Kalau ada
yang layak berkata ‘saya sepatutnya syahid di jalan Allah’ orang itu seharusnya
saya.
Saya bukan
bercakap soal layak kerana iman tinggi atau pahala sudah banyak. Tidak juga
saya katakan layak dalam erti kata diri sudah hebat dan bersedia untuk syahid.
‘Layak’
saya harus diterjemah sebagai, dengan ‘rangka hidup’ yang telah diaturkan oleh
Allah untuk saya, kalau saya tidak mampu berkata ‘ya’ di hadapan pintu maut,
maka tidak ada yang boleh diharapkan untuk mengorbankan yang paling dianggap
bernilai -iaitu nyawanya - di jalan
Allah.
Betul,
timbang taranya bukan sedikit - diri, keluarga, peluang – kerana syahid nyata
bukan mainan yang diberikan kepada mana-mana anak kecil yang merengek
mahukannya.
Dilahirkan
di dalam keluarga ahli jemaah, dibuai dengan panji-panji jihad dan dibuai di
bulatan usrah lalu membesar dalam lingkar tarbiyyah dan ilmu sewajarnya cukup
untuk menjadikan saya bersedia.
Meniup dan
mendendang seruan-seruan tersebut ke cuping telinga dan memahami hakikat
perjuangan, seharusnya menjadikan bahawa ibu dan bapa redha melepaskan.
Dan faktor
yang paling susah datang - peluang - untuk kami telah pun bertandang.
Allah matlamat kami,
Al-Quran panduan kami,
Ar-Rasul ikutan kami,
Jihad jalan kami,
Mati di jalan Allah,
cita tertinggi kami.
Ia bukan retorik yang sekadar
berdegar di tamrin dan perhimpunan. Bukan juga rangkap yang dipraktik separuh
jalan. Melafazkannya wajib sebagai nekad mendalam, azam dan ghairah yang kemas
digenggam.
Saya
menjejak kaki ke Syam tanggal 25 Januari 2011. Tarikh itu tidak akan ada yang
melupakan, kerana ia tarikh demonstrasi pertama meletus di Mesir.
Dalam
tempoh pendek itu, saya membaca kitab Arab masih merangkak.
Dalam
tempoh pendek itu, saya belum berjaya mencekup tawadhu’ dan mengikis riya’.
Dalam
tempoh pendek itu, saya jauh sekali telah menggapai rahsia ikhlas dan wara’.
Tetapi saya
belajar bahawa kehidupan dunia sangat terlalu singkat, dan hujungnya harus pada
titik tertinggi untuk kekal selamat abadi.
Musa’ab bin Umair, jejaka muda kaya,
memilih syahid di Uhud kerana dia sedar dan mengerti.
Saya
belajar untuk yakin dan tawakkal, serta bersangka baik dengan Allah.
Ibu Musa,
mencampakkan anaknya ke sungai lalu ditakdirkan anaknya selamat, disusukan
olehnya malah menjadi Nabi memimpin umat kerana keyakinan dan berserah.
Saya
belajar bahawa luka umat di Palestin, Chechnya dan Syria, hanya sampai ke
permukaan bulu roma sahaja oleh saudara Islamnya di tempat aman.
Justeru saya
tidak mengharapkan untuk saudaranya, seluruh umat sanggup dikorban.
Untuk umat
kebanyakan yang dirinya belum bersedia, yang ibubapanya belum dapat pasrah dan
rela, yang peluang belum menyapa, cukuplah menjadikan Ramadhan tahun ini lebih
bermakna, menghentikan diri daripada terus menjadi punca bencana.
Saya tidak
kata bahawa esok lusa saya akan menyertai Jaish Hur.
Tidak juga
bermakna yang saya dengan sengaja akan mencampakkan diri ke dalam binasa.
Tetapi
kalau episod adik-beradik saya disepak terajang sekali lagi didepan, sejarah Ramadhan lalu bukan pilihan.
Ramadhan ini, nyawa saya adalah milik Allah dan untuk
ikhwan.
Hidup
mulia, atau mati syahid!
p/s : Nur Al-Farhain tolong dengar dan terjemahkan lagu tsaurah Toli' al-Maut nyanyian Yahya Hawa untuk Che' :)
p/s : Nur Al-Farhain tolong dengar dan terjemahkan lagu tsaurah Toli' al-Maut nyanyian Yahya Hawa untuk Che' :)
0051,
190712,
Halab.
No comments:
Post a Comment