:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Thursday, April 9, 2009

U dapat Batang Ai, I dapat Dua Bukit!

Keputusan pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau membawa mesej yang jelas bahawa rakyat sudah bijak berfikir. Saya yakin apa yang mereka mahukan bukanlah untuk menggulingkan kerajaan UMNO/BN yang banyak berjasa, tetapi mereka sudah mampu menilai dengan mata-kepala-hati akan pemimpin yang benar-benar berhasrat memperjuangkan nasib dan hak mereka. Dalam erti kata lain, untuk kerajaan UMNO/BN yang berada di hujung tanduk, masih ada sinar untuk melakukan perubahan drastik dan mengembalikan sokongan rakyat. Tetapi barangkali jika kerajaan sedia ada dibedah untuk mencari punca kebobrokan yang berlaku kemungkinan besar rupa asal mereka tidak akan dapat dicam memandangkan segala macam keburukan berlaku di semua bahagian dan secara mendasar.

Yang paling jelas, kemenangan YB Nizar di parlimen Bukit Gantang membawa mesej bahawa rakyat ingin dihormati, mereka bermaruah, referendum demi referendum yang dibuat membuktikan rakyat memandang pembubaran Dun sebagai langkah penyelesaian tunggal kerajaan haram BN di Perak.

Bagi kekalahan di Batang Ai, saya memandang positif bahawa medan berjuang masih dibuka panjang kepada pejuang di Borneo sebelum boleh bersila di bawah pemerintahan adil dan saksama. Dalam suatu perbincangan tertutup dengan beberapa pertubuhan belia di Sabah beberapa hari lepas, jelas sekali ramai lagi marhaen bumi bertuah ini belum kenalpun dengan Pakatan Rakyat, jauh sekali pembawaan dan falsafah perjuangannya. Siapa harus dipersalahkan?

Apapun, bersykurlah kerana berjaya menakluk Dua Bukit sedangkan pihak sebelah sana hanya mampu berpuas hati dengan Batang Ai!


Peralihan kuasa daripada Abdullah ke Najib baru-baru ini juga menarik untuk diperhatikan. Yang menariknya ialah dengan naiknya Najib, menandakan berakhirnya dinasti UMNO/BN berdasarkan teori RAHMAN, Rahman-Abdul Razak-Hussein Onn-Mahathir-Abdullah-Najib. Kami menantikan peralihan kepada teori ANWAR, Anwar-Nadir-..................

Gambar ihsan : tanaksada.blogspot.com & anakbulanmoden.blogspot.com. Syukran.

9 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

ANWAR-NADIR??? Hahaha.. Teori yg perlu dipikirkan dulu oleh rakyat malaysia.. Heehee.. =p

Bila.... said...

Takde Huruf M ke???

anakbulan.com said...

betul3x..i like u Nur Farhana Abdullah... perlu difikirkan dan dikaji secara mendalam dan terancang...huhuhuhu

Adry said...

nice... tak pernah lak terfikir...

Adry @ http://www.adrysabry.com

NIVYANFAZZA said...

yang menang tak menang semua, yang kalah tak kalah semua....
majoriti menurun, simpati meningkat...tiada yg baru...
hanya simpati melingkari dua bukit....walaupun batang tetap bermajoriti tinggi....

MR NERD said...

Anwar - Nadir - W...(msih kekosongan..)- Ammar - Who's next??

inksensei said...

waa bro...ayat last tu mcm gila kuasa je...muhaha!! =P

nur_Mahasiswa said...

Salam Ziarah..huhu..

Ada orang gila kuasa...hehehe..

nurilhakim said...

Salam all,
Wah,isu FFM tak rmi pla nk komen. Org nk naik PM rmi pla jeles. Hmm..

Nur Farhana,
Selama ni jd penonton sepi ja..kali ni bg sokongn. Bgus2! Prkmbngn yg positif :)

Bila,
Takda pula. Tukar nama baru la. mo? ;)

anakbulan,
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..

Adry,
thanx..

Nivyanfazza,
Yang menang, menang dua. Dari segi matematik lg bnyk dua dr satu. Dr segi psikologi boleh agak kot. Undi Melayu tak merosot, undi Cina bertambah, kerajaan kna ha=enti main isu dan mula selesaikan isu, tiada jalan slmt lain. Terima kasih ats perkongsia rasa! :0

nextGen,
Kalo mo jd Menteri Meningkatkan Mutu BI awal gtaw ja. Takut A tu org len dh cop :p

inksensei n nurMahasiswa,
Selagi kuasa tu boleh guna membangunkn Islam, marilah beramai2 kita gilaknnya :)

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan