:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Saturday, February 6, 2010

Oren vs Merah

Secara zahirnya Pilihanraya Kampus UMS berakhir dengan baik. Setakat yang nampak di mata, tidak ada penyelewengan dan penipuan yang berlaku, selain bantuan kepada jentera pro-HEP/Aspirasi yang berlaku saban tahun. Mahasiswa yang mempunyai ideologi tampak lebih keras membawa agenda masing-masing, calon-calon nyata telah digilap dengan lebih baik daripada sebelumnya samada yang berhaluan kanan atau kiri. Malangnya, kiri dan kanan, masih syok sendiri.Justify Full
Masuk tahun kedua tentera oren mengenakan pakaian sedondon, mengibarkan bendera dan memakai headband, semangat mereka bersambut apabila tak semena-mena timbul pula tentera berbaju merah pula melakukan yang sama. Walaupun orang pekak tuli pun boleh membezakan kedua-duanya; sekumpulan terasing lelaki dan perempuan, yang satu lagi melompat-lompat bersama dan bertepuk-tampar, satu kumpulan memakai pakaian sederhana sementara yang satu lagi berjeans ketat dan berbaju sendat, yang satu menggunakan senjata baru wisel dan yang satu lagi menggunakan senjata lama anggota dikir barat, orang yang terang mata dan besar telinga pun rupanya tidak berminat untuk duduk bersama.

Yang menang dengan mata tertinggi bukan calon pilihan utama aspirasi. Yang kalah pula calon yang tersepit antara dua gergasi, walaupun kehadiran kelompok 'Makkal Sakhti' seolah-olah memberi sokongan padu kepadanya dan menampakkan anjakan di kalangan mahasiswa India. Apatah lagi peratusan keluar mengundi tidak mencecah 65% pun. Calon sibuk memekik dan melontarkan idea Revolusi Mahasiswa sekadar retorik membayangkan mereka berdiri di atas runtuhan imej dan maruah Aspirasi, sedangkan jerit-pekik Student Power masih bertapis oleh kemanisan ber'tahalluf siyasi' dengan HEP. Kalau ditanya yang berbaju oren ke mana dibawa perjuangan ini mungkin ada yang tidak dapat menjawab, kalau ditanya yang berbaju merah, sumpah seorang pun tidak akan dapat memberikan jawapan yang dia sendiri yakini.

Rapat umum bukan medan menilai kekuatan calon tetapi medan mengukur kekuatan penyokong. Kalau benar mahu melihat sejauh mana jangkauan akal mereka, sepatutnya diwujudkan medan perkongsian yang lebih ilmiah. Wujudkan debat antara calon, atau pidato berhubung isu-isu yang diberikan 2 minit sebelum berucap. Nah, barulah dapat menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Yang mana sudut pandang dan mulutnya sama besar dan luas. Yang mana menyelak fakta dan mengauta dan yang mana membudayakan membaca.

Saranan saya, yang oren berjuanglah secara jantan tahun depan. Yang merah teruskan dengan apa yang sudah dilaksanakan zaman-berzaman. Perjalanan kita di kedua-dua kampus UMS masih jauh. Jangan bangga bertepuk tangan mengatakan kita sudah berjaya sedangkan musuh yang lahir adalah dengan sebab kelemahan kita. Jangan sibuk mendabik dada mengatakan kami berkuasa sedangkan agenda sebenar hanya di awangan. Buktikan sesuatu, dan kami akan bertepuk tangan untukmu. Buktikan sesuatu, dan kami akan mengaku bahawa kamu pemimpin kami, para mahasiswa.

Tahniah kepada semua yang telah berjaya, dan selamat menjalankan tugas. Ingat, sebelah kaki anda sudah di neraka.

4 comments:

Anonymous said...

wA.. PEDASNYA akh.. mcm meggi kari kat ats tuh..

sebelah kaki di neraka. kalau la semua pemimpim ingat itu, dan yakini itu..

mngkin peristiwa hari ini, takkan terjadi..

nurilhakim said...

Salam bro bos..

PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN..MAGGI MASIH DIBOIKOT!!
Tapi dutanya takpe a..bab dia skaligus duta penyelamat dan kasih-sayang..

Em,kalo smorang memerintah cm ex-KU SAMBEST taun lpas mgkin gak sme peristiwa hri ni, takkan terjadi ;)

srikandiMuda said...

salam ziarah akhi...
dialog antara calon telah diadakan di KAL... penonjolan bakat dan ideologi sebenar calon, dianjur oleh pihak yg berkecuali, mengenepikan semua semangat 'oren' dan aspirasi,permulaan yang baik untuk mengasah kredibiliti mahasiswa yg berhasrat ingin memimpin...

walaupun langkah permulaan mungkin banyak lompangnya, sy kagum usaha membuka minda mahasiswa yang dilakukan oleh kelab debat UMSKAL dengan penganjuran Dialog terbuka antara calon bertanding PRK dengan mahasiswa, 2 hari sebelum hari pengundian...

usaha terpuji yang boleh dibaiki pada masa hadapan...

mohon tunjuk ajar dari semua untuk langkah mendatang...

nurilhakim said...

Salam siasah SrikandiMuda,

Nyata sesetengah mata lebih terbuka daripada yang lain. Alhamdulillah dah tahniah.

Saya tidak pasti bagaimana pelaksanaan dialog di KAL tetapi ia jelas suatu perkembangan yang baik. Apa yang bermain di kepala saya ialah medan di mana calon diletakkan di tengah-tengah pentas, kemudian seorang moderator melontarkan soalan berhubung isu-isu seperti kes liwat Anwar, corak dan sokongan terhadap pemerintahan Obama, bagaimana menyelesai masalah ekonomi negara dan mengatasi masalah sosial mahasiswa,etc kemudia dijawab dengan spontan oleh calon. Kita mahu menilai samada calon hanya pandai berkokok dari teks yang bermain di birai bibir atau mampu melontarkan hujah dan analisa kritikal yang terbit dari pembacaan yang mendalam dan perspektif yang tajam.

Barulah pimpinan mahasiswa di kampus boleh dilihat sebagai 'negarawan tarbiyyah' di masa akan datang. Yang pastinya, perjuangan kalian ada agenda dan hadaf perjuangan, justeru akan ada destinasi yang akan dijangkaui, berbanding pihak sana yang langsung berjuang atas dasar semangat buta dan jalan yang kabur.

Baca juga :
http://bayugunung.blogspot.com/2010/02/aktivis-kampus-borneo-idealis-kepada.html

Teruskan berjalan, betulkan laluan, kalau bukan di dunia, insyaAllah di syurga berteman.

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan