Tetamu Kehormat :
Sunday, January 18, 2009
Hijau Bumi Jaddah
Jaddah,
Sayangnya nyawamu tidak bersisa,
Kerana jika hari ini,
Nafasmu masih ada,
Tentu kau menyanyi gembira,
Tentu kau bergurindam berseloka,
Tentu kau melompat setinggi purnama.
Kerana hari ini,
Islam kembali mewarna bumi pusaka,
Bumi tempat kau melakar hidup dan mencorak anak bangsa,
Bumi tempat darahmu jatuh melahirkan pejuang muda,
dan peluhmu mengalir membasahi jasad tua.
Hari ini,
Sejarah telah tercipta,
Kaki semakin deras melangkah menuju janji Yang Esa,
Janji yang Islam takkan rela dihina,
Janji yang Islam tempatnya sebagai juara,
Janji yang Islam akan di puncak jaya.
Hari ini,
Bumi hijau oleh ketenangan,
Menghapuskan daki kotoran dan lumpur keji,
Yang dibawa oleh merah amarah dan biru yang menuju su'ul khatimah.
Hari ini,
Perjuanganmu mendukung Islam selama seusia, tidak sia-sia,
Kerana kampung kecil tempat kau berpencak, bersilat dan berkorban segala,
Kini kembali ke tangan kita.
Jaddah,
Kami akan teruskan hayunan langkahmu,
Sehingga sepertimu jua kami bersemadi,
Menanti hari abadi.
Al-Fatihah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak Kenal Tak Cinta
Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.
Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.
Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.
Rabithah Tullab Ad-Dawli
Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.
Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:
Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)
Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:
Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)
Mereka Juga Membaca :
-
Maksud firman Allah SWT: “... dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama ka...
-
Ramadhan tahun ini mungkin antara Ramadhan paling berharga yang dilalui. Konflik dan masalah yang mendatang membuka mata dan hati untuk lebi...
-
Masih ramai yang belum mengetahui bahawa bulan Ogos ini, tanggal 5-8 haribulan, Sabah dan UMS akan menjadi tuan rumah kepada Festival Filem ...
-
Bukit didaki, semak diharungi, gaung dititi, babi dilimpasi, akhirnya kami sampai ke destinasi. Dan seperti kampung-kampung lain yang memerl...
-
Kita bercakap soal perjuangan, Tapi hati jauh dari Tuhan, Kita sibuk mentarbiyyah insan, Sedang amalan jadi olok-olokan, Kita di depan menye...
Hubungi Saya
Blog Archive
-
▼
2009
(76)
-
▼
January
(10)
- Optimumkan Yang Sedikit, Baru Jadi Bukit..
- Sejarah Palestin - Mudah & Komprehensif
- Laman Rasmi FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2009
- Boikot Barang Israel - Yusuf Qardhawi
- Hijau Bumi Jaddah
- PPMK-Sebuah Buku, Sepanjang Kehidupan
- Dan Jalannya Ialah Tetap Sabar..
- Boikot Berstrategi - Ambil dan Edar
- Panduan Usrah Sekolah 4 Dummies
- Tak Usah
-
▼
January
(10)
1 comment:
Salam ziarah kembali... Bukan mudah tuk menerima luahan hati orang lain kalau kita tak memahami apa yang hendak diperkatakannya. Teruskan berblogging... Satu wadah baru alaf ini menggunakan teknologi sebagai senjata. Yang penting tak lari dari Nawaitu yang asal... Kembali ke landasan yang sebenar, itulah yang sebaiknya... Wassalam
Post a Comment