian ada faham?? Saya juga terkejut apabila membaca kenyataan anda yang berada dalam sebuah web iaitu
http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1842:ums-beli-ffm2-jual-h1n1&catid=35:berita-sabah&Itemid=27
dan anda telah meletak logo Pro-Mahasiswa dan sekali lagi saya mengecam tindakan anda meletak logo seperti itu sekiranya and memperjuangkan ideologi Pro-Mahasiswa,namun adakah anda tahu akan bahawa beberapa ahli Pro-Mahasiswa yang datang pada malam FFM22 tersebut dan mengambil gambar di Dewan Canselor (nampaknya tak nak lepas peluang gak tu)...Jadi fikir baik2 bila nak kluarkan kenyataan.ni satu lagi DIMAN@AB pada malam tersebut agak hambar lah kerana Ahli2 panel hanya bercakap tentang H1N1 sahaja lansung tidak ada UMS beli FFM22 kenapa tak ada bukti ke??
Assalammualaikum w.b.t
Ungkapan "UMS Beli FFM-22, Jual H1N1" menggambarkan kebijaksaan penulis dalam menyampaikan kebenaran.
Fahamilah mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh penulis, bukannya melihat ungkapan "UMS Beli FFM-22, Jual H1N1" semata-mata.
Sebagai contoh, dalam simpulan bahasa, "Panjang Tangan" bermaksud Suka Mencuri. Namun begitu, tidak semua orang yang suka mencuri adalah orang yang mempunyai tangan yang panjang. Tidak semestinya orang yang mempunyai tangan yang pendek, adalah orang yang suka mencuri. "Panjang Tangan" merupakan satu perumpamaan sahaja. (Maaf, ini cuma contoh sahaja)
Oleh yang demikian, komen diatas, seperti: "Adakah UMS membelinya ?? Adakah H1N1 ini juga di jual kepada mahasiswa UMS?" dan "...Ahli2 panel hanya bercakap tentang H1N1 sahaja lansung tidak ada UMS beli FFM22 kenapa tak ada bukti ke??" memperlihatkan kegagalan anda dalam memahami maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh penulis.
Wallahu'alam..
-KS
kasihan dengan penulis blog ni....masih kurang dalam mencari kebenaran....
masih mudah dipengaruhi dengan fakta-fakta yang tak betul sedangkan ada ilmu akal fikiran untuk menapisnya....
masih tidak faham dengan hakikat dunia luar....
tidak menyedarkan orang islam yang sebenarnya telah jauh menyimpang dari ajaran islam....sedangkan yang bertudung pun ada yang membuat perzinaan....
amat kasihan sangat dengan penulis blog ni....
tak sedarkan rakan-rakan seislam yang tidak bertudung, tak sedarkan rakan-rakan seislam yang berfoya-foya di shopping complex...
amat-amat kasihan....
janganlah jadi katak di bawah tempurung dengan menyuruh kembali ke islam dari islam hadtari sedangkan orang yang tinngi ilmu agama pun boleh jatuh ke lembah dosa...
ingat, bukan ilmu yang menjadikan seseorang itu tinngi martabatnya tetapi iman yang ia ada...
iman tu boleh kurang, boleh juga naik...
biar siapa pun kamu...
ketahuilah sebenarnya H1N1 ini ada peluang untuk sembuh jika dikesan dari awal, buktinya orang yang telah disahkan positif H1N1 ada yang telah sembuh....
lagipun pasal FFM ni...mustahil kalian semua tidak mampu membuat pencegahan dengan memalai penutup mulut???
memang bodohlah jika ke FFM tu tanpa penutup mulut...
lagipun pihak UMS pasti tidak melarang jika anda kalian memakai penutup mulut semasa FFM tu kan???
jadi, apa yang nak dihebohkan sangat ni???
atau seenarnya ada agenda tersembunyi anda kalian nak cuti lebih2 ni???
BUKA MATA TU DIK.....
PEMIKIRAN TU JANGAN KAT KAMPUS JE...
KALAU PEMIKIRAN MACAM NI DIK ADA...
MACAM MANALAH NAK HADAPI DUNIA LUAR...
Assalammualaikum
"kasihan dengan penulis blog ni....masih kurang dalam mencari kebenaran...."
soalan/komen: Adakah ini bermaksud, kurangnya usaha penulis blog dalam mencari kebenaran?
