"Mogihum oku tanak Dusun," bisik hati kecil Azizul, lalu diaminkan semua pembaca. Beliau mengajarkan saya satu tips berguna malam itu. "Lekapkan telinga anak yang menangis pada jantung, dia akan tenang mendengar degupannya."
Tanggal 31 Mei 2009, belum selesai Kem Remaja Islam Sipitang, kami terpaksa bergegas pulang. Janji yang telah dilafazkan kepada masyarakat yang mengharap tidak boleh disia-siakan. Siap menghantar penumpang yang lain, kami keluar semula menuju destinasi seterusnya - Kampung Kionsom Kecil. Tidak ramai yang berkelapangan. Andaian dapat membawa bersama sekurang-kurangnya 5 orang meleset. Hari itu saya hanya ditemani oleh Ustaz Azizul Julirin.
Sangkaan kami hanya seorang bayi yang akan dikorbankan malam itu. Rupa-rupanya orang kampung mengambil peluang dengan kehadiran Ustaz Azizul ke situ. Tiga bayi menunggu untuk dicukur dan ditahnik. Pengalaman pertama ini tentu membuka laluan untuk menjadi pendamping masyarakat yang lebih berani.
Keberanian tercabar. Selain bahan-bahan yang 'agak' biasa digunakan seperti kelapa muda dan daun sirih, tuan rumah mengeluarkan sepinggan beras dan sekotak rokok. Mujur sahaja Ustaz Hafizullah awal-awal telah berpesan supaya hanya melaksanakan bercukur dengan kaedah biasa dengan mengabaikan lain-lain 'objek ganjil'. Dan mujur sahaja 'tanak wagu' yang menemani pada malam itu biasa melihat orang bercukur. Saya hanya pernah berkenalan dengan gunting, air zamzam dan kurma sahaja dalam upacara sebegini.
Pendakwah di Sabah begitu sinonim dengan gerakerja masuk kampung. Selain dengan cara masuk secara formal melalui kertas kerja dan tawaran program, ramai juga yang cuba mendekati masyarakat dengan cara melazimi surau atau masjid setempat. Kaedah kedua ini memerlukan istiqamah dan kreativiti yang lebih. Bilangan jamaah yang bermula dengan 2,3 orang tidak boleh dibiarkan kekal sebegitu walaupun setelah berminggu-minggu merapati masyarakat. Pendakwah harus bijak memenangi hati masyarakat atau jamaah sedia ada untuk memastikan dakwah menjangkaui ruang lingkup lebih besar. Kanak-kanak dan remaja misalnya mudah tertarik dengan kuliah yang diiringi tayangan multimedia, sedangkan orang tua lebih suka dibawa bercerita tentang masalah kampung selepas daripada kuliah.
Yang ingin ditegaskan ialah betapa gerakerja dakwah secara turun padang ini harus menjunjung falsafah yang diturunkan oleh Ustaz Azizul riwayat gurunya, 'people do not care how much you know until they know how much you care'. Pasang orang kuat di kampung tersebut, dan jelaskan kepadanya bahawa anda bukan sahaja ingin datang berlagak pandai agama setiap minggu dengan memberikan kuliah, tetapi anda juga berminat membacakan yasin dalam majlis tahlil yang diadakan untuk penduduk yang meninggal dunia, anda juga akan gembira sekiranya dapat berarak bersama pengantin yang berkahwin di kampung tersebut dan anda akan berbesar hati untuk meraikan kelahiran 'orang baru' di kampung dalam majlis bercukur dan seumpamanya. Atau lebih baik lagi, sekiranya anda mencari jodoh di kampung tersebut dan terus menetap di sana...
9 comments:
ape maksud..
"Mogihum oku tanak Dusun,"??
"saya cari anak/budak dusun"
kn? :D
Terpanggil untuk komen.
"Mogihum oku tanak Dusun," bisik hati kecil Azizul, lalu diaminkan semua pembaca. Beliau mengajarkan saya satu tips berguna malam itu. "Lekapkan telinga anak yang menangis pada jantung, dia akan tenang mendengar degupannya."
Believe it or not, jantung kita berzikir tanpa henti berbanding hati yg sering alpa dan mulut yang sering berkata perkara sia-sia. Mungkin sbb itu, tenang bg sesiapa mendengarnya.
Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 28)
subhanallah..
mulianye keje sbgai pndakwah...
ingin skali diri ini utk ikut same..
hehe...
Salam ziarah,
Apa maksudnya "Mogihum oku tanak Dusun,"?
Kaedah sebenar dalam Islam ialah bercukur, tetapi ramai dikalangan kita hanya menggunting.
Begitu juga apabila bercukur, ada-ada saja perkara pelik-pelik yang diamalkan masyarakat melayu.
Jemputlah ke blog saya.
salam.
wajar utk sy berasa cemburu atas kecemerlangan usaha dakwah kalian.jarang umat islam skg yg sggp masuk ke pelusuk2 kmpg utk berdakwah.
ya ALLAH, berilah 'mereka' rahmatMu dan tempatkan 'mereka' di bwh teduhan lembayung kasihMU...
ameen ya rabbal 'alameen...
"Lekapkan telinga anak yang menangis pada jantung, dia akan tenang mendengar degupannya."
Masya Allah tuan... Satu tips brguna lg nieh.. :) Sejak bila Tuan besar Jijul jd pakar keibu-bapaan ek??
Salam..sorila bro.. Memang ana tak dapat g kenduri nie sbb commite dgn KRIS Sipitang.. Tp, ok ba tu enta ngan azizul..dah memadai.. hehe..
Salam ziarah semua,
Ya Allah makbulkan doa2 mereka untuk diriku dan untuk mereka..
Ya, 'mogihum oku tanak Dusun' tu begitulah maksudnya. Aminkan ramai2.
Azizul? Dia dilahirkan berkasih-sayang..
Em. Islam Id Ginawo Sogigisom..
Post a Comment