Syukran kepada parents yang sudi menjengah anak yang jauh di perantauan, walaupun hasrat asal berjumpa dengan supervisor untuk bertanyakan perihal anak yang tak pandai-pandai habis belajar dan pulang ke tempat asal tidak kesampaian kerana cuti Good Friday. Kehadiranmu dihargai, kepulanganmu diratapi, ketiadaanmu menghantui.
Jika orang lain lebih gemar bersantai dan membuang masa, seorang ibu (bertudung biru) lebih selesa dibawa menyelami gelora roh dakwah di Sabah dan kehidupan masyarakat tempatan.
Ku nukilkan serangkap pantun untuk ayah bonda, jauh dari sudut hati terus ke pentas realiti;
Keras dan teguh kayu gaharu,
Sungguh sesuai dibuat perahu.
Biar di dunia kita merindu,
Asalkan di syurga kita bertemu.
Sungguh sesuai dibuat perahu.
Biar di dunia kita merindu,
Asalkan di syurga kita bertemu.
4 comments:
subhanallah, ini memang baitul muslim ni.
bukan tak pandai, tapi lecturer tak mahu lepaskan daie yang mewarnai latar dakwah sabah ini.. =)
Salam duhai 'yg hidup krna ALLAH'..
Teda2 la..saja ja tu wt sensasi..hehe..
Doakan kami skeluarga thabat dlm mnempuh onak duri..n u too :)
Wahai anakanda ibu berpesan
Seluk pekasam ke pangkal lengan
Bara digenggam menjadi arang
Antara tujuan ke tempat tuan.
Ke gunung emas pasir baiduri
Ke padang zamrud habis diedari
Terbang bangau sepanjang hari
Moga ke tasik juga akhirnya dicari.
amboi...che buat pntun utk abg..
buat la pntun utk hain pulak....
:(....
Post a Comment