:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Thursday, July 7, 2011

Syria Bersama BERSIH!

Penuntut Syria tidak ketinggalan membahangkan penangan BERSIH 2.0 di bumi Syam ini. Mereka mengambil beberapa pendekatan drastik menghidupkan suasana BERSIH di sini. Antara tindakan yang diambil ialah :

1. Membeli dan membela ikan berwarna kuning sebanyak dua ekor, yang pertama dinamakan BERSIH 2.0 (B2.0) dan abangnya BERSIH Dalam Kenangan (B.D.K).

2. Memastikan ahli setiap rumah memakai baju berwarna kuning pada setiap masa,
di mana sahaja termasuk di kelas, bilik air dan dapur.

3. Cuba untuk 'mengkuningkan' setiap masakan. Ini ialah nasi mandi dan..

..ini ayam masak laban (yogurt).


4. Meyakinkan Persatuan Peniaga Jeruk Pasar-Pasar Syria untuk menjeruk sayuran mereka dengan pewarna kuning melebihi warna merah dan ungu.


5. Menggalakkan Jabatan Alam Sekitar Dimashq menanam bunga-bungaan berwarna kuning.


6. Mencadangkan Persatuan Teksi Syam mengecat teksi-teksi
ahli persatuan dengan warna kuning..


..hah kan senang nak cam kalau begini.

7. Bekerja meyakinkan penduduk Syam tentang sucinya
perjuangan BERSIH, siang dan besar..

..malam dan kecil.


Sampai akhirnya sebahagian mereka turut bersama kami :)

Ok lah, sebahagian besar perkara di atas kami tak buat, tapi mesej kami jelas, kami bersama perjuangan BERSIH!

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan.
Dalam semangat mahu berarak,
Doa berterusan jangan lupakan.






11 comments:

srikandiharapan said...

jazakumullahu khairan

Iqwan said...

Ayam msk susu?? mak aih sedap ka bang?? Doakan kami bang, provok tahap gaban mengamuk dorg. Terfikir2, bernilaikah Biasiswa JPA,Ijazah Degree n kesinambungan study disisi kebersamaan dgn BERSIH 2,0??

p/s: kem slm B0.2 ngan BDK, cute haha

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ayam masak laban tu ada rasa macam mansaf tak? mansaf pun guna yogurt jugak tapi namaya jameed. originally fari jordan. aku suka mansaf melebihi semua makanan lain atas bumi. haha. ko belajar betol2 masakan arab belah sana, nanti balik msia make sure aku boleh rasa air tangan ko okeh!

ya reit, kalau la boleh buat macam korang. embassy sini strict woh.. budak2 penganjur bersih kena panggil mengadap baru2 ni. kesian. nakkan keadilan pun susah skrg ni

nurilhakim said...

Salamun alaikum,

srikandiharapan,
wa iyyak :)

iqwan,
ayam masak susu tu bantai-bantai resepi yang tak menjadi, kebetulan ada yogurt lebih dalam peti, tuang je la.hehe.

Waduh. Kalo ada orang nak anjurkan BERSIH di sini bukan setakat JPA, MA dan PhD sanggup dikorbankan, tapi kalau kena sumbat masuk penjara setahun dua pun sanggup ape. Syaratnya ada kad keahlian perpustakaan kat penjara tu la :)

Warouq,
Taktau plak mansaf camne rasanya, cam tak penah jumpa lagi kat sini. Boleh ba tu. Bukan takat air tangan, kaki, lutut dll pun bulih!

Kitorang tak buat pun semua-semua tu, setakat bela ikan dan pakai baju kuning je. Lain-lain tu koleksi gambar kuning selama berada kat Syria. Embassy sini tak pernah pla kami uji tahap strict diorang, tapi tentera Syria sendiri kami agak gentar la..Ya Allah berikan kami gagah dan gigih.

Syukran lawatan semua :D

Anonymous said...

karut la kau nadir.

nurilhakim said...

Salam anonymous.

Afwan, kalau nampak karut. Sekadar mengekspresi rasa mahu itu. Saya yakin anonymous adalah penyokong tegar yang telah mengikuti perarakan menuntut keadilan, disembur gas pemedih mata, dihambur caci-maki dan dipenjara serta dibebaskan. Tahniah untuk saudara, dan moga ada balasan baik untuk saudara di akhirat.

Kami yang lemah dan tidak mampu terbang ke sana, sekurangnya berdoa siang dan malam untuk tuntutan-tuntutan itu.

Dan setiap manusia akan dibalas mengikut usahanya, insyaAllah. :)

Anonymous said...

aku tak pergi pon berarak terpekik2 melolong2 , takbir kuat2 macam nak lawan orang kafir..kau tu tak abes2 ngan politik kau yang karut marut tu..dari ums lagi dalam masjid ngan politik2 kau, sokong pas yang konon nye betul..alo brader pakai kopiah ade janggut skit da bole panggil alim ah..bla la,,aku tgk kelantan yg d bawah pas tu bersepah je maksiat, tambah2 kat kota bahru, camne tu..bagus nye pas sampai clean kelantan dari maksiat..pas kau tu nak politik jer, bukan agama..insaf la..jangan didik orang jadi biadap dengan pemimpin, tapi didik orang taat dengan pemimpin dan doakan pemimpin supaya dapat hidayah..bukan dapat musibah..sigh~

nurilhakim said...

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah jadikan dia dan mereka taat pada pemimpin yang mentaatimu, dan berikan hidayahmu pada kami dan mereka. Amin Ya Rabb.

Alfatihah.

Akmal said...

Saya pun bersama BERSIH bang..Lawak la abg nie..

nurilhakim said...

Salam akmal.

Alamak. Lawak ke? Kami hanya sungguh-sungguh cuba merasa dan menjiwainya :)

nurilhakim said...
This comment has been removed by the author.

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan