Jemputan fastabiqul khairat, berlumba mengejar kebaikan tidak mengira usia.
Panasnya terasa membahang. Suasana akhir zaman memang mengundang itu. Jemputan ke neraka lebih banyak daripada laluan menuju syurga. Muslim dan mukmin menyiapkan diri untuk pecutan saat akhir. Pecutan menuju garis penamat taqwa, dan menjauhi bahang neraka. Kelihatan telah ada pelumba yang jauh di hadapan. Tak kurang yang telah kepenatan, menyerah nasib kepada takdir untuk dijilat api neraka. Pit-stop kali ini menandakan sepertiga terakhir perlumbaan.
Ustaz Hafizullah Muda dalam perkongsiannya bersempena Program Ihya’ Ramadhan Persatuan Pelajar Malaysia Syria membawa pendengar membeli-belah di Madrasah Ramadhan. Di kiri kanan kelihatan pelbagai promosi, ada yang telah expired, sedang sebahagian masih valid. Promosi ibadah habis-habisan untuk mendapat rahmat Allah di sepertiga pertama sudah tamat. Promosi keampunan dosa di sepertiga kedua pun telah tamat. Yang melepas memang rugi.
Tapi dahsyatnya makin ke penghujung, promosinya semakin hebat. Yang tidak mendapat rahmat, yang keciciran keampunan, rupanya ditawarkan pakej akhir, bebas daripada api neraka!
Lalu butir hikmah daripada Ustaz Hafizullah menegaskan, biarpun promosinya banyak, tapi bukan promosi yang mahu dikejar. Yang mahu dikejar, ialah produk yang dipromosikan. Kalau yang dikejar ialah promosi, maka tamat tempoh promosi, tamatlah keghairahan mendapatkan produk. Sedangkan mesej Ramadhan melahirkan insan taqwa, memerlukan istiqamah yang melangkau expiry date promosi! Kun Rabbaniyyan, Wa La Takun Ramadhaniyyan, tema Ihya' Ramadhan 1432H berbunyi. Kita mengejar untuk menjadi hamba Allah yang sempurna, bukan menjadi hamba Ramadhan!
Rupanya dalam sibuk muslim dan mukmin lain berlumba menjauhi bahang, di garisan penamat sudah ada yang menunggu. Hairannya yang menunggu itu seperti masih mahu berlari. Tali ikatan di pinggangnya diketatkan. Malah anak isterinya digamit untuk berlari bersama. Anak-anak dikendong, isteri dipimpin. Lalu lariannya tiada henti, tiada lelah dan tiada jemu, walaupun di wajahnya ada tanda lesu dan kakinya sudah bengkak-bengkak biru . Siapakah gerangan pelari itu?
Disebutkan di dalam hadis riwayat Aisyah, bagaimana Rasulullah S.A.W pada 10 hari terakhir Ramadhan, akan mengetatkan tali ikatan kainnya (mengurangkan makan), mengejutkan ahli keluarga untuk beribadah malam dengannya dan jarang sekali meninggalkan masjid kecuali dengan keperluan. Peliknya, kenapa yang sudah confirm menang dan berjaya, yang sudah sampai garisan penamat, masih berlari tak henti, sedangkan yang baru mahu bermula masih terhegeh mencari rentak?
On your marks, get set, GO!! Prriiiit! Wisel telah berbunyi! Jom mulakan larian!
Tips meraih kejayaan membebaskan diri daripada api neraka :
1. Pastikan amalan fardhu dilaksanakan secara sehabis sempurna, khususnya solat. Melewatkan panggilan azan setelah mendengarnya seolah berkata kepada Allah “Lepak la dulu, tak nampak ke aku sibuk ni?”. Berusaha sedayanya untuk solat di saf pertama, kerana Rasulullah bersabda yang mafhumnya, kalau manusia tahu kelebihan orang yang solat di saf pertama, nescaya mereka akan bergaduh untuk mendapatkannya.
2. Santuni sunnah Rasulullah S.A.W untuk menjiwai larian baginda di penghujung Ramadhan. Biasakan memakai jubah putih, siapakan kayu sugi untuk digunakan setiap kali sebelum solat, gunakan minyak wangi sebelum ke masjid, kurangkan makan, kurangkan makan, kurangkan makan.
3. Campakkan diri keluar daripada kebiasaan. Pindah ke rumah kawan jika perlu. Ubah tempat tidur daripada atas katil ke atas lantai. Senyum dan bagi salam pada semua orang. Botakkan kepala sebagai simbolik mencukur dosa semalam. Buat apa sahaja untuk mengingatkan diri, aku sedang dalam perlumbaan!
4. Lipatganda amalan sunat. Perbanyakkan mentadabbur Al-Quran di setiap waktu dan tempat, dengan berbekalkan Al-Quran tafsir. Basahkan lidah dengan zikir tanpa henti, dengan berbekalkan tasbih di tangan, menggantikan telefon bimbit. Bersedekahlah walaupun dengan sebiji tamar.
5. Bina diri untuk tidak berhenti berlari setelah Ramadhan selesai dengan memasakkan amalan asas harian sebagai kebiasaan yang berterusan.
Saya terbaca kisah seorang lelaki yang langsung tidak beribadah melainkan pada malam 27 Ramadhan, dengan keyakinan dia mendapat ganjaran malam Lailatul Qadr, dan itu cukup untuk menghapus dosanya yang lalu, lalu menjanjikannya syurga. Pandangan itu jelas batil, tetapi sekurangnya membaca kisah tersebut, membuahkan keazaman. Azam saya, untuk menjadikan 10 malam terakhir ini lebih terisi oleh tadabbur, sedekah, qiam, zikir dan amalan sunat daripada 20 malam sebelumnya! Al-Fatihah.
8 HARI LAGI!!
7 comments:
Refresh: Saya pun makin malas dah sekarang.... Tolong tiup wisel plak tuk saya bang... nak mula lari ni...
7 hari lagi nasir!pastu bleh rilek skit!jangan malas!mungkin hrni Allah nk trima amal n bg tlepas daripada neraka!mungkin esok!mungkin kejap lagi!jadi nda buli berhenti! Sikiiiit lagi! PRIIIITTTT!!!
Huhu..Memang suka bab lari2 ni bang..Pelumba lari la katakan.. Doakan istiqamah..
Salam bro.
Ana mohon copypaste pecutan terakhir ni utk diri sendiri & lain2.
To be different can actually remind you to be better. InsyaAllah.
Thanx for the tips bro.
Let's run!
terbaik bang!!
Salam Akmal,
Teruskan berlari, sampai mati jadi garisan penamatnya.
Abg Nasirin,
Jemput2. Syukran menyebarkan perkongsian itu.
Pijai,
Komen pertama ke blog abang. Moga terus mendapat manfaat daripadanya.
Sebelum ni asyik ingatkan kawan2 supaya berlari pecut. lepas malam 27, diri sendiri pula yang landing...ish3...
Blog: Maharaja Serius
Post a Comment