:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Wednesday, July 8, 2009

Bila Mulut Melantun Kata..


Lidah merupakan senjata psywar yang paling ampuh. Kemampuan lidah bersilat menguntum hujah dan petah bicara menganyam kata mampu merubah dunia. Begitulah kekuatan yang dimiliki oleh tokoh-tokoh pelakar sejarah seperti Martin Luther King Jr., Hitler, Mahatma Gandhi dan terkini, Barack Obama. Senajata sama dimiliki oleh beberapa tokoh tempatan seperti Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohd.

Kemampuan bercakap dengan baik bukanlah anugerah yang dikurniakan sejak lahir atau warisan genetik yang hebat. Tetapi kemampuan ini mampu dikecapi oleh semua yang berminat mendalami ilmu pengucapan awam. Berikut serba-sedikit tips-tips bercakap di khalayak buat mencungkil semangat:

Teknik menghilangkan gemuruh di depan khalayak:
Banyakkan berselawat, gerakkan jari-jemari dan pandang ke dalam mata audiens, satu-persatu. Lontarkan pandangan ke seluruh audiens dan kecilkan skop pemandangan dengan memfokuskan audiens kepada satu titik sahaja. Lakukan ini untuk audiens yang seberapa besar pun.

Politikus biasanya menggunakan kaedah Bercakap Untuk Memujuk (Persuasive Speech). Ia juga boleh diamalkan oleh para pendakwah. Antara kaedah yang paling biasa digunakan adalah kaedah Monroe:

1. Dapatkan perhatian audiens
2. Jelaskan mengapa perlunya perubahan daripada situasi atau keadaan semasa
3. Puaskan rasa keperluan kepada perubahan tersebut dengan menyediakan alternatif
4. Berikan gambaran bagaimana alternatif tersebut akan membuahkan kejayaan dan
menyelesaiakn masalah
5. Terangkan tindakan yang sewajarnya diambil oleh audiens untuk berubah!

Contoh mendapatkan perhatian audiens;

Hadirin yang dihormati sekalian,
Cuba bayangkan wajah 3 orang wanita yang paling anda sayangi. Tenung dalam-dalam ke wajah mereka. Perhatikan lirikan senyum mereka. Ok, sekarang cuba teka yang mana satukah akan dirogol, dibunuh dan dibakar dalam masa 8 jam terdekat? Kerana statistik menunjukkan bahawa dalam setiap 3 jam. seorang daripada 3 wanita dirogol, dibunuh dan dibakar hidup-hidup.

Apa aspek yang patut diperhatikan dalam audiens untuk memastikan pengucapan sampai kepada mereka?

Bagaimana menghasilkan teks ucapan yang pendek dan padat, tetapi memukau?

Apakah kaedah membuka dan menutup ucapan yang akan memastikan ucapan anda termaktub dalam sejarah sebagai ucapan yang menggugat status quo?

Penulisan ini seperti yang disebutkan awal tadi bukan bertujuan mengajar kaedah bercakap yang berkesan, tetapi lebih kepada tujuan untuk mencetuskan keinginan belajar bercakap dengan lebih baik. Nantikan Bengkel Membentuk Wakil Rakyat anjuran Persatuan Siswazah Sabah.

9 comments:

Anonymous said...

hui gempak gila bengkel nih, tanak wat kat inti ke? hehe?

nurilhakim said...

Sory bro..kami tak beminat menggempakkan org2 yg da sedia gempak..hehe

Piece of advice, pick up a book about public speaking, preferably english, then see a couple of speeeches, i.e obama, hitler and martin luther jr's I Have A Dream, find the cliches where they use the knowledge of speaking. It'll sharpen ur skills a bunch and prepare u to b d next PM..i mean, my TPM.... :)

penyinggah sebentar said...

salam'alaik

mau ty skit...
knapala pula perlu guna cara mbayangkn wjh 3 wanita yg disayangi,kmudian tenung mereka dan kemudian bygkan pula yg mana 1 akan dirogol,dibunuh dan dibakar???
sy sbgai wanita tak berapa bkenan dgn cara yg diutarakan oleh saudara...apatah lg saudara ni muslimin, sy pasti rmai wanita akan lari tatkala mlihat saudara berucap krna mreka dah tahu yg saudara seolah2 mbayangkan apa yg sy sebut di atas..

boleh sj saudara bgtau para pembaca cara lain,yg lebih selesa dibaca...misalnya cuba bayangkan yg kita sedang bcerita dgn shbt baik kita,kita bsungguh2 mahu sahabat kita tahu tntang cerita kita dalam masa tu jg,sy tau masing2 dgn cara masing2 tp adalah lbh baik cara yg tdk menyinggung perasaan org lain...

maaf sgt2 andai melampau,sy hy menegur,harap saudara mpertimbangkan pndpt sy ini...

wallahuallam...

siti-situ-sana-sini said...

PM dlm erti name aep ek??
TPM??
hak..

siti-situ-sana-sini said...

ye
ye..

part wanita itu agk advance..
ade alternatif len x selain memikirkn cara utk rogol, bunuh o bakar??

hmm, phm

tu hny sbgi perumpamaan en..
org yg lbey bijak boleh fikirkn bnde lain yg x melibatkn isu sensitif,mungkin...

Azzam said...

salam kasih sayang Islam buat semuanya..

satu entri yang cukup membuka mata hati. izinkan saya untuk memberi respon kepada apa yang ditulis oleh saudara nurilhakim berkenaan dengan kisah wanita tersebut. mungkin bagi sebahagian kaum hawa ia nampak keterlaluan, namun itu bukan sesuatu permulaan pengucapan yang rigid. anda dipersilakan untuk memulakan sebarang muqadimmah mengikut citarasa anda masing2. saudara nurilhakim pun menulis 'contoh' di situ.

pada pendapat saya, kaedah yang digunakan perlulah selari dengan tahap kefahaman dan keperluan audiens. bukan semata2 mau orang tahu apa yang kita tahu. kata kuncinya, cakap apa yang mereka perlu bukan apa yang kita tahu. kaedah nurilhakim juga membawakan cerita dan fakta yang perlu diketahui oleh umum. dan yang lebih penting, boleh membuatkan audiens berfikir sejenak.

saya yakin dan percaya masing2 punyai kaedah terbaik di gelanggang tempat kita berpencak.

seeru ala barakatillah..

Pengomen setia said...

Nath ape2laa korang ni,
kalau bg contoh yg simple tak menarik audiens laa...

nurilhakim said...

Salam ziarah semua..

Maaf kerana membiarkan isu tergantung. Saja melihat respons yang masuk. Kerana lontaran menampakkan kecelikan dan pengalaman.

Contoh 3 wanita tersebut diambil daripada buku The Art of Public Speaking, karangan Stephen E. Lucas. Ia menggunakan salah satu teknik memulakan ucapan yang menarik perhatian audiens, iaitu 'making a startling statement', atau membuat kenyataan yang memeranjatkan. Dan ia ternyata berjaya menarik perhatian beberapa pengkritik.

Syukran Azzam. Belajarlah daripada beliau. Beliau yang banyak menyambung matan teori dakwah yang saya cuba cerna dan terapkan. Dan sama-samalah terjun ke lapangan. Justeru kita tidak lagi berasa janggal dengan kenyataan yang keras setelah kita berdepan dengan kenyataan dan mangsa kenyataan, lantas berusaha menjadi sebahagian daripada penyelesaiannya.

Asif, wa syukran ats pndgn2.

Seeru ala barakatillah.

qz said...

salam..saja nak selit dalam komen gak..

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan