:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Friday, March 18, 2011

Anak Indonesia Itu (1)

“Thaqqil ghin, wa sakkin tamaman,” tegur Syeikh Abassam membetulkan bacaan Al-Fatihahku untuk entah kali ke berapa. Seorang budak berkulit sawo matang tiba-tiba merapati, dan tersenyum menyeringai. Cis. Budak ini cuba bertakabbur denganku, getus hati dengan refleks su’uszon hasil didikan syaitan. Sudah lama aku memerhatikan budak ini, dan mulanya ku sangkakan bahawa dia dari Malaysia, sehinggalah pada pagi itu dia bersuara;

“Kakek dari mana sih? Belum pernah saya lihat sebelum ini. ”


Oh, Indonesia rupanya. Pertemuan pagi itu rupanya antara sorotan pembuka mata hatiku untuk lebih bertungkus-lumus. Milhan Sayuti, 14 tahun, merupakan anak kelahiran Daerah Permatang Jernang, Sumatera Utara. Belajar secara talaqqi di Syam sejak beberapa bulan, dia melahirkan kekesalan dengan keadaan kampung asalnya.


“Kampung saya jauh di pedalaman, dua jam perjalanan dari pekan kecil yang terdekat. Di kampung saya ada musolla, tapi sudah lama azan tidak berkumandang dari situ. Saya mahu jadi syeikh dan ulama’, supaya saya dapat pulang menghidupkan semula Islam di Indonesia,” tegas beliau bersungguh-sungguh. Aku mengangguk perlahan tanpa mempersoal dan meremehkan; sudah lama aku belajar dari pengalaman bahawa bahana memandangsebelah mata pada orang lain, biarpun anak kecil, ibarat menunggu ludah sendiri jatuh ke muka.


Pendidikan Awal Anak

Meneliti beberapa bahan berhubung perkembangan awal kanak-kanak, saya belum mendapat jawapan syumul yang menepati pemerhatian saya terhadap punca kanak-kanak mampu membayang dan melahirkan diri mereka sebagai individu hebat semenjak kecil. Mungkin sekelumit bersusah-payah merubah kehidupan, samada dengan bekerja atau menuntut ilmu setelah gundah-gulana diajar erti kesusahan melalui pengalaman mematangkan mereka, tetapi bagaimana pula dengan majoriti anak-anak yang lapar disuapkan, mengantuk dibuaikan? Teori psikoanalitik Sigmund Freud yang harus diyakini, atau teori pembelajaran melalui suasana dan pembentukan kelompok, atau teori perkembangan kognitif Jean Piaget paling tepat?


Thorndike’s Laws of Learning

Sebahagian jawapan yang dicari ditemui melalui kajian Laws of Learning yang dicetuskan oleh Edward L.Thorndike pada awal 1900an dan seterusnya dikembangkan oleh ahli psikologi lain. Cuba-cuba menterjemah, dengan ulasan sendiri dalam konteks pendidikan anak, undang-undang atau prasyarat tersebut menyebutkan;


Kesediaan (Law of Readiness)

Pelajar/anak yang bersedia dari segi mental dan fizikal lebih mudah diajar berbanding pelajar yang sebaliknya. Kesediaan fizikal adalah infrastruktur dan suasana yang baik untuk pembelajaran. Kesediaan mental dibentuk dengan menerangkan matlamat hidup dan belajar sedari awal, memupuknya kemas-kemas ke dalam diri pelajar serta menjauhkan mereka daripada tekanan dan masalah sebelum sesi pembelajaran.


Terangkan matlamat hidup sebagai hamba dan khalifah kepada anak sejak kecil, dan tujukan segala bentuk pendidikan samada formal atau tidak, dunia atau akhirat, kearah matlamat tersebut.


Pengulangan dan Kekerapan (Law of Exercise & Law of Recency)

Latihan yang kerap, pengulangan dan penegasan terhadap aspek-aspek atau point penting dalam pembelajaran membolehkan pelajar lebih mudah mengingat dan menangkap maksud yang cuba disampaikan. Pelajar akan mengingati bahan yang paling baru berbanding pelajaran lama.


Mesej yang baik kepada anak, samada matlamat hidup, nasihat dan tegahan harus diulang secara kerap, dalam bentuk yang kreatif supaya anak tidak muak dan lali dengan apa yang disebut. Terapkan ke dalam bedtime story, filem yang ditonton bersama dan angkat watak-watak tertentu untuk dijadikan role model oleh anak.


Kesan dan Penglibatan (Law of Effect & Law of Intensity)

Pembelajaran sangat berkait dengan emosi. Rasa puas, dihargai dan gembira dalam pembelajaran menghasilkan natijah yang jauh lebih baik. Penggunaan alat bantu mengajar yang baik, samada visual atau audio, mampu membawa pelajar menghayati dan menyelami apa yang diajar dengan lebih baik.


Sentiasa hargai tingkah laku baik dan kejayaan anak-anak dengan hadiah atau pujian, pada masa sama menghukum untuk kesalahan yang dilakukan. Pendirian peribadi saya bahawa the carrot is always better than the stick. Elakkan daripada menggunakan hukuman berbentuk fizikal, dan santuni mereka sebagaimana mengikut tahap umur sebagaimana diajar Islam, samada sebagai bapa dan pelindung, sahabat dan pendengar setia atau orang dewasa.


Jebakkan anak-anak ke dalam nilai yang diajarkan. Ajarkan anak-anak membantu orang susah, bawa anak-anak ke program tarbiyyah dan gelumangkan mereka ke dalam perjuangan, justeru intipati apa yang disampaikan akan meresap ke dalam hati dan benak fikiran.


Yang Awal Akan Kekal (Law of Primacy)

Pelajaran yang dipelajari awal-awal biasanya melahirkan impresi yang kekal, justeru pengajar perlu memastikan ia sahih dan tepat. Menghafal sifir sejak awal dengan betul misalnya, melahirkan andaian bahawa matematik itu mudah walaupun telah sampai ke peringkat yang lebih tinggi.


Mesej dan penilaian yang diperolehi oleh anak di usia kecil akan kekal dan menjadi garis panduan kehidupan seterusnya. Penilaian awal kebanyakannya dipengaruhi oleh pemerhatian terhadap role model awal iaitu ibubapa, misalnya samada ibubapa mementingkan ibadah fardhu dan sunat, menonton jenis-jenis cerita tertentu dan sebagainya.


Benarlah apa yang disebutkan oleh pakar perkembangan kanak-kanak, John Locke (1632-1704) bahawa anak-anak ibarat tabula rasa – papan batu kosong yang menunggu dicorakkan oleh ibubapa. Dan maha benarlah apa yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W lebih seabad sebelumnya;


Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah yakni suci dan bersih. Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi (Hadis riwayat Bukhari)..

Hubungan keluarga yang sangat rapat antara anak-ibu dalam keluarga Dusun,
mungkin kerana mesej 'aku sayang kamu' sangat jelas semenjak kecil.
(Gambar ihsan Google)

Kemesraan ibu-anak yang sukar dilihat dalam masyarakat moden.
(Jelajah Dakwah Sabah MARSIS-PSS 2010)

Anak Arab petah bercakap sejak kecil, bila dibawa ke majlis ilmu
dan khutbah Jumaat sebaik boleh berjalan dibiasakan.

Sedih bila melihat kehidupan anak-anak yang tidak didesak oleh tarbiyyah sejak kecil. Sedih melihat guru-guru melabel anak murid sebagai 'sudah tidak ada harapan' dan 'kelompok budak nakal' tanpa mentarbiyyah dengan kaedah yang betul. Mahu mewujudkan generasi pemutus (the severing generation) yang menjadi titik tamat kehidupan ibubapa yang gagal agar tidak diwarisi oleh generasi seterusnya.

p/s:
Penulisan ini diselitkan dengan teori dan fakta membebankan agar kerja rumah pembacaan seterusnya dapat dilakukan oleh ibubapa/pendidik. Ilmu men
didik anak, atau parenting skills bukanlah anugerah yang dilahirkan bersama-sama dengan anak. 'Parenting skills are not part of the parcel of getting a child.'

6 comments:

Azimah Rupilen said...

alhamdulillah..syukran bg kerja rumah, sbg pembaca kenalah buat kerja rumah ni.

tapi mo bagi tau..gambar eno dgn ibunya tu bukan jelajah ramadhan..Tapi Jelajah Dakwah sabah 2010..

tapi, xtau la kalau setiap kali ust p sana dorg akan bersenam mcm tu..he

nurilhakim said...

salam al-keningaui,

ya rabb.sory,lma jga fkir td,gmbr ni prog mna.aiwah,akn diperbetulkan :)

Unknown said...

gambar tu mcm kenal jak... bukan budak yg kita p rumahnya ka nadir???? dekat pekan ktambunan or aku yg tersilap....

Unknown said...

Sebut pasal tarbiyah ni teringat satu petang berkongsi ilmu ttg tajuk TASAWUR TARBIYYAH... mula hati rasa nak tolak sesi tersebut, tapi sampai bila menolak? akhirnya buku Mustafa Mahsyur dibedah sbg bekalan dan panduan... Saya pasakkan kefahaman bahawa 'paksaan perlu di dalam tarbiah' kerana kita mahu berubah. Kemudian ditanya 'bukankah paksaan itu melanggar fitrah?'.... cont

Anonymous said...

alhamdulillah another harmonizition between the western studies dgn islam.


I have heard all the facts tapi not as arranged as in this post. (tapi yang thorndike's tuh belajar law and effect je)

Hehe. Jean Piaget - baru masuk test hari tuh.

nurilhakim said...

Salam semua,

fadlan,gmbr bdak mna plak?yg bwah skali tu gmbr bdak arab,yg tngah gmbr eno kundasang,yg ats gmbr dr google.

nasir,prlu ada pndkatan n pmikiran bru trhadap trbiyyah,jgn sampai ilmu mntarbyyah x lg diminati oleh pelapis n jd eksklusif utk kaki qiam je.paksaan tidak melanggar fitrah,slagi pksaan trsebut ke arah mengembalikn mnusia kpda fitrah.itupun,dgn seni tarbyyah yg betul.

syazwan,tak blh nk kata harmonization btwn west n islamic kot.sbb study yg west lbih brat,sdgkan yg islamic smata2 dr pengalmn n pengamatan.masih merangkak mengukuhkn bhsa arab spya khazanah tarbiyyah aulad yg bnyak kt sni dpt diselongkar.

Makin bnyak mmbca makin mmahami knapa n bgaimana kn.tp brapa rmai yg brminat mmbca?seronok berkongsi dgn mereka yg mahu :)

p/s:ada blajar psikologi jg kat inti?

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan