Saya terkejut bila menjenguk laman berita dalam talian harakahdaily.net dan membaca berita tentang 'photo editing' yang dilakukan oleh seekor blogger UMNO/BN terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Yang digambarkan bukan alang-alang, apa yang dihasilkan ialah gambar Tuan Guru sedang diliwat oleh Anwar Ibrahim!
Saya banyak menahan diri daripada menulis menghentam budaya politik longkang yang diamalkan UMNO/BN dan cuba bersikap matang dalam menangani isu. Saya diam apabila kerajaan Perak dirampas oleh UMNO/BN, saya sepi bila masjid-masjid dirobohkan,termasuk Masjid Jubli Perak di Bangi dan saya tidak menzahirkan penentangan secara terbuka bilamana harta dan hak rakyat dirobek. Tetapi bilamana wujud manusia yang begitu berani mengolok-olok ulama' sehingga ke tahap 'mencadangkan' seorang ulama' diliwat oleh tokoh politik lain, saya katakan, CELAKA ADA BATASNYA!
Saya banyak mendampingi pimpinan PAS dan melalui close encounter ini saya sentiasa dipahatkan dengan keyakinan tentang penjagaan rapi pimpinan terhadap amalan kerohanian, khususnya oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Justeru saya yakin bahawa sebarang kekeliruan dan percanggahan yang timbul adalah atas dasar ilmu dan dibimbing oleh Allah. Kalau hendak dibandingkan dengan hampas yang mereka gambar ini, saya yakin 2 juta peratus bagai langit dengan bumi!
Mari mengaminkan doa ini;
Ya ALLAH peliharakanlah maruah ulama'-ulama' pewaris para anbiya', dan timpakanlah kecelakaan kepada musuh-musuh mereka dan musuh-musuhMu, sekiranya mereka terus tetap di atas jalan yang Engkau murkai. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Ingat, berkarya, jangan sampai ke neraka!
5 comments:
amin~
Allah, kalau ulama' pun tak reti nak dihormati.. macam mana nak jaga agama?
cuba gambar pemimpin Umno/Bn yang dibuat mcm ni pasti terus cari siapa orgnya....
teruk betul...
salam
Semasa di menara gading saya selalu tegaskan penulis wartwawan adalah golongan yang akan awal2 masuk neraka jika tulisan mereka tidak dijaga.
Saya adalah bekas siswa pengajian media.
astaghfirullahalazim...
xmalu agknya ngan org yg bukan seagama kita. islam tp xbersatu...
salah pimpinan negara semasa yg merendahkan taraf ulama' sampai org kebanyakan pun berani mengolok lantaran xjelas kedudukan sbnr ulama'
Nau'zubillah..
Post a Comment