:: Setiap Pemberian, Bernilai Di Sisi Tuhan ::

Tetamu Kehormat :

Thursday, November 26, 2009

Innalillah Adik Ivan


Sebelum ini wajah Adik Ivan menjadi ikon perangsang untuk umat yang prihatin menderma kepada Tabung Harapan PSS bagi program Lawatan Berkala Hospital. Kini tidak lagi. Setelah hampir dua tahun susuk tubuh yang tabah ini dikenali dan disantuni oleh ahli-ahli PSS, beliau akhirnya tidak dapat diselamatkan dan menghembuskan nafas yang terakhir sekitar bulan Oktober yang lepas. Kisah beliau boleh dibaca di sini. Al-Fatihah.

Hasrat asal kami menceria dan diceriakan oleh Adik Faizul yang kami kunjungi di Hospital Kota Belud lewat Sabtu tanggal 21hb November yang lepas sedikit tercalar bila dikhabarkan dengan berita tersebut oleh ibu Faizul. Berakhirnya perjuangan 2 tahun Ivan berhempas-pulas dengan kematian, dan sang ibu berkampung di hospital, tekad dan yakin dengan masa hadapan yang cerah untuk sang anak berakhir dengan sebuah kepahitan. Semoga mereka sekeluarga diberi ketabahan. Adik Ivan id ginawo sogigisom.

Teman sebelah bilik Ivan, Faizul yang beransur pulih di Hospital Likas lalu dipindahkan ke Hospital Kota Belud masih bernafas menggunakan mesin dan memerlukan tiupan motivasi berterusan supaya yakin untuk bernafas sendiri. Kegilaannya yang terkini ialah menonton DVD dan telatahnya berceloteh tidak ubah seperti dahulu. Beliau gembira menerima kehadiran kami dan bertanyakan seribu satu soalan berkaitan armor car yang kami bawa untuknya. Mujur sahaja teman serombongan kami termasuk ahli PALAPES pada petang itu. Kuatkan tekad, semoga Faizul cepat sembuh.

(gambar akan dimasukkan kemudian)

2 comments:

Ameen Muslim said...

Assalamualaikum,

Pertama - innalillahi wa inna ilaihi rajiun atas pemergian adik Ivan. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH. (Soalan; adik Ivan ni islam kah?)

Kedua - Takziah buat Faizul . (Soalan - adakah Faizul yang diceritakan ini ialah Faizul sahabat baikku sewaktu di KML dulu?) Kalau betul, sampaikan salamku kepadanya. Khabarkan juga kepadanya, telah lama kucuba menghubungi dia dengan menggunakan nombor yang diberi, namun tiada jawapan dari seberang sana. Juga tolong sampaikan kepadanya, dengan nama tuhanku ALLAH, aku tetap sayangkan ikatan ukhuwah yang dibina bersama dengannya di bawah kubah Surau al-Irfan suatu masa dahulu.

Ketiga - kudoakan semoga ALLAH terus membantu kalian daie di sana . Sungguh kalian terlalu cekal dan bersemangat dalam usaha atas agama hanif ini. Doakanlah kepadaku agar dapat menjadi daie seperti kalian.

Terakhir - Selamat Hari Raya Aidil Adha. Pengorbanan kekal diteruskan demi kecintaan kita kepada-NYA.

Wallahu 'alam!

nurilhakim said...

Salam bro,
Sory sibuk sket..

Ya, adik Ivan ni Islam tapi tak sempat lg kot kenal indahnya Islam. Moga dia diberi peluang nanti di syurga, Amiinn..

Bukan, ni faizul lain, gamabar dia ada di blog PSS-siswazabah.blogspot.com.

Amiin. Syukran atas doanya ;)

Tak Kenal Tak Cinta

Penulis adalah insan yang cintakan seisi dunia dalam perjalanan menuju akhirat. Cinta kepada isi dunia, membawa diri cinta untuk memberi.

Diberi ruang memberi sejak di bangku Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Exco Kerohanian dan Sahsiah MPP Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah dan kini mencari ruang memberi dengan berkongsi mengasaskan Rabithah Tullab Ad-Dawli.

Pemegang ijazah Sains Marin daripada Universiti Malaysia Sabah dan meneruskan pengajian di dalam bidang syariah dan Bahasa Arab di Maahad Dawli, Dimashq.

Rabithah Tullab Ad-Dawli

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengurus Rabithah)

Persatuan Siswazah Sabah

Persatuan Siswazah Sabah
Misi Menyelamatkan Aqidah Anak Sabah

Mereka Juga Membaca :

Sebarkan Pahala Itu :

Kunjungan VIP:

Ilmuwan