"masih mudah dipengaruhi dengan fakta-fakta yang tak betul sedangkan ada ilmu akal fikiran untuk menapisnya...."
soalan/komen: Fakta yang tidak betul? Mana satu fakta yang tidak betul yang berjaya mempengaruhi penulis blog? Adakah fakta tersebut tidak mengikut Al-Quran & As-Sunnah?
"tidak menyedarkan orang islam yang sebenarnya telah jauh menyimpang dari ajaran islam....sedangkan yang bertudung pun ada yang membuat perzinaan....
amat kasihan sangat dengan penulis blog ni....
tak sedarkan rakan-rakan seislam yang tidak bertudung, tak sedarkan rakan-rakan seislam yang berfoya-foya di shopping complex..."
soalan/komen: Apakah ini bermaksud ia satu penafian ke atas penulis blog ini dalam usahanya untuk menyedarkan/dakwah kepada orang Islam?
"ingat, bukan ilmu yang menjadikan seseorang itu tinngi martabatnya tetapi iman yang ia ada..."
soalan/komen: Tingginya martabat seseorang disisi ALLAH SWT apabila mengikut perintahNya dan menjauhi laranganNya. ILMU penting agar seseorang 'tahu' mana satu yang perintahNya dan mana satu laranganNya. Kemudiannya bila dah 'tahu', amalkan. Tingginya darjat seseorang disisi ALLAH SWT apabila berjaya mengharungi ujian dari ALLAH SWT sama ada ujian itu berbentuk kesusahan ataupun kesenangan
Maaflah.. tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan...
Wallahu'alam..
-KS
salam.sebagai seorang islam yang sayangkan saudara seagamanya,saya memohon dan merayu kepada saudara-saudara di luar sana untuk meluangkan lebih masa untuk mengenali dan mendalami agama yang kita cintai ini.ada banyak program berbentuk ceramah dan kuliah untuk dihadiri.x pun,kalu xda masa sangat,download sahaja dr internet.berlakunya tentangan terhadap para pendakwah adalah kerana org x faham dan xmahu terima islam.hal ini jelas.sirah nabi da membuktikannya.Respon daripada gol yang kurang faham di luar sana pula ada kebaikannya kerana para pendakwah dapat tahu sejauh mana mereka ni perlukan bimbingan.kedua belah pihak perlu mainkan peranan.sekiranya pendakwah shj yang menyebarkan dakwah,tapi org yang didakwah xmahu ambik peduli,maka x berjaya la misi dakwah tersebut.kita sama-sama sygkan islam,tapi level kita x sama.ada yang sdh mencapai maqam yg tinggi,dan ada yang baru nak mengenal islam,jadi persefahaman sangat perlu di antara kita.buatlah cara apa pun,yg penting x berlaku miscommunication di antara kita.
Assalamualaikum...
sahabat sekalian, saya baru membaca komen2 yang diberikan, tahniah kepada semua pihak diatas keperhatinan terhadap perkara yang ingin disampaikan. Marilah kita bersama merapatkan silaturahim dalam mengukuhkan ukhwah sesama islam. Kita boleh memperbincangkan apa sahaja tapi jgn lah kita melihat aspek diri kita sahaja, kita kena menghormati perasaan org lain juga dalam bercakap. Terima kasih kpd saudara hakim atas usaha untuk org sabah tapi harus diingat tidak semua apa yg kita lakukan disukai org lain. Mungkin kamu hanya berjumpa org2 sependapat seperti kamu tp kita hidup dalam bermasyarakat harus tahu akan ada masyarakat lain yang harus kita hormati dan sayangi kerana mereka juga makhluk ciptaan Allah. Kita tidak melihat kepada diri kita sahaja yang terbaik sbb tidak mustahil apabila Allah mengubah sesuatu itu dengan kehendakNya maka ianya akan berubah mungkin jauh lebih baik daripada apa yang kita sangkakan. Dan apabila kita menerima cobaan yang jauh mencabar kita maka belum tahu kita mampu menangkis dugaan yang mendatang. Ckp kawan2 la di sabah bukan semua muslim dan peratus non muslim agak tinggi drpd tmpt hakim maka coba la menghormati nilai2 masyarakat majmuk. Agama2 juga tapi klu kita jahat dengan orang apabila kita meninggal org lain yang kebumikan kita tau dan bila jahat nanti kita tidak di kebumikan oleh org lain malah di bagi makan binatang kat zoo pula. Tidak mustahil bang benda ni boleh berlaku.........
Post a Comment